, 20 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
"Kepada Para Pembenci Monarki..."

Orang yang duk menghina dan memperlekeh institusi monarki ni, mereka tak sedar sebenarnya kehidupan, kebebasan dan keselamatan (life, liberty and security) mereka ialah hasil kewujudan institusi yang dibenci olehnya.

Oleh: Ayman Rashdan Wong
Dalam dunia ini, kedaulatan (sovereignty) kerajaan secara kasar terbahagi kepada tiga jenis: kedaulatan tuhan, kedaulatan raja dan kedaulatan rakyat.

Kedaulatan tuhan itu teokrasi, kedaulatan raja itu monarki, kedaulatan rakyat itu republik.
Teokrasi hanya sesuai bagi negara yang mempunyai penduduk yang sama dari segi agama, manakala republik lebih sesuai kepada negara di mana penduduknya telah pun memiliki identiti kebangsaan yang sama.
Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya ni, kalau ada satu majoriti yang "absolute" (contoh macam Singapura), baru boleh jalan dia punya sistem republik. Tapi harganya: tiada jaminan hak kepada golongan minoriti, "wish and whims" majoriti jadi penentu.
Kalau negara itu mempunyai beberapa kelompok bangsa yang lebih kurang dari segi saiz (macam Iraq, Afghanistan), lagi teruk. Pasti akan berlaku "bloodbath" (mandi darah) kerana masing-masing ingin mencapai dominasi.
Itu sebabnya negara-negara tersebut tidak lagi mengenal erti keamanan sejak kejatuhan monarki masing-masing pada tahun 1958 dan 1973.
Keadaan di mana pelbagai kelompok bangsa boleh hidup dalam gaya hidup masing-masing, tanpa perlunya satu identiti kebangsaan "satu bahasa, satu bangsa, satu negara" hanya mungkin berlaku di bawah sistem monarki.
Seperti di Uthmaniyyah yang mengamalkan sistem "millet" sebelum abad ke-20.

Sebab raja boleh bertindak sebagai penimbang tara antara pelbagai kaum. Kau Arab ke, Turki ke, Kurd ke, Armenia ke, selagi kau bersumpah setia kepada raja, hak engkau akan terpelihara.
Kau ialah "faithful subject" kepada pemerintah, bukan kepada "the people". "The People" tiada hak ke atas kau.

Itu sebabnya konsep "liberty" timbul di England selepas Magna Carta iaitu perjanjian antara raja dan pembesar di England....
pada tahun 1215 yang menggariskan beberapa hak asasi rakyat (subject). Selagi raja melindungi hak-hak tersebut, maka raja mempunyai keabsahan (legitimacy) untuk memerintah.
Dalam konteks kita, "waad" antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun ialah kita punya Magna Carta, dan ia diteruskan sehingga hari ini. British dan golongan kiri pernah cuba mewujudkan something "Malayan identity...
...tetapi digagalkan, bukan saja oleh orang Melayu malah oleh orang bukan Melayu kerana masing-masing ingin protect their own way of life.
Dulu selepas Revolusi Xinhai (1911) di China dan pembentukan Republik China, ada juga gerakan untuk mengembalikan monarki dengan menabalkan Yuan Shikai.
Idea itu bukan datang dari konservatif China semata-mata tapi oleh Frank Johnson Goodnow, ahli sains politik US. Konteks China yang berbilang kaum (ada Han, Hui, Mongol, Manchuria, Tibet, Uyghur) perlu ada seorang raja sebagai pengadil.
Kalau tidak maka jadilah "hegemoni Han" yang membawa kepada penindasan kaum minoriti, seperti yang berlaku pada hari ini. Kau bayangkan apa akan jadi kalau negeri-negeri Tanah Melayu bertukar jadi republik. Jadi macam Myanmar.
Orang Bamar nak memaksa minoriti tukar identiti mereka, yang Shan dan Karen pula tak puas hati bangkit melawan. Tak adalah kau hidup selesa pada hari ini duk mengutuk dan merepek kat Internet.
Jadi, nak pilih sistem monarki atau republik ni bukan one fine day kau bangun dari tidur pastu kau terfikir "ahh aku nak try republik lah" dan kau buat revolusi gitu.
Kau kena ambil kira konteks masyarakat, sosioekonomi dan mengambil pendekatan "mudarat paling ringan", dan paling penting, memahami asal usul sesuatu benda sebelum mengejinya.
Ambil contoh Empayar Austria-Hungary ada 34 multi etnik sebab ada raja atau emperor yang menjadi simbol penyatuan.. Memang kebanyakkan tamadun di dunia bermula dengan penyatuan melalui raja/king.. Either absolute monarchy, feudal monarchy atau constitutional monarchy.
Boleh tengok federasi Belgium yang ada tiga identiti utama (Belanda, Perancis dan Jerman) dengan raja sebagai 'pengimbang' kalau ada yang kata konsep ini tak dipakai di Barat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!