1. Tidur Meniarap
Bukan saja untuk bayi, orang dewasa juga dilarang tidur meniarap. Ia menyebabkan kerosakan pada tulang belakang, beri tekanan pada urat leher yang terpusing, menyekat sistem pernafasan normal. Ada orang maut sebab tidur meniarap begini.
Mengangkat sebelah kaki atau menyilang kaki perlu dielakan ketika tidur agar tak timbul rasa tidak selesa bahkan ia juga tidak elok untuk keadaan struktur tulang belakang seseorang.
Ianya memberi efek kesihatan negatif buat individu yang berdengkur sewaktu tidur. Bagi yang berdengkur, tidur menelentang akan memberi efek graviti -membuatkan bunyi dengkuran lebih kuat apabila saluran pernafasan adalah terlalu lapang.
Tidur mengiring terlalu lama boleh tingkatkan risiko kulit wajah menjadi cepat berkedut, payudara mengendur serta menimbulkan rasa sakit pada tulang bahu dan lengan kerana saraf dan aliran darah tidak lancar (terhempap terlalu lama).