Soalan yang kerap ditanya oleh pelajar perubatan dan plhiv
First, Korang kena faham apa itu CD4.
CD4 merupakan sejenis sel darah putih, salah satu bahagian penting dari sistem kekebalan / imuniti tubuh kita.
Virus HIV boleh menyebabkan bacaan ini turun .
Ubat HAART mampu melawan virus HIV dan sistem imuniti badan kita akan naikkan balik bacaan CD4. Sekiranya HAART diberhentikan, Bacaan CD4 akan turun balik
1) Apabila CD4 kurang daripada 500, plhiv berisiko untuk mendapat jangkitan seperti radang paru paru, tuberculosis, vaginal candidiasis (untuk plhiv wanita) dan herpes zoster.
Saringan penyakit kelamin seperti gonorrhea, chlamydia, syphilis harus dilakukan juga (lebih baik setahun sekali)
Untuk beberapa keadaan , antibiotik harus diberi apabila tahap imuniti rendah sangat.
Bila CD4 < 200 , Bactrim harus dimulakan untuk mencegah jangkitan PCP.
Rawatan pencegahan ini bukan untuk sepanjang hayat dan akan diberhentikan oleh doktor apabila CD4 naik balik lebih dari 200.
Kebaikan HAART
- Jangka hayat PLHIV yang ambil HAART sama dengan orang tanpa hiv
- Tidak akan menjangkiti pasangan dia bila undetected
- Boleh dapat anak bebas HIV
- Cegah AIDS
Dr Nimelesh
- Your Personal Health Care Companion -