, 61 tweets, 9 min read
My Authors
Read all threads
Perjanjian Saka II

—xx—

“Kenapa kau suka dengar aku main biola?”

- Rusli
Cerita ini adalah sambungan kepada Perjanjian Saka yang @megatlaw tolong post 😂. Dia dah malas tolong post sambungan.

8 Oktober 1994 - (8/10/1994)

Di dalam sebuah ruang tamu,

Seorang lelaki muda,

Beumur dalam lingkungan 20 tahun sedang terbaring lena di atas sofa biru berhadapan sebuah televisyen.
Nama lelaki itu ialah Rusli. Rusli merupakan seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama dengan dua orang adik lelakinya.

Mereka tinggal di dalam sebuah rumah banglo peninggalan keluarganya.
Rusli mengambil alih sebuah pengusahaan ladang sawit kepunyaan arwah ayahhya untuk menyara hidup mereka bertiga.

—-

Pada suatu pagi, waktu subuh.

Muncul seekor lembaga, datang menghampiri Rusli.

“Tuan! Bangun Tuan!”
“Kenapa ni? Awal-awal pagi ni kau nak apa? Hah? Aswad? Pagi-pagi dah bising. Penat semalam pun belum habis lagi.” balas Rusli.

“Tuan, waktu subuh sudah lama masuk”.

“Hari ni aku nak tinggal je subuh.”

“Mana boleh tinggal solat Tuan, berdosa besar.”
“Pandai pulak kau nak mengajar aku. Sape ajar kau ni?“ gelak Rusli,

“Aku selalu teman arwah ayah Tuan ber-qiam dulu. Kadang-kadang dia ajar aku sedikit sebanyak pasal agama Islam.” balas Aswad, saka milik Rusli.
“Owh. Bagus la. Baik jadi kau la kan. Tak payah solat. Sah-sah masuk neraka.” gurau Rusli dengan Aswad.

“Tuan, mulut jaga elok-elok.” tegur Aswad.

“Haha. Oh yer! Jap, aku nak tanya kau sikit. Kat mana selalu kau menyorok bila ada bunyi azan?” tanya Rusli kepada Aswad.
“Kat bilik arwah ayah tuan. Dalam bilik tu ade satu kotak kayu kecil. Kotak kayu tu tempat untuk saya sembunyikan diri dari azan.”

“Aku tak pernah tahu pun pasal kotak kayu tu?” tanya Rusli.
“Kotak kayu tu ayah Tuan yang bagi dulu. Kalau Tuan berminat, malam ni aku tunjuk kotak kayu tu pada Tuan” ujar Aswad.

“Setiap kali aku masuk dalam bilik tu aku mesti teringatkan ayah Tuan. Bilik itulah tempat aku selalu berbual dengan ayah Tuan.” sambung Aswad.
“Rapat juga kau dengan ayah aku. Patutlah ayah aku sayang kau. Nama kau pun ayah aku jugak yang bagi kan?” tanya Rusli.

“Benar. Aku lebih rapat dengan ayah Tuan berbanding atuk Tuan. Ayah Tuan lah orang yang pertama bagi nama pada aku.” balas Aswad.
“Ayah aku, dan aku. Kau sayang aku lagi kan? Haha.” gurau Rusli.

“Okaylah aku nak solat dulu.” sambung Rusli.

Rusli menggeliat dan terus bangun dari sofa. Rusli masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat subuh.
Setelah selesai, Rusli mengejutkan dua orang adik lelakinya untuk menunaikan solat dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.

———

Pukul 9 pagi,

Rusli sedang menikmati sarapan pagi setelah menghantar adik-adiknya ke sekolah.
PAPP! Lampu dapur terpadam dan kipas berpusing semakin perlahan.

Kerusi berhadapan Rusli bergerak perlahan dan menimbulkan bunyi yang bising.

Tetapi muka Rusli masih lagi tenang.
“Kau takyah lah nak takutkan aku Aswad. Muncul jelah.” ujar Rusli sambil ketawa kecil.

“Hahaha! Tak takut ker Tuan? Pagi tadi adik-adik Tuan semua pucat lepas tu lari keluar dapur bila aku tutup lampu.” sembang Aswad.
“Oh! Patut la.. Kau lah kacau diorang. Patut la bising pepagi tadi.” balas Rusli.

“Aku minta maaf Tuan. Aku sebenarnya....”

“Sebenarnya apa Aswad?” tanya Rusli.
“Aku sebenarnya bosan. Aku bosan hidup sebagai saka. Aku ingin bebas daripada menjadi saka.” jelas Aswad dengan nada yang sedih dan kemurungan.

“Dah tu? Kau nak aku buat apa.” tanya Rusli.

“Aku ingin bebas Tuan..” balas Aswad.
Rusli berdiri dan membasuh gelasnya di sinki,

“Kalau aku lepaskan kau, mesti kita akan jarang berjumpa. Aswad, kau jer kawan yang ikhlas berkawan dengan aku. Kawan-kawan aku sebelum ni semua rapat dengan aku sebab aku ada banyak harta jer.” balas Rusli.
“Aku janji aku takkan lupakan Tuan kalau aku dibebaskan.” kata Aswad.

“Em, kita tengok dulu macam mana. Boleh? Aswad?” terang Rusli, agak hiba, sambil menepuk bahu Aswad.

Mereka berdua terdiam seketika.
“Oh yer Tuan, malam tadi ada dua orang pencuri cuba pecah masuk dalam rumah ni.” celah Aswad.

“Habis tu? Kau buat apa kat diorang?” tanya Rusli.

“Aku buatlah muka yang paling buruk untuk takutkan mereka.” balas Aswad.
“Kau buat muka apa?”

“Aku buat muka Tuan. Kedua-dua pencuri tu terus lari dari rumah ni. HAHAHA!” jawab Aswad sambil tergelak besar.
“Oh kau berani ea? Main kutuk je muka aku?? Sekali aku bacakan ayat kursi baru kau merangkak minta ampun..“ balas Rusli.

Mereka berdua bergelak tawa bersama-sama. Bagi Rusli, Aswad adalah peneman yang sejati, pendamping hidupnya dan pelindung kepada keluarga mereka.
Beberapa jam kemudian,

“Tuan kenapa tak main biola hari ini?” tanya Aswad.

“Buat masa sekarang aku takde mood lah nak main. Malam ni jelah aku main untuk kau..” balas Rusli.
“Kenapa kau suka dengar aku main biola?” tanya Rusli.

“Aku suka bunyi biola. Bunyinya tenang. Kalau boleh suatu hari nanti aku teringin hendak belajar bermain biola.” balas Aswad.
“Hahaha! Kau pandai ke? Kau nak guna tanduk kau ker main biola tu. Kau nampak ke chord dengan satu mata kau tu?” gurau Rusli.

“Jangan main kutuk Tuan. Tuan tengok nanti, aku main biola lagi bagus dari Tuan.” kata Aswad sambil tergelak kecil.
Begitulah kehidupun mereka seharian. Rusli dan Aswad tidak pernah berpisah dan selalu bergurau senda.

Hidup Rusli akan sunyi jika ketiadaan Aswad. Bunyi biola, alunan gesekan merdu biola, dapat menjadikan mereka semakin rapat.
Pukul 11 malam.

—-

Rusli menutup lampu bilik adik-adiknya.

“Korang tidur awal, esok pagi abang nak bawa pergi sarapan kat luar.” kata Rusli kepada dua orang adik lelakinya.

“Okay abang.” jawab adik-adik Rusli serentak.
PAPP! Pintu bilik ditutup .

Rusli berjalan menuju ke bilik arwah ayahnya. Rusli membuka pintu bilik dan terus masuk.

“Aswad hoi Aswad! Keluarlah. Kau nak dengar ke tak ni?” panggil Rusli.
Tiba-tiba asap putih keluar dari almari lama arwah ayah Rusli. Pintu almari itu terbuka perlahan-lahan dah kelihatan Aswad berjalan keluar dari almari itu.

“Tuan cari aku?” tanya Aswad.
“Yelah Pak Tam, cari siapa lagi.” balas Rusli.

“ Kenapa panggil aku Pak Tam Tuan?”

“Sebab kau hitam laa. Nama kau pun Aswad. Aswad tu maksud dia hitam dalam bahasa arab.” jawab Rusli.
“Oh sebab tu lah arwah ayah Tuan bagi nama Aswad. Pandailah Tuan, tak sekolah pun tahu bahasa arab, hahaha.” gelak Aswad.

“Lagi sekali kau kutuk aku.. Aku baca ayat kursi betul-betulkan, makin hangus kau.” gurau Rusli.
“Minta maaf sekali lagi Tuan. Oh yer, kenapa Tuan masuk dalam bilik ni?” tanya Aswad.

“Kan kau cakap nak tunjuk kotak kayu tu? Saka pun senang lupa?” balas Rusli.

“HAHA, sekejap yer Tuan.”
Aswad mengambil kotak kayu yang terletak di dalam almari itu dan memberikannya kepada Rusli.

“Wah! Cantik juga kotak kayu ni. Kreatif juga ayah aku ni.” kata Rusli.
Rusli terpegun melihat kotak kayu itu. Dia melihat setiap ukiran-ukiran pada kayu itu.

Rusli membuka kotak itu dan terlihat sekeping kertas lama terlipat membentuk segi empat. Rusli cuba mengambil kertas itu tetapi Aswad menghalangnya.
“Kenapa kau tak bagi aku tengok kertas tu?” tanya Rusli.

“Kertas ini tidak boleh dipegang dan dibaca oleh manusia.” balas Aswad.

Rusli tidak mahu berbual panjang pasal kertas itu. Rusli terus menutup kotak kayu itu dan memberikan semula kepada Aswad.
“Eh! Lawa betul baju lama ayah ni. Kalau aku pakai mesti hensem.” kata Rusli.

“Kalau Tuan hensem, kenapa pencuri itu takut tengok muka Tuan haha.” gurau Aswad.

“Kau diam hitam.” Rusli bengang.
Rusli memakai baju lama ayahnya itu dan keluar dari bilik itu.

Rusli pergi ke ruang tamu rumahnya dan mengambil biola.

“Tadi nak dengar sangat. Sini. Aku mainkan kau sebuah lagu. Lagu kesukaan kau Aswad.” panggil Rusli.
ZAPP! Aswad muncul di sebelah Rusli.

Rusli memegang biola dengan tangan kirinya dan menempatkannya dibahu kiri.

Tangan kanannya pula memegang penggesek.

Rusli memainkan sebuah lagu lama, kegemaran Aswad.

Aswad tersenyum.

Rusli mula menggesekkan biolanya..
“Okay. Cukup la. Itu je untuk malam ni.” kata Rusli.

“Satu kali lagi boleh tak Tuan?” rayu Aswad.

“Kita sambung esok jelah. Lagipun dah nak pukul 12 malam.” balas Rusli.
Kelihatan muka Aswad begitu sedih.

“Ala takkan itupun nak sedih.” kata Rusli.

“Aku bukan sedih sebab Tuan taknak mainkan biola lagi.” jawab Aswad.

“Habistu?” tanya Rusli.
”Aku sedih sebab aku masih lagi terkurung sebagai seekor Saka. Hidup aku tak bebas.” balas Aswad.

Rusli kesian apabila melihat dan mendengar rintihan Sakanya itu. Akan tetapi, dia juga sedih untuk melepaskannya.
“Baiklah Aswad, aku setuju. Aku lepaskan kau. Tapi kau kena janji. Kau jangan tinggal aku. Kita sahabat.” ujar Rusli.

Raut muka sedih Aswad serta merta berubah kegembiraan setelah mendegar kata-kata dari Rusli sebentar tadi.
“Terima kasih Tuan. Akhirnya aku akan bebas daripada perikatan menjadi Saka.” kata Aswad dengan gembira.

ZAPP! Aswad hilang daripada pandangan Rusli buat seketika dan muncul kembali.

“ Kenapa kau bawa kotak kayu ni ke sini Aswad?” tanya Rusli.
Aswad membuka kotak kayu itu di hadapan Rusli. Aswad mengambil lipatan kertas itu dan menunjukkan kepada Rusli.

“Ini sebenarnya, adalah kertas perjanjian diantara pemilik saka dan juga saka.”

Tuan perlu memutuskan Perjanjian Saka ini untuk membebaskan aku.” sambung Aswad.
”Sekarang apa yang harus aku buat untuk memutuskan Perjanjian Saka ini?” tanya Rusli.

“Tuan hanya perlu menitiskan satu titis sahaja, darah Tuan di atas kertas perjanjian ini dengan rela hati. Kemudian, aku akan bebas daripada ikatan saka ini.” jawab Aswad.
Rusli mengambil jarum peniti di dalam almari di ruang tamu rumahnya.

Dengan perlahan Rusli menyucuk hujung jari telunjuknya sehingga darahnya terkeluar.
“Apa gunanya kawan jika pertolongannya tidak diendahkan. Betul tak Aswad?“ ujar Rusli kepada Aswad sambil tersenyum.

Rusli menitiskan darah di hujung jarinya itu di atas kertas Perjanjian Saka itu.

KLAKK! Jarum jam menunjukkan pukul 12 malam.
Beberapa saat kemudian,

—-

“Aik kenapa aku nampak diri aku sendiri ni?” ujar Rusli kehairanan.

“HAHAHA! Akhirnya, impian aku selama ini telah tercapai. Impian menjadi seorang manusia!!” gelak Aswad.
“Apa ni? Apa yang dah jadi ni? Kenapa badan aku jadi hitam? Kenapa aku tak dapat buka mata kiri aku?” soal Rusli, meraba-raba mukanya,

“HAHAHA! Kau masih tak perasan lagi Rusli? Roh kita telah bertukar tempat. Aku telah menjadi seorang manusia dan kau... Menjadi seekor saka!!”
Rusli terundur ke belakang,

“Bukan ke perjanjian ni hanya dapat membebaskan diri kau daripada terikat menjadi saka?” tanya Rusli cemas.

“Benar. Sememangnya, perjanjian ini dapat membebaskan aku daripada menjadi seekor saka yang bodoh!” balas Aswad.
“Tapi yang lebih penting, perjanjian ini juga dapat membuatkan aku menjadi seorang manusia! HAHAHA!” gelak Aswad.

Rusli terkesima,

“Sebenarnya, perjanjian ini telah ditukar menjadi satu perjanjian yang terlarang.. Perjanjian Pertukaran Roh!!” sambung Aswad.
“Apa kau cakap ni? Aku tak paham!” ujar Rusli.

“Sudah beratus kali aku cuba untuk memujuk atuk dan ayah kau untuk membuat perjanjian ini, tetapi mereka tetap tidak mahu. Mereka membantah. Mereka melawan aku.” balas Aswad.
“Akhirnya aku terpaksa membunuh mereka. Nasib baik mereka belum sempat memberitau kau Rusli, tentang hal ini.” sambung Aswad.

Rusli terketar-ketar,

“Jadi kemalangan yang menyebabkan kematian ayah dah ibu aku dulu berpunca daripada...kau?” ujar Rusli.
Rusli memendam kemarahan. Matanya terbeliak,

“Sekarang kau akan terus menjadi seekor saka buat selama-lamanya!”

“Melalui perjanjian ini, kau akan disumpah untuk tidak dapat berbuat apa-apa kepada manusia lain selama 25 tahun! HAHA!!” sambung Aswad.
Tubuh hitam Rusli menggigil, kemarahan..

“Kau memang celaka! Bangsat! Aku bela kau! Dengan baik! Bagi kau makan! Macam ni kau balas?!” marah Rusli.

“Aswad!! Aku bersumpah! Selepas aku bebas dari sumpahan ni, aku akan hapuskan semua keturunan durjana kau Aswad!” sambung Rusli.
Itulah kata-kata terakhir Rusli kepada Aswad, sebelum dia meresap ke dalam alam yang lain.

—-

Setelah itu, Aswad membunuh kedua-dua adik lelaki Rusli yang lena dibuai mimpi dan menjalani kehidupan barunya,

Sebagai seorang manusia yang bernama,

Rusli.
Pada tahun 1999.

—-

Aswad yang mendiami badan Rusli telah mempunyai seorang isteri manusia dan seorang bayi yang baru dilahirkan. Aswad amat sayangkan anak dan isterinya.

Pada masa yang sama, Aswad juga gementar, takut akan kemunculan Rusli untuk membalas dendam kepadanya.
Sudah lima tahun peristiwa itu telah berlalu dan cuma hanya tinggal 20 tahun lagi sumpahan terhadap Rusli akan terlerai.

Aswad semakin susah hati, memikir apa yang bakal berlaku di kemudian hari nanti. Apakah bala yang akan menimpa keluarganya.
Di dalam sebuah bilik.



“Abang! Kenapa abang asyik termenung jer?” tanya isteri Aswad.

“Abang takut.. Macam-macam abang tengah fikir sekarang..” balas Aswad.

“Apa yang abang takutkan tu?”
“Abang takut bila anak kita umur 20 nanti...”

“Kenapa duk pikir benda tu. Lama lagi kan? Lebih baik abang cari nama untuk anak kita ni?” celah isterinya.

Aswad memandang muka isterinya.
“Betul jugak. Abang dah ada nama untuk anak kita. Awak akan suka.” ujar Aswad.

“Apa namanya abang?” tanya isterinya.

Aswad tersenyum.

“Namanya.. IQRAM AFIQ BIN RUSLI”.



THE END.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ✑ PUTAR PEN

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!