Profile picture
Ong Kian Ming @imokman
, 24 tweets, 7 min read Read on Twitter
Tiba masanya utk memberi satu contoh 'approach' saya utk memahami dan cuba menyelesaikan masalah tempatan di kawasan #P102Serdang selepas saya menjadi ahli parlimen di tahun 2014 #startthread
Pada awal tahun 2014, kawasan Balakong & Hulu Langat mengalami gangguan air yang sangat serius, ada tempat takde air utk 1 minggu. Selain drp tindakan pengagihan air yang diketuai oleh ADUN Balakong @eddiengtienchee, saya telah cuba utk memahami punca gangguan air.
Berdasarkan laporan SYABAS, sebab loji rawatan air Batu 14 Cheras terpaksa dihentikan operasinya ialah kerana pencemaran ammonia di Sg Langat thestar.com.my/news/nation/20…
Ini bukan kali yang pertama perkara ini berlaku. Saya membuat keputusan utk menyiasat punca pencemaran ini. Tetapi, sblm penyiasatan boleh bermula, ada banyak 'homework' yang perlu dibuat.
Misalnya, saya mesti mencari 'chemical lab' yang berlesen utk membuat 'water sampling' di Sg Langat. Saya tak boleh ambil sample air dari Sg Langat dan hantar terus ke lab. Wakil drp lab tersebut mesti mengikut saya ke sungai dan dialah yg bertanggungjawab utk ambil water sample.
Dalam Environmental Quality Act 1974 (Sewage Regulations 2009), adanya koordinat yang ditetapkan di mana water sampling mesti dibuat. Ini adalah 'water intake point' di sungai2 yg adanya loji rawatan air.
Selepas confirm chemical lab, saya menghubungi kawan utk pinjam dua 'kayak' utk turun ke Sg Langat. Ada 2 matlamat utk turun sungai (1) lihat mana2 tempat yang ada pencemaran air melalui discharge (2) water sample di water intake points.
Rombongan kami bermula di launch point selepas Kpg Batu 14 Hulu Langat. Ada 3 'water intake point' yang terletak sebelum loji rawatan Baru 14 yang dikenalpasti.
Pada mulanya, air sungai mmg tenang. Walau warnanya coklat seperti Milo tetapi tidak nampak pencemaran yang ketara...
Bila sampai Batu 14, kami terpaksa keluar daripada kayak dan guna 'overland' kerana ada 'manmade waterfall' di sana...
Terlalu bahaya utk 'kayak down the waterfall'''...
Selepas 'waterfall' ini, kami sampai ke water intake point yang pertama. Chemist ambil water sample tapi tangan di tak begitu steady kerana tak pernah masuk kayak utk ambil water sample.
Semasa ke water sampling point no.2, kami terkesan satu tempat discharge yang penuh pencemaran. Kami syaki ini adalah discharge drp kilang berhampiran. Ambil gambar dan tag lokasi.
Ambil water sample di lokasi kedua and ketiga dan akhirnya sampai ke loji rawatan air Batu 11...
Masuk sungai senang, tapi keluar sungai tak begitu senang... utk chemist kami... kerana, erm, he's a bit on the heavy side... akhirnya berjaya mengheret dia keluar drp kayak...
Final destination ialah Cheras-Kajang highway dekat Kpg Baru Cina Cheras Batu 11... End of expedition tapi kerja belum selesai lagi...
Water sample 1,2, 3 dihantar ke lab dan lepastu tunggu result.... bila result dihantar ke pejabat saya, hanya Total Suspended Solids (TSS) yang melebihi had yg ditetapkan. Saya pun hantar result ini kpd exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong.
Tempat yang ada pollution discharge dilaporkan kpd MPKj. Nasib baik ada ahli majlis MPKJ, Bryan Lai, bersama saya dalam ekspedisi ini. Beliau akan bertanding di DUN Teratai untuk PRU14 (far right in the picture)
Kilang dkt lokasi pencemaran itu disiasat oleh pihak MPKj dan lepastu dihentikan kerja dan didenda oleh majlis. Selepas tahun 2014, nasib baik tidak ada kes pencemaran serius yang melibatkan loji rawatan air Batu 11 (walaupun ada pencemaran di kawasan lain di Sg Langat).
Saya harap thread ini boleh menunjukkan approach saya utk memahami masalah pencemaran air di Sungai, kesanya dan bagaimana cara penyelesaian terbaik boleh dilakukan.
Isu pencemaran air sungai mmg satu perkara yg tidak senang utk selesaikan memandangkan yg sungai kami adalah 'open' dan pihak2 yang tidak bertanggungjawab boleh membuang bahan pencemaran dlm sungai dgn begitu senang...
Long term, we need better enforcement and a higher level of awareness to protect our rivers, many of which also provide us with piped water.
Saya buat ekpedisi ini secara low-key. Tak panggil media, tak keluarkan kenyataan media. Oleh kerana itu, tak ramai orang tahu. Tapi ia mmg satu 'learning experience' yang baik utk saya dan tim saya di #P102Serdang. Ramai YB turun padang, tapi tidak ramai yg pernah 'turun sungai'
Kalau ada masa selepas ini, saya boleh ceritakan satu lagi ekspedisi utk memahami kesan dan perancangan Projek "River of Life" (ROL) yang merupakan satu topik kegemaran saya... #EndThread
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ong Kian Ming
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!