Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎
nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
or ws je +601126179748
hanya cahaya dari lampu kereta menemani sang pemandu bersama isterinya dalam perjalanan ke sebuah rumah banglo milik keluarga isterinya..
ini ialah pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah banglo keluarga isterinya..
harta peninggalan yang tinggal hanyalah rumah banglo yang sekarang didiami oleh kakak dan adik isterinya ..
dia keliru mahu ke kanan atau ke kiri..
isterinya pula sedang tidur,tiba tiba muncul seorang lelaki bermotosikal dari simpang kanan
"belok kanan ni kampung saya,kampung beringin"
"owh kalau belok kiri?"
"belok kiri ni takda orang lalu bang,macam macam cerita ada,abang nak pergi mana?"
muka lelaki tu tiba tiba pucat bila mendengar jawapan dayat tu
"banglo merlinaaa....hmm belok kiri ni,tapi bang..hmm" kata lelaki tu dalam keadaan ketakutan
"tapi apa?"
"takda apa apa la,abang hati hati"
lelaki tu terus berlalu pergi
dayat pun belok ke kiri meneruskan perjalanan..
dalam keadaan jalan yang sangat gelap,dayat mula rasa pelik dengan bentuk bentuk pokok di sekeliling jalan yang kelihatan mengerikan
jantung nya berdegup laju..dia hanya pandang kehadapan..
tiba tiba dia ternampak sesuatu yang menyebabkan dia memperlahankan keretanya
dia mula rasa seram..
dayat menggosok gosok matanya untuk pastikan itu betul betul manusia..
baru dayat teringat ,itu ialah kakak kepada isterinya,salmiah
kali terakhir mereka berjumpa ialah 5 tahun lalu,semasa perkahwinannya
"kak ,saya dan hana ni,jom la tumpang sekali" kata dayat
salmiah berjalan masuk ke dalam kereta ..dayat meneruskan perjalanan
dayat cuba lihat salmiah dari cermin pandang belakang..
muka salmiah pucat,mukanya muram..
tiba tiba dayat terfikir..
apa kakak iparnya buat malam malam dalam keadaan gelap tadi..
dayat kejutkan isterinya,hana
hana bangun dari tidur dan terus keluar dari kereta..
hana mengeluarkan kunci dari poket seluarnya ..
dan masuk ke dalam rumah banglo
tiba tiba dayat teringat yang salmiah masih ada lagi di dalam kereta..
tapi takda orang..
mana salmiah pergi
,"bila dia keluar dari kereta?"
dayat keluar dari kereta,dia nampak salmiah berjalan perlahan lahan masuk ke dalam rumah banglo tu
sampai je diruang tamu,kelihatan adik isterinya,jannah sedang menonton tv..
jannah tidak menghiraukan kehadiran dayat..
tidak sama dengan orang yang dia jumpa 5 tahun lalu..
"jannah,kat mana bilik abang?"
"naik je atas,kak hana dah kat atas"
"ok"
"kenapa jannah?"
"abang dayat ada tumpangkan sesiapa ke tadi?"
"la,tumpangkan kakak kau la,salmiah"
muka jannah tiba tiba berubah
"kak hana tahu tak yang abang tumpangkan kak salmiah?"
"tak tahu,dia tidur tadi"
"bagus,jangan bagitahu dia"
"kenapa ni jannah?"
"kak salmiah dah 3 tahun meninggal"
dayat terkejut
"eh apa ni,abih tadi abang tumpangkan siapa?"
"hmm sekarang ni,abang jangan bagitahu kak hana yang kak salmiah dah meninggal dunia,
takut dia pun boleh nampak kak salmiah,nanti dia takut"
dayat naik ke tingkat atas..
dan pergi ke biliknya dan isteri..
dalam bilik tu ada bilik air,kedengaran bunyi air mungkin isteri nya sedang mandi
dayat baring diatas katil,tanpa dia sedar ..akhirnya dia tertidur
dayat terbangun dari tidur sebab mukanya basah..
dia dapat rasakan seperti ada air jatuh dari siling ..
dia membuka matanya dan cuba melihat air tu jatuh dari mana
ada seorang perempuan tergantung di kipas siling..
matanya terbeliak,lidah nya terjelir panjang ke bawah..
dan air yang jatuh tu ialah air liur dari lidahnya
tapi tiada sahutan..
dalam keadaan rumah yang gelap,dayat turun ke tingkat bawah..
mana semua orang dalam rumah tu?..
tiba tiba dia dengar suara orang menangis di dapur..
suara menangis tu mendayu dayu..
membuatkan bulu roma dayat naik
tiba tiba dia terkejut
"tukk" ada bunyi benda jatuh di ruang tamu
dayat bergerak ke ruang tamu
dayat cuba melihat bekas kaca apa yang pecah..
dia cuba melihat pada bekas kaca yang pecah tu,ada rambut panjang yang berwarna putih
tiba tiba pintu utama rumah banglo tu di ketuk..
dayat pergi ke pintu utama dan membuka pintu
"ada apa nenek datang sini?"
dengan suara yang garau
"nek datang nak jumpa salmiah"
dayat terkejut,salmiah kan dah meninggal..
"nek,mana ada salmiah dalam rumah ni"
nenek tu tiba tiba senyum,dayat mula rasa seram
dan rambut nenek tu sama macam rambut putih yang dia nampak tadi..
dayat mula rasa takut,jantungnya berdegup dengan laju
"nek ,salmiah takda dalam rumah,nek balik dulu la"
tiba tiba belakang dayat,ada suara seseorang menangis..
bulu romanya mula naik..
perlahan lahan dayat cuba untuk lihat ke belakang
suara menangis tu pun dah hilang..
dayat pandang kehadapan semula,nenek tua tu dah ada depan mukanya dengan muka yang sangat hodoh..
dayat pengsan kerana terkejut
"eh tadi tu mimpi je ke"kata dayat di dalam hati
dayat turun ke tingkat bawah,dia pergi ke dapur..
di meja makan ,ada isterinya..
"bang,sarapan"
"jannah???" tanya isterinya ,hana dengan riak wajahnya tiba tiba berubah
"apa kau cakap ni?" suara seorang perempuan dari belakang dayat
"kak salmiah???!"
"kenapa kau ni,macam nampak hantu je" kata salmiah
"bukan kak dah meningal ke?"
"oi kurang ajarnya kau ni cakap aku dah meninggal"
"aku penat semalam tu malas nak bercakap,aku pergi kebun malam tadi..siapa cakap aku dah mati? "kata salmiah
"jannah" jawab dayat
"apa kau cakap ni,jannah dah 2 tahun meninggal" kata salmiah
dayat terkejut,dayat mula keliru
selepas sarapan,dayat berbual dengan isterinya..
"jom kita balik ke bandar,abang rasa tak sedap hati"
"kenapa, abang takut ke?
"nanti lah kita balik,kesian kak salmiah tinggal sorang sorang kat sini,ada kita bole la teman dia sekejap"
"hmm baiklah"
dayat duduk di ruang tamu..
"kak tak takut ke duduk sorang sorang dalam rumah banglo ni?"
"kenapa kau takut ke?"
"seram lah sikit,rumah ni pernah ada kisah seram ke?"
"kenapa bilik tu??"
"dulu sebelum ayah kami beli rumah ni,anak perempuan yang duduk rumah ni dulu pernah bunuh diri dalam bilik tu"
"sebab lah malam semalam.."
"kenapa malam semalam?"
"hmm takda pape la"
dayat bangun dan pergi ke bilik nya di tingkat atas
langkah dayat terhenti..
tiba tiba isterinya menegur
"kenapa ni bang?"
"saya macam dengar suara orang menangis lah kat dapur.."
"yeke ?"
"aah la,perasaan abang je kot,abang tidur la,mungkin abang penat"
dayat pun baring diatas katil dan melelapkan matanya
"kau kena keluar dari rumah ni" kata nenek tu
"kenapa ?"
"keluar lah ,keluar lah ,keluar lah"
nenek tu memegang kepala dayat ,dayat tersedar dari tidur
dia ada dalam bilik yang sangat gelap,bilik tu berbau sangat busuk..
kerana terlalu gelap ,dayat tidak dapat lihat sekeliling bilik tu
dayat cuba bergerak,baru dia perasan tangannya dirantai dengan rantai besi
dia terkejut dengan apa yang dia lihat..
dia nampak banyak mayat di dalam bilik tu..
dayat meronta ronta cuba membuka rantai besi ditangannya tapi tidak boleh dibuka..
dayat menjerit jerit tapi tiada sahutan
hana membuka pintu rumah ,ada imam dan orang masjid ..
"kami dapat panggilan dari encik dayat yang rumah ni perlukan bacaan yasin"
"sekejap ye"jawab hana sambil masuk semula ke rumah
jannah muncul
"betul tu?"..
rupanya jannah masih hidup
"tapi kita tak boleh nak halau mereka,bahaya..hana ada idea" kata hana
"baik lah"kata imam tu masuk ke dalam rumau banglo tu bersama orang orang masjid
imam memandang orang orang masjid..
"baca bacaan yang telah kita hafal tu"
mereka semua membaca bacaan yang di perkatakan imam
kedengaran suara orang menjerit dalam rumah tu...
"teruskan membaca "kata imam
hana ,salmiah dan jannah turun dari tingkat atas..
"apa imam buat ni?" kata hana dalam keadaan marah
imam masih lagi membaca
dan orang itu ialah dayat..
"aku dah jumpa bilik diorang simpan mayat tu,tangkap diorang "kata dayat pada imam dan orang orang masjid..
"baik tuan" jawab imam dan orang orang masjid menangkap hana,salmiah dan jannah
dayat ialah seorang inspektor polis yang sedang menyiasat kes penculikan yang melibatkan rumah banglo tu
"tuan,kita dah serbu rumah banglo tu,tapi tak jumpa apa apa" kata sarjan alam pada inspektor dayat
"tiga orang perempuan ni dukun,jadi kita kena guna cara lain untuk tangkap mereka"kata dayat
"cara apa tuan?"
"ikut aku"
rumah itu ialah rumah pakciknya seorang yang mahir dengan ilmu ghaib..
"ada satu kuasa yang sangat besar melindungi rumah tu" kata pakcik dayat
"kuasa apa?"
"korang kena dapat masuk dalam bilik tu,dan aku akan bagi ayat ayat yang korang kena baca untuk hapuskan jampi tu..kena ada orang dari dalam bilik tu..dan orang luar bilik tu kena baca" kata pakcik dayat
"satu cara je,korang kena menjadi mangsa diorang..setiap 5 tahun salah sorang dari mereka bertiga akan pergi ke bandar untuk mencari suami yang akan dijadikan mangsa.." kata pakcik dayat
selama setahun diorang merancang supaya dayat akan dipertemukan dengan hana,mereka bertemu
dalam masa yang sama,dayat berlatih melepaskan diri dari ikatan tali dan rantai besi setiap hari
setelah 5 tahun,akhirnya hana membawa dayat ke rumah banglo tu
hana,salmiah dan jannah di tahan dan dipenjara..
nenek tua tu hanya ingin membantu
sebabtu mereka masih nampak muda walaupun sudah berusia ratusan tahun
tamat