Perkara ini adalah salah faham yg sangat fatal. Hukum memakai hijab sudah jelas, yakni wajib. Bahkan sheikh Yusuf Al-Qaradhawi pernah menukilkan bahawa amalan pemakaian hijab adalah ijma' (disepakati kewajipannya).
[Sahih Bukhari no. 4758]
Okay sebenarnya ramai orang mempunyai persepsi begini, hatta termasuklah individu² Muslim sendiri. Tapi hakikatnya, pemahaman seperti ini adalah kurang tepat & memerlukan sedikit perincian.
Bukan sahaja hijab, bahkan kebanyakan ibadah² lain seperti solat, puasa, haji & selainnya, tujuan utama melakukannya adalah kerana mentaati perintah Allah semata-mata.
Kadang², kita tidak mungkin faham kenapa Allah hendak mewajipkan solat, puasa atau hijab, tetapi satu perkara adalah pasti.
Setiap perkara yang Allah suruh, pasti ada hikmahnya.
Masya Allah, pemikiran sebegini adalah tidak tepat sebenarnya.
'illah atau punca utama kenapa seseorang perlu berhijab adalah untuk mentaati perintah Allah. Adapun hikmah, ia lebih kepada kebaikan sampingan yang diperoleh.
Punca utama kenapa kita solat adalah untuk taat perintah Allah semata-mata. Disebabkan Allah suruh kita solat, maka kita pun mendirikan solat.
Tujuan utama memakai hijab adalah untuk mentaati perintah Allah SWT semata-mata, tetapi macam² hikmah yang boleh diperoleh jika seseorang memakai hijab dengan sempurna seperti mencegah diri daripada diganggu, fitnah & selainnya.
Kalau pakai hijab but you expose other body parts, mana mungkin mendapat hikmah?
Kalau pakai hijab tapi tunjuk jari tengah, mana mungkin dapat hikmah tersebut?
Okay perkara ini agak sensitif tapi saya harap kalian dapat baca tulisan saya sampai habis dahulu, kemudian fikir-fikirkan.
Kita tidak berhak untuk menentukan soal siapa muslim atau mukmin yang lebih baik, that's purely God's work.
Sebagai Muslim, saya fikir kita tidak sepatutnya ada sifat tasgheer, yakni mengecil-ngecilkan perintah Tuhan.
Kita anggap sesetengah perintah Tuhan itu lebih baik daripada yang lain, maka kita memilih untuk melaksanakan perintah yang tertentu sahaja.
Of course, solat adalah prioriti sebab ia banyak ditekankan dalam Al-Quran, tetapi bukan bermaksud hijab ini patut dikesampingkan.
That's not how religion works.
يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ کَاۤ فَّةً
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan.." (2:208)
Bukannya sebahagian. Allah explicitly cakap keseluruhan.
Sebagaimana Allah sebut "Bertaqwalah kepada Allah semampu kamu" (64:16)
Masya Allah.
Apakah mendirikan solat sudah memberi lesen kepada kita untuk berbuat dosa? Kenapa tidak buat kedua-duanya sahaja?
Of course, kalau ada random strangers tiba² datang kat wanita & cakap supaya dia pakai hijab, sesetengah orang akan terasa sakit hati sebab bagi mereka, perkara ini menyentuh hal peribadi.
Okay, let's just agree on that for a moment.
Ada jaminan ke mak ayah atau teman rapat akan menegur bab aurat kita? Kalau mereka sendiri melakukan kesalahan tersebut, adakah kita expect mereka akan tegur kita?
Ya memang teguran itu pahit, tapi cuba fikir sejenak. Kalau tidak mereka tegur, maka siapa lagi akan tegur kita?
Bersyukurlah sekurang-kurangnya kita mendapat teguran
Maka, ambillah masa & carilah jalan terbaik untuk membuat teguran. Bukannya main terjah sahaja
Kadang² perlu kasar, kadang² kena lembut, semua ini bergantung pada situasi.
Sebab itu Allah berfirman bahawa dakwah ini perlu dilakukan dengan hikmah (bijaksana). Bukannya main melulu sahaja dakwah, that's wrong.
May Allah bless us