Profile picture
, 95 tweets, 13 min read Read on Twitter
illuminati menjadi bayang-bayang kepada takhta yang sedia ada.

Kuasa di sebalik takhta.

Menguasai dunia melalui kerajaan terbesar di dunia.

Rt guys, jangan biarkan korang sorang je yang layan cerita ni

ini adalah thread
Aku akan start 11.30 malam ni, jadi sebelum tu korang boleh layan thread aku yang lain kat sini
Tak nak beli takpe,tolong Rt ..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
Dani sedang membasuh mukanya di sinki bilik air, dia melihat wajahnya di cermin sinki.

Dalam keadaan mukanya yang sedang basah dengan air, pintu bilik air diketuk.

Dani membuka pintu bilik air,
tapi tiada kelibat manusia muncul,
dia menutup pintu semula.
Dani melihat ke cermin sinki semula, dia terkejut, ada seorang wanita berambut panjang dan berbaju putih berdiri di sebelahnya.

Perlahan-lahan, Dani cuba menoleh ke sebelahnya, wanita yang dia nampak dalam cermin itu tiada.

Dani memandang semula cermin,
Muka wanita itu sudah ada di hadapan muka Dani sambil mulutnya ternganga, matanya terbeliak kemerahan, dan wajahnya mempunyai banyak luka.

Dani menjerit ketakutan.
Dani tersedar dari tidurnya,
badannya berpeluh.

Rupanya semua tu hanya mimpi.

Sejak akhir-akhir ni, Dani selalu bermimpi buruk, dia mula risau sesuatu yang buruk akan terjadi.
Dani berada di atas laut kerana bekerja di atas kapal persiaran.

Memang sudah menjadi cita-citanya dari remaja lagi untuk bekerja diatas laut kerana jiwanya yang suka mengembara.
Pada hari itu, keadaan persekitaran kapal sangat tidak baik, kabus yang sangat tebal menyelebungi sekitar kapal.
Nasib Dani sangat malang,
angin yang sangat kuat muncul dan menjatuhkannya ke dalam laut,

tiada siapa yang sedar kehilangannya,

dia dibawa arus laut ke sebuah Pulau.
Apabila Dani sedar, dia berada dalam sebuah rumah papan,

kelihatan ada seorang lelaki dan seorang perempuan dihadapannya sedang berbual.

"Eh kau dah sedar?"

"korang ni siapa? aku kat mana?"
"Nama aku Leni dan ini Jane, kami jumpa kau tidak sedarkan diri ditepi pantai, sekarang kau berada di pulau kami, Pulau Tengkorak" kata Leni.

"Pulau Tengkorak!! aku nak keluar dari sini" kata Dani yang cuba berdiri tapi masih lemah.
"Awak masih lemah, berehatlah disini untuk beberapa hari lagi, lagipun kat luar sana sangat bahaya" kata Jane
"Kenapa bahaya?"

"Orang di Pulau Tengkorak tidak suka orang luar masuk ke pulau ni, kau pasti akan dibunuh"

"Tapi kenapa korang selamatkan aku?"

"Sebab kami tak kejam seperti mereka" jawab Jane sambil tersenyum
Malam tu mereka bertiga makan bersama

"Korang berdua ni dah kahwin ke?" tanya Dani

Mereka berdua tersenyum, "Kami ni sangat rapat dari kecil lagi, dah macam adik beradik" kata Leni
"Saya tinggal di sini sebab rumah saya terbakar beberapa tahun yang lalu, keluarga Leni ambil saya jadikan anak angkat" jelas Jane
Selepas makan malam, Dani tidur kerana badannya masih lemah.

Tapi tepat jam 2 pagi, dia terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pinggan jatuh.

Tiba-tiba Dani terbau ada satu bau yang sangat wangi, bukan bau wangi minyak wangi, tapi bau wangi bunga.
Dalam rumah tu yang sangat gelap, Dani cuba keluar dari bilik untuk mencari dari mana bau wangi tersebut itu datang.

Bau itu dari luar rumah, dia membuka tingkap rumah perlahan-lahan.
Dani terkejut, ada perempuan rambut panjang dengan wajah yang sangat hodoh tersenyum dihadapan tingkap.
"Kau siapa?" tanya Dani

Kelihatan perempuan itu hanya tersenyum sedang terapung di udara,

Dani mula rasa seram.

Perempuan di luar tingkap itu terbang masuk ke dalam rumah ingin memeluk Dani, Dani menjerit ketakutan.
Dani tersedar dari tidurnya, rupanya tu mimpi.

Dani berjalan ke ruang tamu,

tiba-tiba bahu Dani dipegang seseorang,

"Awak tak tidur lagi?" rupanya Jane yang memegang bahu Dani
"Saya terbangun dari tidur" jelas Dani

"Jom kita duduk luar" ajak Jane

"Boleh ke? kata kat luar bahaya"

"Dah malam takpa, semua orang dah tidur"

Di luar rumah ada pondok kecil, mereka berdua duduk di situ sambil melihat bintang di langit.
"Berapa umur awak sekarang?" tanya Jane

"29"

"Awak pernah bercinta?"

"aik pelik soalan ni, tak pernah pun"

"baguslah" Jane tersenyum

"Kenapa bagus?"

Jane hanya diam memandang bintang di langit.

Dani mula rasa pelik.
Hari ke 4, Dani mula bosan duduk di rumah.

Jadi dia membuat keputusan untuk keluar senyap-senyap dari rumah tu,

Leni dan Jane tidak ada dirumah masa tu kerana ada urusan di luar.
Dani menutup mukanya dengan kain supaya tidak dikenali,

dia berjalan sekitar pulau, keadaan nampak sangat normal,

orang pulau semuanya kelihatan baik.
Setelah jauh berjalan, dia ternampak ada kuil lama di atas bukit,

dia naik diatas bukit untuk melihat kuil lama tersebut.

Sampai sahaja di atas bukit, dia terkejut melihat gambar dan lambang hiasan di dinding kuil lama tersebut sebab seperti dia pernah melihatnya sebelum ni.
Dani memegang dinding kuil tersebut,

dia disapa dari belakang "kamu buat apa kat sini"

Apabila Dani pandang ke belakang, rupanya yang menegurnya ialah seorang lelaki tua.

"Saya saje je datang ke sini, nak tengok kuil lama ni, gambar kat dinding kuil ni nampak menarik"
"Kamu bukan dari pulau ni kan?" Dani terkejut mendengar soalan pakcik tu.

"Hmm macammana pakcik tahu?"

"Semua orang di pulau ni tidak suka dengan kuil ni, lagi-lagi gambar di dinding kuil ni, memang sah lah kamu bukan dari pulau ni"
"Maafkan saya pakcik, harap pakcik tak bagitahu sesiapa yang saya ni orang luar" pujuk Dani.

"Baiklah"

"Kenapa orang benci kuil ni?"

"Sebab kuil ni dibina oleh Illuminati"
Dani terkejut mendengar Illuminati, sebablah dia rasa seperti pernah melihat gambar di dinding kuil tu kerana dia pernah membaca tentang Illuminati di internet.

"Kamu tahu pasal Illuminati?" tanya Pakcik tu

"saya pernah membaca tentang Illuminati"
"Apa yang kamu tahu tentang Illuminati, cerita kan pada pakcik?"
"Illuminati ni ialah satu kumpulan rahsia yang ditubuhkan untuk menguasai dunia secara halus dari belakang takbir melalui kerajaan yang sedia ada, itu je lah yang saya tahu setakat ni sebab banyak sangat teori konspirasi, saya tak tahu pula illuminati tu betul-betul wujud"
Pakcik tu tersenyum
"Beberapa puluh tahun yang dulu, orang barat ada datang ke pulau kami, mereka menggelarkan diri mereka Illuminati, mereka menggunakan pulau kami untuk menjalankan eksperimen rahsia mereka"

"Eksperimen rahsia apa?" tanya Dani ingin tahu
"ye macam-macam eksperimen, kerana tempat ini sangat selamat, kerana pulau ini dikelilingi dengan kabus yang sangat tebal, serta banyak batu-batu yang tinggi dan besar menutupi laluan ke pulau ni, susah untuk orang luar sampai ke sini"

"Jadi mereka yang bina kuil ni?" tanya Dani
"Kami disini tiada agama, kami bebas menyembah apa sahaja, mereka bina kuil ni untuk mencipta agama baru, tapi akhirnya kami sempat menghalau mereka keluar dari pulau dan akhirnya kuil ini terbiar" jelas pakcik tu
Leni dan Jane yang baru pulang ke rumah, terkejut yang Dani tiada di dalam rumah.

"Mana dia pergi ni? tinggal satu hari je lagi, dia dah buat hal.
kalau ada orang jumpa dia, gagal rancangan kita" kata Leni

"Kalau ada orang jumpa dia, kita guna plan B" cadangan Jane
"Jangan guna plan B, guna cara lain"

"Takpe, aku sanggup" kata Jane sambil tersenyum

Leni hanya akur dengan keputusan Jane
Selang beberapa jam, Dani pulang ke rumah,

Dia dimarahi Leni dan Jane

"Ada orang tahu yang kau orang luar tak?" tanya Leni

"Maaf aku tak pasti, tapi tadi ada seorang pakcik tegur aku, dia tahu aku orang luar"

Leni dan Jane memandang sesama mereka dengan riak wajah hampa
"Kau nyorok sekarang, kau dalam bahaya" kata Leni pada Dani

"Apa semua ni? kenapa aku kena menyorok?" tanya Dani

"Nyorok je, sudah tidak ada masa untuk aku jelaskan" kata Leni dengan tegas

Dani menyorok di dalam almari rumah.
Setelah satu jam,

"Kau keluar sekarang!!!" suara seseorang dari luar rumah

Leni keluar dari rumah, kelihatan ramai orang pulau mengepung rumah Leni.
"Ada apa semua orang berkumpul di rumah saya ni?" tanya Leni

"Aku tahu kau sembunyikan budak tu dalam rumah kau, bawak dia keluar sekarang" kata ketua pulau tersebut yang bernama Toji
"Apa yang Tuan Toji cakap ni? saya tak faham" Leni berpura-pura tak tahu

"Kau jangan berlakon, aku ada berbual dengan dia tadi, aku tahu dia ada kat dalam rumah ni"

Leni terkejut, rupanya orang tua yang Dani berbual sama tadi ialah Toji, Ketua pulau.
Toji mengarahkan orangnya untuk menangkap Leni

Tiba-tiba seseorang keluar dari rumah Leni
"Jangan tangkap dia" orang itu ialah Dani

"Kenapa kau keluar dari rumah? aku dah suruh kau menyorokkan" kata Dani

"Ni semua salah aku, Tuan Toji, tahan saya, dia tak bersalah"
Orang pulau mengikat tangan Dani dan melepaskan Leni

"Bagus kau bagi kerjasama, mari ikut kami" kata Tuan toji

Orang pulau beramai-ramai membawa Dani ke sebuah padang yang luas,

mereka mengepung Dani dengan membuat satu bulatan.

"Apa yang korang nak buat kat aku?" tanya Dani
Seorang lelaki badan tegap muncul dengan pedang yang sangat besar,

"Kau akan dihukum bunuh" kata Toji

Riak muka Dani berubah
"Apa salah aku? jangan bunuh aku, aku janji akan keluar dari pulau ni"
Toji ketawa "Hahahahaha, kau memang betul-betul tak ingat ke?"

"ingat apa ni?" tanya Dani

"Kau orang pulau ni, kau lahir di pulau ni"

Dani terkejut mendengar apa yang dikatakan Toji
"Tak mungkin, kau salah orang" kata Dani cuba menidakkan.

"Siapa Mak ayah kau?"

"Aku tak tahu, aku anak yatim"

"Sebelum kau umur 12 tahun, apa yang kau ingat?"

Dani mula tergamam, seperti dia tiada memori sebelum dia berumur 12 tahun.
"Kami tak silap orang, belakang leher kau ada lambang yang dibuat oleh orang illuminati" kata Toji

Dani makin keliru
"Apa semua ni? aku tak paham" tanya Dani
Toji mula bercerita..

beberapa puluh tahun dulu, penduduk Pulau Tengkorak hidup aman tanpa sebarang ancaman dari dunia luar,

tapi kemunculan orang barat yang menggelarkan diri mereka sebagai Illuminati membuatkan kami hidup seperti dijajah.
Mereka mempunyai senjata yang amat canggih, jadi kami tidak mempunyai keupayaan untuk melawan.

Mereka membina kuil dan memaksa kami menyembah tuhan yang dicipta mereka.

Dalam masa yang sama, mereka menjalankan berbagai-bagai eksperimen terhadap orang pulau secara paksa.
Mereka mahu mencipta manusia yang mempunyai kuasa yang luar biasa.

Terlalu banyak eksperimen yang dijalankan terhadap orang pulau sehingga ramai yang terkorban.

Semua eksperimen mereka tidak berjaya untuk menjadikan manusia mempunyai kuasa yang luar biasa.
Tapi salah satu cadangan dari seorang Saintis telah diterima, untuk menggabungkan elemen lain dalam eksperimen mereka.

"Kalau Jin masuk ke dalam badan manusia, manusia akan mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa kan?" tanya seorang Saintis di dalam mesyuarat mereka

"Jadi?"
"Tapi jin akan mengawal manusia tu, apa kata kita cuba jalankan eksperimen supaya jin yang masuk ke dalam badan manusia tapi manusia yang mengawal badannya dan kuasa yang ada pada jin tu"
Semua bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Saintis tersebut, mereka mengumpulkan 10 orang Bomoh paling terhandal di Pulau Tengkorak.
Mereka menerangkan pada Bomoh tersebut eksperimen yang akan dijalankan,

"Kami mahu memasukkan Jin yang paling terkuat di dunia, korang tahu apa Jin yang paling terkuat?" tanya salah sorang Saintis pada 10 orang Bomoh tersebut
"Duen paling kuat, tapi dia telah dimiliki oleh seseorang" kata salah sorang bomoh

"Kalau macamtu, kami mahu yang kedua terkuat"
"Fuzen ialah jin kedua terkuat, tapi kami tak janji ianya boleh berjaya sebab Fuzen sangat kuat" jelas Bomoh tersebut

Mereka mengumpulkan kanak-kanak pulau dan melakukan banyak eksperimen selama bertahun-tahun untuk memasukkan jin-jin kedalam badan manusia.
Akhirnya Fuzen berjaya di masukkan ke dalam badan seorang budak, semasa dia berumur 12 tahun, dia berjaya mengawal kuasa Fuzen sepenuhnya, dia ialah Dani.
Dani memiliki kuasa yang sangat kuat masa tu, dia menjadi jahat dengan kuasa yang dia ada, dia membunuh orang Illuminati dan menyerang orang pulau.

Dani memusnahkan semua senjata Illuminati, sehingga orang Illuminati melarikan diri dari Pulau dan tidak pernah muncul semula.
10 orang bomoh terhandal memerangkap Dani menggunakan ilmu yang mereka ada, mereka mahu membunuh Dani tapi dihalang oleh ibu Dani.

Dani diletakkan di dalam bulatan yang telah dijampi oleh 10 orang bomoh tersebut, dia tidak boleh keluar dari bulatan tu.
Selama berhari-hari mereka cuba untuk mengeluarkan Fuzen dari badan Dani, tapi tidak berjaya.
Setelah sebulan berusaha, akhirnya mereka berjaya mengeluarkan Fuzen dari badan Dani.

Fuzen di tanam dalam tanah Pulau Tengkorak.

Tapi Dani tidak boleh tinggal di Pulau Tengkorak kerana ikatannya dengan Fuzen masih belum putus sepenuhnya.
Kalau dia berada di Pulau Tengkorak selama 5 hari, Fuzen akan masuk semula ke dalam badannya.

Jadi Dani diberi pil lupa yang dicipta oleh orang Illuminati, lalu menghantarnya jauh dari Pulau Tengkorak.
Kini semua 10 orang Bomoh terhandal sudah mati, jadi kalau Fuzen masuk semula ke dalam badan Dani, tiada siapa yang boleh mengeluarkannya semula.
Jadi orang pulau perlu membunuh Dani sebelum Fuzen masuk semula ke dalam badannya.

tamat cerita Toji.

"Maaf kami terpaksa bunuh kau, harap kau faham" kata Toji

"Takda cara lain ke? biar saya keluar dari pulau ni" tanya Dani keliru
"Walaupun kau keluar dari sini, kau masih hidup, kalau kau ada anak, anak kau akan mewarisi semua ni, jadi kau tetap perlu mati" kata Toji

Hukuman bunuh tetap dijalankan.

Toji sempat menangis, dia sebenarnya tak sampai hati ingin membunuh Dani.
Tapi semua ni harus dilakukan demi kebaikan orang pulau.

Dani mati kepalanya dipancung oleh seorang lelaki berbadan tegap.

Mereka semua menguruskan mayat Dani.

Di dalam rumah Leni, Leni menangis.
Muncul seseorang dari belakang Leni,

"Kenapa kau menangis?" orang itu ialah Dani

"Dia berkorban untuk kau" kata Leni

"Semasa aku menyorok tadi, dari dalam rumah, aku nampak orang pulau bawa seseorang, wajahnya macam aku, apa semua ni?" tanya Dani keliru
Leni mula bercerita

Dani dan Jane sebenarnya antara kanak-kanak yang digunakan dalam eksperimen illuminati, badan mereka berdua di masukkan jin.

Kerana mereka selalu bersama, mereka mula rapat dan bercinta.
"Betul ke awak sayangkan saya?" tanya Dani

"Mestilah" jawab Jane

"Apa buktinya?"

"Saya sanggup berkorban apa sahaja untuk awak, asalkan awak bahagia " Jane tersenyum

"Saya pun"
Hanya Dani dan Jane sahaja eksperimen Illuminati yang berjaya, tapi mereka hanya tahu Dani sahaja yang berjaya kerana Jane selalu berlakon yang Jin tidak lagi masuk ke dalam badannya.
Dani dimasukkan Jin bernama Fuzen dan Jane dimasukkan jin bernama Alias.

Jadi Dani memiliki kuasa Fuzen dan Jane memiliki kuasa Alias.
Semasa Dani di tangkap oleh bomoh, Ibubapa Dani cuba untuk menyelamatkan Dani tapi tidak berjaya.

Setelah Dani di buang dari Pulau Tengkorak, Ibu Dani sentiasa murung sehingga meninggal dunia.
Perkara ini membuatkan Ayah Dani mula merancang untuk membalas dendam pada orang pulau kerana membuang Dani menyebabkan isterinya murung.
Ayah Dani belajar ilmu sihir untuk menghantar sesuatu ke dalam mimpi Dani, supaya Dani akan teringat akan Pulau Tengkorak.

Sebabtu Dani selalu mimpi Buruk, rancangannya apabila Dani sampai ke pulau, dia akan menyimpan Dani di dalam rumah selama 5 hari.
Hari ke 5, Fuzen akan masuk semula ke dalam badan Dani, lalu dengan kuasa yang Dani ada, ayahnya boleh membalas dendam terhadap orang pulau.

Tapi ayah Dani mati beberapa tahun yang lepas, jadi tugas ini disambung oleh Leni dan Jane.

Tamat cerita Leni
"Kenapa kau nak buat semua ni?" tanya Dani

"Aku adik kau la" jawab Leni sambil tersenyum..

"Jadi mana Jane?"

"kau masih tak paham lagi?"

"paham apa?" tanya Dani
"Dia memiliki kuasa jin bernama Alias, Kuasa alias ialah bertukar wajah, dia menukar wajahnya kepada wajah kau, dia yang dibawa orang pulau untuk dibunuh, dia berkorban untuk kau supaya orang pulau ingat kau dah mati"

tanpa Dani sedar, matanya mula penuh dengan air mata.
Air matanya berjujuran jatuh,
dia menangis

Dia teringat perbualannya semasa waktu malam mereka duduk berdua bersama di pondok depan rumah

"Awak pernah bercinta?" tanya Jane

"aik pelik soalan ni, tak pernah pun"

"baguslah" Jane tersenyum
"Jadi apa lagi yang perlu aku tahu?" tanya Dani

"Lepas kita bunuh orang pulau, kita akan ke sebuah pulau yang memiliki buah abadi, orang yang makan buah abadi akan hidup abadi untuk selama-lamanya dan kita akan kuasai dunia"

"Macammana dengan Illuminati?"
" Sebenarnya orang barat yang menjalankan eksperimen di Pulau Tengkorak bukanlah Kumpulan Illuminati, mereka hanya menggunakan nama tersebut untuk menutupi nama kumpulan sebenar mereka,
Di mata dunia, Illuminati ialah kumpulan rahsia, kalau fikir logik, apa yang rahsianya kalau satu dunia tahu Illuminati tu apa? Tahu lambang Illuminati? Serta siapakah orang Illuminati? Rahsia kah itu?" kata Leni
"Aku setuju, ramai orang terlampau percaya teori konspirasi sehingga percaya semua teori yang ada, sedangkan itu hanya teori, terlalu banyak teori cuba memburukkan nama orang, kalau itu tidak benar, teori konspirasi ni seperti penyebaran fitnah" balas Dani
Keesokkan paginya,

Leni terjaga dari tidur, dia rasa perutnya sangat sakit,

seperti di tikam sesuatu,dia perlahan-lahan cuba melihat ke perutnya,

ada pedang terjunam di perutnya.

"Siapa yang buat ni?"
"Aku" suara seseorang di depan pintu biliknya

Apabila Leni cuba melihat, dia terkejut orang itu ialah Dani.

Tapi matanya berwarna merah, Fuzen sudah masuk ke dalam badannya.

"Kenapa kau tikam aku?" tanya Leni dalam keadaan kesakitan tidak boleh menggerakkan badannya
Dani ketawa terbahak-bahak "Hahaha, kau memang bodoh, kau dah selamatkan orang yang salah"

"Apa maksud kau? Jane dah berkorban untuk kau, macamni kau balas"

"Aku sebenarnya tak hilang ingatan pun"

Leni terkejut
"Aku tak telan pun pil lupa tu, aku masih ingat apa yang terjadi. Setelah aku dibuang dari pulau, aku bercita-cita untuk bekerja di atas kapal laut kerana ingin kembali ke pulau ni,
aku tak terjatuh dari kapal, aku sendiri terjun dari kapal untuk mencari pulau ni, tapi aku tak jumpa lalu lemas di lautan, tak sangka aku akan hanyut di pulau ni" jelas Dani
"Kau memang tak guna" kata Leni

"Pada hari ke-4, aku sengaja keluar dari rumah supaya Jane berkorban untuk aku"

"Sanggup kau biarkan Jane mati"

"Dia kena mati, dia terlalu baik, kalau dia masih hidup, aku tidak akan dapat mengusai dunia" kata Dani tegas
Dani mendekati Leni lalu mengangkat pedang yang tertikam di perut Leni, lalu bertubi-tubi Dani menikam Leni sehingga mati.

"Maafkan aku Leni, aku taknak kau ikut aku, kau tak boleh jadi jahat macam aku" kata Dani pada mayat Leni
Dani keluar dari rumah tersebut dan membunuh semua penduduk Pulau Tengkorak

Lalu dia keluar dari Pulau Tengkorak dengan misinya yang baru untuk menguasai dunia

Tamat
❗️❗️AMARAN❗️❗️

Hanya yang pernah membaca semua thread aku dalam Horror Universe sahaja boleh membaca trivia ini.

Trivia 👇👇👇👇 Trivia
Dani sudah sampai di sebuah pulau yang memiliki buah abadi,

Ada satu lembaga yang sangat besar menjaga pokok buah abadi tersebut.

"Aku inginkan buah abadi" minta Dani

"Tak boleh"
Dani mula marah, dia cuba berlawan dengan lembaga tersebut dengan pedangnya tapi dia tewas.

"Kenapa aku tak dibenarkan untuk mengambil buah abadi tu?" tanya Dani

"Hanya manusia yang memiliki jin paling kuat di dunia sahaja boleh memiliki buah abadi ni"
"Kalau aku kalahkan manusia tu, aku boleh dapat kan buah tu"

"ye sudah tentu"

"Siapa manusia tu?"

"Nama dia Ali, Pemilik Jin terkuat dunia iaitu Duen"

Tamat Trivia
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!