Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎
nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
or ws je +601126179748
Dia lihat jam yang ada ditangannya menunjukkan pukul
9 malam.
sudah hampir 2 jam dia terkandas di sebuah kampung.
line di telefon bimbitnya pun tiada,
dia mula hilang arah.
"Aku kena patah balik ni, aku rasa aku dah sesat, line pun takde, dah lah gelap sunyi kawasan ni" kata Mazhir dalam hati
dalam perjalanan keluar dari kampung, ada seorang lelaki tua sedang berjalan dengan tongkat di sisi jalan.
Mazhir memperlahankan kenderaannya, lalu membuka tingkap kereta.
"Kau tak boleh ada kat sini, kau keluar dari sini"
"Tapi kenapa pakcik?"
"Kau jangan banyak tanya, berambus kau!!!" Pakcik tersebut menengking Mazhir
dia terkejut dengan reaksi pakcik tadi,
"Apa salah aku, dia nak marah aku macamtu"
Nasib Mazhir semakin malang, keretanya berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan,
dia lihat pada meter minyak,
"Ahhh minyak habis pulak" kata Mazhir yang sedang bengang
Kiri dan kanan jalan ialah pokok yang sangat besar.
Dalam keadaan yang sangat gelap dan sunyi hanya bertemankan lampu suluh, Dia mula rasa seram.
Terkadang semasa berjalan, dia dapat rasakan seperti diperhatikan dibalik-balik pokok yang ada di sekelilingnya.
Dia hanya berjalan dan menganggap itu hanyalah mainan perasaannya.
Dari jauh, ada seorang perempuan tua berbongkok, berambut panjang kusut masai berbaju putih sedang berdiri di tepi jalan,
Mazhir tidak dapat melihat wajahnya kerana jarak dia dan perempuan tua itu sangat jauh.
Langkah Mazhir mula perlahan, jantungnya mula berdebar di setiap langkah yang dia mulakan.
apabila jaraknya sudah terlalu dekat dengan Perempuan Tua tersebut, dia ditegur, langkahnya terhenti.
"Cuuuuuu" dengan nada suara yang amat menyeramkan.
"Ye" Mazhir menyahut seruan Perempuan Tua tersebut tapi masih memandang kehadapan.
"Marilahhh"
"Mari kemana?" tanya Mazhir lantas memandang wajah Perempuan Tua tersebut.
"mari ikut nenek!!!"
Mazhir yang lemah semangat, menjerit lalu pengsan, tidak sedarkan diri.
"Siapa korang berdua?"
"Saya Abidin dan ini isteri saya, Midah, saya jumpa awak pengsan di tengah jalan tadi, jadi saya bawaklah awak ke hotel saya"
Hotel tu hanya ada satu lampu malap yang bercahaya menyebabkan keadaan hotel menjadi gelap.
"Kenapa tak pasang semua lampu?"
Mazhir bangun perlahan-lahan hendak keluar dari kawasan hotel
"Eh nak pergi mana, hari dah gelap, baik encik menginap di hotel kami" ajak Midah
"Tapi dompet saya tertinggal dalam kereta"
"Takpe, Esok saya hantar kamu ke kereta kamu" kata Abidin
"Wah terima kasih sangat-sangat" Mazhir terharu
dia berjalan menaiki tangga ke biliknya di tingkat 2,
Hotel tersebut hanya ada 3 tingkat dan dekorasi hotel tersebut bertemakan rumah zaman British lama.
Hotel itu juga terlalu gelap kerana lampu yang digunakan semuanya malap dan ada lampu yang tidak dihidupkan.
Setiap bilik yang dia lepasi, jantungnya berdebar.
Apabila pintu bilik dibuka dengan luas, Mazhir tersentak.
Sebab dalam keadaan bilik yang gelap tu, dia nampak seperti ada lembaga yang berselubung dengan kain putih berdiri di hujung bilik.
lembaga yang dia nampak tadi hilang,
Dia berfikir mungkin apa yang dia nampak tadi hanyalah ilusi kerana dia terlalu penat.
dia cuba melihat permandangan di luar hotel melalui tingkap,
kelihatan pokok yang sangat besar di sekeliling hotel,
"Hotel ni dalam hutan ke?" bicaranya dalam hati
dia membuka pintu bilik, kelihatan Abidin membawa tuala mandi.
"Sorry saya lupa nak isi tuala mandi dalam bilik ni, nah tuala" Abidin menyerahkan tuala pada Mazhir
dalam keadaan luar bilik yang gelap, dia nampak ada seorang perempuan yang rambutnya panjang menutupi wajahnya memakai baju warna putih sedang berdiri di belakang kiri Abidin.
dia memandang ke belakang "Kamu tengok apa?"
Mazhir terkejut kerana apabila Abidin menoleh ke belakang, dia tak nampak apa yang Mazhir nampak.
"Eh takde pape, saya mandi dulu la" kata Mazhir yang ketakutan terus menutup pintu
Mazhir berjalan ke bilik air untuk mandi.
Semasa mandi dia terdengar sesuatu yang membuatkan dia rasa sangat tidak senang.
Dia yang sedang mandi di bawah air shower, mula rasa seram.
Tiba-tiba lampu bilik air terpadam, Mazhir menjerit ketakutan lalu mahu membuka pintu bilik air.
Masih kedengaran suara tangisan dari luar bilik air, tiba-tiba air paip terbuka dengan sendiri.
yang mengejutkan air yang keluar ialah air darah.
suara tangisan tu sudah hampir dengan pintu bilik air.
Mazhir yang ketakutan mula menangis.
Dihadapan pintu, ada seorang perempuan dengan mukanya seperti telah dikoyak-koyak, matanya merah, lidahnya panjang hingga ketanah, kukunya sangat tajam sedang berjalan menghampiri Mazhir.
Tapi dia masih tidak berpakaian dan badannya basah.
Dia mula keliru,
"Tadi tu mimpi ke bukan?" soalnya di dalam hati
Biliknya yang sunyi tiba-tiba dipecahkan dengan suara seorang perempuan yang sedang menyanyi.
Mazhir membuka matanya semula ingin mencari suara perempuan tersebut.
Mazhir memandang ke arah tingkap, dia terkejut ada satu Lembaga perempuan sedang merenungnya dan tersenyum dari luar tingkap bilik dengan wajah yang sangat hodoh dan menyeramkan.
Lembaga tu merangkak masuk ke dalam biliknya menghampiri Mazhir yang sedang baring diatas katil,
Mazhir hanya dapat lihat Lembaga tu menghampirinya, kerana badannya tidak dapat bergerak.
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka
"Kau keluar dari sini?"suara seseorang menghalau Lembaga tu.
Lembaga tu lenyap dari penglihatan Mazhir.
Dia boleh menggerakkan badannya semula.
"Siapa kau?" tanya Mazhir
"Nama aku Syu, kita kena keluar dari sini, kalau tak, kita akan terperangkap dalam ni selama-lamanya"
"Apa maksud kau?"
"Tak yah banyak tanya, jom ikut aku"
akhirnya kelihatan pintu keluar, Mereka berdua berlari ingin menghampiri pintu tersebut,
Tapi langkah mereka terhenti.
"Korang berdua nak lari mana?"
"Lepaskan kami, ni bukan tempat kami"
"Kau ingat semudah tu, yang masuk takkan boleh keluar sampai bila-bila"
Abidin yang sedang senyum, kulit wajahnya tiba-tiba mengelupas dan tumbuh dua tanduk di kepalanya, wajahnya bertukar menjadi sangat hodoh.
Kulitnya bertukar warna menjadi warna Merah.
"Kau siapa? Apa semua ni, aku tak paham, bagi aku keluar dari sini" kata Mazhir yang sedang ketakutan
"Roh orang mati yang masuk ke dalam hotel ni akan jadi hamba aku" kata Abidin dengan wajah yang amat menyeramkan
"Jangan cakap yang kau tak sedar yang kau dah mati?" tanya Syu
Kepala Mazhir mula rasa sakit, dia mula teringat sesuatu,
Pakcik yang dia jumpa masa di sebuah kampung tu terkejut sebab melihat wajah Mazhir yang sangat hodoh, dia tahu yang Mazhir bukanlah manusia.
Oleh itu, dia cuba menghalau Mazhir.
Mereka terperangkap di dalam hotel tersebut dan menjadi hamba kepada Abidin.
Tamat
Hanya yang pernah membaca semua thread aku dalam Horror Universe sahaja boleh membaca trivia ini.
Trivia 👇👇👇👇 Trivia
Muncul pengikutnya cuba berbisik di telinga Abidin
"Tuan, ada orang datang, dia cakap dia abang tuan"
Riak muka Abidin berubah
Muncul abang Abidin
"Hai abang, dah berapa puluh ribu tahun kita tak jumpa, dah terlepas dari ikatan manusia ke?" Abidin cuba memeluk abangnya tapi abangnya menolaknya
"Wow hebatnya abang, tapi apa hajat abang ke sini?"
"Kumpulan berselubung putih bukan dah ramai ke?"
"Aku nak ramai lagi, aku nak kuasai bumi ni semula, dulu bumi ni kita punya"
"kalau macamtu takpela" Abang Abidin senyum sinis
Abidin tahu dibalik senyuman Abangnya itu ada muslihat yang di pendamnya
"Apa kau buat ni??" tanya Abidin yang sedang kesakitan.
"kalau kau tak nak bagi, aku akan ambil sendiri dari kau" ugut abang Abidin
Abidin dilepaskan.
"Aku akan datang semula, persiapkan semua pengikut kau untuk jadi pengikut kumpulan berselubung putih" kata abang Abidin berlalu pergi
"Siapa tu Tuan?"
"Dia abang aku, Duen, Jin paling terkuat dalam dunia ni dan ketua kumpulan lagenda berselubung putih, dia dah kembali"
Tamat Trivia