, 22 tweets, 3 min read
Dia dan kawan-kawan sepatutnya pergi surau membaca Yassin malam tu. Tapi, kawannya dengar suara mangsa menangis dalam bilik warden. Tiba-tiba suara tu sudah tidak lagi kedengaran. Sunyi-sepi. Kemudian, apabila pintu bilik warden dibuka......

Nantikan sambungan kes malam ni..
Semasa pintu bilik warden dibuka, mangsa pelajar darjah satu, terbaring atas riba warden tanpa sedarkan diri. Mangsa kemudian terus dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar. Apa yang terjadi pada mangsa dan warden dalam bilik sebelum tu?
Semasa di hospital, warden memberitahu kawannya yang juga warden di situ, dia tampar mangsa disebabkan mencuri. Seorang staf perubatan hospital kemudian tanya pada warden kenapa ada kesan ikatan pada lengan mangsa. Warden jawab dia ikat tangan mangsa tu.
Warden mengatakan mangsa kemudian mengalami sawan dan tiba-tiba tidak sedarkan diri. Semasa mangsa dirawat, keadaan mangsa masih tidak berubah. Mangsa berada dalam keadaan kritikal walaupun penyakit sawan yang dialami mangsa sudah beransur pulih. Apa yang terjadi?
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Doktor kemudian mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian otak. Kecederaan yang agak serius. Mangsa disahkan meninggal dunia 3 hari selepas dirawat. Warden kemudian ditahan sebagai suspek kes bunuh.
Doktor pakar forensik melalui bedah siasat yang dilakukan mengesahkan punca kematian mangsa adalah 'hypoxic sequale to compression of the neck'. Mangsa dikatakan mati akibat dicekik pada bahagian leher hingga menyebabkan 'carotid sinusreflex' yang menyebabkan denyutan jantung
terhenti pada satu ketika. Kesan cekikan itu mempengaruhi aliran darah untuk membekalkan oksigen pada otak. Doktor mengesahkan kesan yang dialami mangsa tersebut menyebabkan mangsa tidak mati 'on the spot'. Mangsa perlahan-lahan akan lemah dan meninggal.
Disebabkan mangsa mati atas tindakan yang dibuat suspek, suspek dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kangar atas kesalahan membunuh. Hakim memutuskan suspek bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.
Hakim memutuskan 'the compression of the neck had caused brain haemorrhage which was due to oxygen deprivation to brain leading to the death of the deceased'. Suspek yang mencekik leher mangsa dengan sengaja. Ini bermaksud suspek berniat membunuh mangsa.
Suspek geram dengan mangsa kerana mangsa dikatakan mencuri. Suspek memberitahu mangsa bahawa mangsa akan masuk neraka sekiranya mencuri. Mangsa menjawab dia suka kalau masuk ke neraka. Suspek bertambah geram.
Suspek pegang badan mangsa dengan mengangkat tubuh dan mengoyangkan badan mangsa 3 atau 4 kali. Mangsa menangis dan menjerit. Suspek mengatakan dia buat sebegitu sebagai pengajaran kepada mangsa.
Dalam kes ini, pendakwa raya berhujah di bawah seksyen 300 (c) KK, tindakan yang dibuat suspek secara semulajadinya memang akan menyebabkan mangsa mati. Ini menandakan suspek berniat membunuh mangsa. Benarkah?
Kes kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya di mana peguam bela berhujah tiada bukti saintifik yang menyokong hujahan pendakwa raya tersebut. Sekiranya perbuatan suspek sebegitu, laporan perubatan daripada doktor pakar perlu digunapakai. Laporan tersebut mesti menyebut
disebakan tindakan sebegitu, mangsa pada secara semulajadi memang akan mati. Dalam kes ini, laporan bedah siasat tidak pun menyebut, mangsa akan mati secara semulajadi sekiranya suspek bertindak sebegitu.
'whether the act of accused was sufficient in the ordinary cause of nature to cause the death of the deceased'. Suspek semasa disoal balas pendakwa raya menafikan dia yang mencekik mangsa. Semasa mangsa diangkat badannya, suspek menafikan dia mencekik mangsa.
Tetapi kenyataan suspek ditolak mahkamah. Fakta jelas menunjukkan memang suspek yang berada dengan mangsa di dalam bilik warden tersebut. Suspek memang melakukan perbuatan hingga mangsa mati. Tetapi, perbuatan suspek tidak boleh dianggap berniat untuk membunuh mangsa.
'The proof of the injury inflicted on the deceased should be adduced by way of medical evidence that such injury was sufficient in ordinary course of nature to cause death' (Kes Mahkamah Persekutuan Cheong Kam Kuen v PP).
Dalam kes ni, laporan perubatan hanya menunjukkan punca mangsa mati. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai asas bagi menyokong mangsa akan mati secara semula jadi disebabkan perbuatan suspek. Perbuatan suspek sebenarnya tidak bermaksud dia berniat membunuh.
'It is a culpable homocide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is a murder if such injury is sufiicient in ordinary coursebif nature to cause death' (PP v Megat Shahrizat).
Panel Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Ahmadi Haji Asnawi, Idrus Harun dan Abdul Karim Abdul Jalil pada Jun 2016 memutuskan perbuatan suspek menyebabkan mangsa mati. Suspek dihukum atas kesalahan menyebabkan kematian dan bukannya atas kesalahan membunuh. Suspek tiada niat membunuh.
Walaupun terlepas hukuman gantung, kesalahan menyebabkan kematian di bawah s299 KK menyebabkan suspek dikenakan hukuman penjara 20 tahun. Kesalahan jenayah suspek dianggap satu kesalahan serius kerana menyebabkan kematian mangsa yang masih terlalu muda.
Kes ini berlaku di dalam bilik warden Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Kampung Jejawi Dalam, Arau Perlis.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!