Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎
nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
or ws je +601126179748
sebab busy dengan benda lain pulak sekarang..
mari kita mulakan..
ijam dan amid ialah seorang pelajar kolej..
dah sebulan,ijam tidak pergi ke kolej,dia menghabiskan masa untuk mencipta sesuatu di biliknya
tapi ijam sentiasa duduk di dalam bilik menjalankan ciptaannya yang hampir siap..
ijam lebih suka menghabiskan masa dengan ciptaannya dari pergi ke kelas
serta lens camera itu akan menggunakan bajet yang sangat rendah untuk dihasilkan ..jadi ijam akan dapat untung yang sangat besar,jika ianya berjaya di hasilkan
hanya tinggal ijam di asrama..
masa cuti terakhir ..
amid pulang ke asrama
"wey aku dah cipta kamera yang paling canggih di dunia" kata ijam yang tengah duduk di atas katil sambil memegang kameranya
"apa yang kamera tu bole buat?"
"ckitttt" bunyi kamera ijam..
ijam menunjukkan gambar yang di ambil nya pada amid
amid memegang kamera tu dan melihat ke dalam skrin pada kamera tu..
dalam gambar yang diambil ijam..
ada perempuan yang berbaju putih dengan muka yang sangat hodoh duduk di atas almari..
tapi tak nampak apa apa..
"kamera ni boleh tangkap gambar hantu ke?" tanya amid
"aku test camera ni tadi,aku terkejut tengok gambar yang aku ambil boleh ada hantu" kata ijam
"ckitttt " amid mengambil gambar almari tu..
atas almari tu sudah tiada perempuan yang duduk atas almari tadi
"ckitttttt"
amid melihat gambar di skrin kamera,perempuan hodoh tu dah ada di hadapan kamera menadah wajahnya yang menyeramkan,amid terkejut sehingga mencampakkan kamera tu ke atas katil ijam
"mana ada,aku pun terkejut,aku test kamera ni bole ada gambar hantu dalam tu"
"kalau kau jual kamera ni kat team paranormal bole kaya kau ,kau jual la berapa juta,peh" kata amid
"sorry lah,wey asal kau tak on phone,aku call kau tak angkat tadi"
"phone aku rosak wey"
amid pun bangun ,mengambil tuala untuk mandi..
ijam membuka semula komponen di lensnya untuk di tambah baik kan
ijam pergi ke bilik air asrama di luar bilik untuk mandi..
masa tengah mandi..
ijam rasa tak selesa...
sebab dia rasa seperti diperhatikan dari atas..
seperti ada yang menjenguknya dari atas..
tapi takda apa apa..
selasai sahaja mandi,ijam nak pegang kepala paip untuk tutup air,tapi dia dapat rasakan tangannya seperti memegang tangan manusia..
bila dia tengok dia tengah pegang tangan yang sangat buruk,hanya tangan
di atas katil kelihatan amid sedang baring sambil berselubung ..
ijam cuba untuk kejutkan amir,tiba tiba keluar tangan buruk dari dalam selimut amid..
ijam terkejut jatuh terduduk
"wey kau buat apa kat lantai tu?" tanya amid..
"takda papa" ijam cuba menipu dan bersiap memakai pakaian
dia berfikir,adakah gangguan yang dia terima ni kerana kameranya yang boleh mengambil gambar hantu tu
suara menangis tu mendayu dayu dengan nada yang amat menyeramkan..
ijam mula tak tenteram,bulu romanya mula naik
jadi ijam cuba ignore suara tangisan tu
tapi..
tingkap tu diketuk..
"tuk tuk tuk tuk" bunyik ketukan tingkap tu menambah kan lagi rasa seram pada diri ijam kerana biliknya terletak di tingkat 3
akhirnya ijam tertidur..
tapi semua tu tak berakhir disitu
amid menjerit kesakitan..
"woi kenapa ni?" ijam bertanya
amid menunjukkan badannya yang lebam lebam seperti dipukul dengan kuat
"sakit wey" kata amid
"aku tak tahu,tapi tadi aku mimpi hantu yang kau amik gambar siang tadi kacau aku,dia kejar aku dan pukul aku,aku sedar dari tidur ,badan aku dah lebam"
"aduh" ijam mengeluh
"aku rasa dia marah sebab kita amik gambar dia?"
"kau kena musnah kan kamera tu?"
"kau dah gila ke,ingat senang ke..aku nak cipta kamera ni"
"tapi benda ni boleh membahayakan kita"
ijam bangun dan membuka pintu..
rupanya hisham ,rakan sekelas ijam..
"asal aku call kau tak dapat?" tanya hisham
"phone aku rosak,kenapa kau datang ni..awal kau balik asrama?"
"la buat apa pergi kampung amid,amid ada kat dalam bilik"
hisham terkejut
"apa kau cakap ni,tolong jangan cakap bukan bukan boleh tak?"
ijam pandang ke belakang,dia tengok amid dah takda kat atas katil..
"apa kau cakap ni ijam,amid dah meninggal dunia,dia kemalangan pagi tadi"kata hisham
ijam terkejut
ijam keluarkan kameranya..
dan di dalam gallery kamera tu ada gambar amid yang diambilnya siang tadi,kalau amid dah mati,takkan lah gambarnya boleh di ambil,ijam tunjukkan pada hisham
tapi dalam gambar tu ,ijam dapat nampak amid dalam gambar tu
"ni,kau tengok betul betul" kata ijam
"hmm ijam,sebenarnya hijab kau dah terbukak.aku memang tak nampak apa apa pun dalam gambar tu"
masa bergerak meninggalkan biliknya ,ijam sempat pandang ke belakang..
dia nampak amid dan perempuan yang muncul dalam gambar yang dia ambik dalam keadaan yang sangat kotor dan hodoh
mereka berdua kemalangan bersama sama..
kamera ciptaan ijam tak boleh tangkap gambar hantu pun..
hanya hijab nya sahaja yang sudah terbuka
tamat