, 20 tweets, 3 min read
Dulu pernah ada kes budak 2 tahun mati sebab suspek memandu laju tekan minyak kereta langgar khemah majlis perkahwinan. Suspek dikepung polis dan terpaksa langgar orang ramai yang ada bawah khemah. Kenapa suspek tergamak buat macam tu? Nantikan thread malam ni
Pada malam kejadian, suspek menaiki kereta dan berhenti di kawasan Gopeng, Perak. Jejak suspek dapat dihidu polis yang menaiki kereta peronda. Suspek merupakan seorang yang dikehendaki polis atas satu kes rusuhan.
Menyedari kelibatnya dihidu polis, suspek mula gelabah. Suspek memandu kereta hingga ke kawasan perumahan di Jalan Utama Kg Tersusun, Kopisan Baru, Gopeng. Suspek mati langkah setelah jalan dihalang oleh khemah majis perkahwinan.
Kelihatan ada tetamu yang berdiri di bawah khemah itu. Ada yang sedang menjamu selera. Suspek berhentikan kereta dan padamkan lampu kereta. Kereta suspek betul2 menghadap khemah tersebut. Di belakang kereta suspek, kereta peronda polis sedia menunggu. Suspek buntu.
Beberapa saat kemudian, tanpa disangka oleh tetamu di bawah khemah tersebut, suspek menghidupkan lampu kereta dan menekan pedal minyak kereta. Suspek merempuh langgar khemah. Saksi mengatakan suspek 2 kali melanggar khemah itu.
Rempuhan pertama, suspek melanggar dua orang mangsa. Disebabkan rempuhan itu, kereta suspek tersekat di tengah tengah khemah. Suspek undurkan sedikit kereta dan bergerak semula ke depan. Rempuhan kedua kemudian menggilis kepala mangsa berusia 2 tahun.
2 orang mangsa lagi mengalami kecederaan parah. Kaki mangsa kedua digilis dan tulang mangsa ketiga pula dikatakan retak akibat rempuhan itu. Suspek memecut laju meninggalkan kawasan kejadian. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan segera.
Mangsa berusia 2 tahun disahkan mati akibat kecederaan serius di kepala. Doktor pakar forensik sahkan mangsa mati disebabkan 'head injury that leads to his death which is consistent with road traffic crash'.
Mangsa kedua mengalami kecederaan 'close fracture left 2nd, 3rd ad 4th metarsal bone'. Mangsa ketiga pula mengalami kecederaan 'multiple superficial abrasion wound over the right elbow and both knee'.
Suspek kemudian ditahan dan didakwa bawah s 300 (d) Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Suspek mengetahui perbuatannya amat dan begitu bahaya yang boleh datangkan kematian atau bencana tubuh yang boleh menyebabkan kematian. Jadi, suspek berniat untuk membunuh.
Suspek mengatakan dia bertindak sedemikian kerana mahu lari daripada polis. Suspek mengatakan polis datang ke arah keretanya dengan membawa pistol. Tetapi, kenyataan suspek ini ditolak hakim Mahkamah Tinggi Ipoh. Polis sebenarnya hanya berada di dalam kereta peronda.
Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan suspek bersalah atas tuduhan membunuh mangsa dan suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati. Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Peguam bela suspek berhujah suspek tidak berniat membunuh. Tindakan suspek hanyalah untuk larikan diri daripada polis. Suspek tidak pun sedar ada melanggar mangsa semasa merempuh khemah. Tindakan suspek undur dan gerakkan kereta ke depan bukanlah untuk menggilis mangsa
tetapi kerana keretanya sudah tersekat. Kerusi dan meja di bawah khemah telah menghalang kereta suspek bergerak. Jadi, suspek sebenarnya hanya ingin larikan diri.
Pendakwa raya, Jabatan Peguam Negara kemudian berhujah. Perbuatan suspek memandu ke arah khemah itu boleh membawa 'imminent danger' pada sesiapa yang ada di situ. Suspek telah berhenti sekejap menghadap khemah dan suspek sedar ada tetamu di bawah khemah itu. Jadi, suspek yg salah
Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Tengku Maimun, Kamardin Hashim dan Abdul Karim pada Mac 2018 telah memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa.
Di bawah s 300 (d) KK 'all that is needed is knowledge that the act is likely to cause death. The emphasis is on the imminently dangerous characterb of the act itself'.
'There is callousness towards the result and the risk taken is such that it may be stated that the person knows the act is likely to cause death' (kes Mahkamah Persekutuan Kenneth Fook Mun Lee).
Perbuatan suspek sebenarnya tidak menghiraukan keselamatan dan nyawa manusia. Tindakan suspek tidak boleh dikatakan terburu-buru atau cuai. Perbuatannya adalah disengajakan dan suspek tahu kesan rempuhan itu boleh datangkan risiko kematian.
Jadi, suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan dihukum gantung sampai mati.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!