Profile picture
Tarbiah Sentap @tarbiahsentap
, 19 tweets, 6 min read Read on Twitter
KITA PERLU TANGANI ISU KAHWIN BAWAH UMUR

Kisah tular baru-baru ini berkenaan kanak-kanak 11 tahun bernama Ayu yang dikahwinkan, ialah kisah tragis kanak-kanak yang dimangsakan oleh keluarganya sendiri, untuk kononnya keluar dari kesukaran hidup.

#IniThreadTS
#JomRetweet
Bapa kanak2 itu yang bekerja sebagai penoreh getah mengakui bahawa lelaki 41 tahun yang kini menjadi suami anaknya itu adalah majikannya, yang selalu membeli getah daripadanya. Bahkan, dia turut menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk...
Untuk membenarkan anaknya dikahwinkan, apabila lelaki 41 tahun tersebut berjanji “akan memberikan kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.” [1]

Justeru, apakah penyelesaian bagi menangani kes-kes seperti ini di masa hadapan?

Sebenarnya di Malaysia, kita mempunyai...
Mempunyai sistem yang cantik bagi mengelak hal2 seperti ini berlaku (namun ada ruang utk penambahbaikan).

Tak ramai yg mungkin ingat, 8 tahun lalu, pada tahun 2010, sebuah kes hampir serupa dgn kes yang ini pernah terjadi di Kota Bharu (gambar laporan berita dalam thread ini),
Tetapi Mahkamah Tinggi Syariah telah bertindak cekap & pantas dgn memutuskan bahawa perkahwinan kanak2 perempuan 11 tahun yang dipaksa kahwin oleh ayahnya dengan lelaki berusia 41 tahun (kebetulan usianya sama dengan kes yang tular baru-baru ini), sebagai tidak sah & terbatal !
Boleh baca laporan lapan tahun lepas tersebut di sini: ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp… [2]

Sistem perundangan Malaysia menetapkan bahawa sebelum sesuatu perkahwinan Muslim boleh didaftarkan, izin wali (biasanya bapa) diperlukan. Ini ialah perlindungan / halangan (safeguard) pertama
Dan tak cukup dengan itu, perundangan turut menetapkan perlindungan / halangan di lapisan kedua, iaitu KEIZINAN BERTULIS daripada Hakim Mahkamah Syariah perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum mana2 kanak2 perempuan bawah umur 16 tahun boleh dikahwinkan.
Justeru, jika terdapat kejadian di mana bapa secara TIDAK BERTANGGUNGJAWAB cuba mengahwinkan anak bawah umur, perkara ini TAK MUNGKIN akan dapat dilakukannya, kerana izin Hakim Mahkamah Syariah mustahil boleh diperolehi, jika xda alasan kukuh.

Cuma bezanya kes pada tahun 2010..
Beza kes 2010 dengan kes yg tular hari tu ialah, kes baru-baru ini melibatkan BUKAN WARGANEGARA Malaysia (kanak2 perempuan tersebut warganegara Thailand, yg tinggal di Gua Musang), & perkahwinan mengambil tempat di Thailand [3].

Justeru jika ada yang mengatakan..
Jika ada menyatakan bahawa utk menangani kes-kes seperti ini, undang-undang di Malaysia (Undang2 Syariah khususnya) perlu dipinda bagi mengharamkan secara total semua perkahwinan bawah umur — ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah!

ya, tidak akan selesaikan masalah.
Kerana perkahwinan dlm kes ini BUKAN berlaku di Malaysia. Kita cuma boleh perketat undang2 dlm negara kita dengan sepenuh ketat, tetapi jika orang2 tua #pedofil mengheret kanak-kanak bawah umur dan berkahwin di Selatan Thailand, apa yang boleh kita buat?
Kerana itulah, saya fikir, jalan penyelesaiannya ialah dengan MENINGKATKAN bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia, dalam menghukum mana-mana lelaki dewasa tidak bertanggungjawab yang pergi ke luar kawasan (contoh Thailand) supaya dapat berkahwin dengan kanak-kanak.
Di bawah undang2 sedia ada, perkahwinan di luar kawasan kariah tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan. Tetapi malangnya, hukuman kesalahan yg sedia ada terlalu kecil, kebiasaannya hanya denda sebyk RM1,000, atau dipenjarakan untuk tempoh 6 bulan (yang jarang-jarang dikenakan).
Sudah tiba masanya bidangkuasa kehakiman Syariah dlm hukuman jenayah (trmasuk jenayah matrimonial) DITINGKATKAN. Kes perkahwinan bawah umur melibatkan masa depan, psikologi jangka panjang, & tumbesaran kanak2 mangsa yg terbabit. Ia bukan perkara kecil & x boleh dipandang remeh.
Seyogia pindaan terhadap bidangkuasa hukuman Mahkamah Syariah bagi membenarkan penjara tidak melebihi 30 tahun, denda tidak lebih RM100,000 & juga sebatan syar’ie tidak lebih 100 kali wajar dipertimbangkan, untuk menangani kes-kes seperti ini.
Ia sebagai peringatan tegas dan keras kepada mana2 lelaki tua pedofil supaya jangan main-main dengan sistem perundangan perkahwinan dan kekeluargaan Islam di Malaysia ini! Juga nak beritahu kepada golongan Liberal bahawa undang2 Syariah sangat melindungi hak kanak2!
Baru-baru ini, 49 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang bergabung di bawah MACSA telah mengeluarkan kenyataan tegas yang menggesa agar tatacara dan aturan diperketatkan sebelum membenarkan sebarang perkahwinan bawah umur, demi kemaslahatan bersama. [5]
Rujukan :

[1] hmetro.com.my…/353314/update-saya-sayangkan-abe
[2] ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp
[3] Ibid No. 1
[4] hmetro.com.my…/353314/update-saya-sayangkan-abe
[5] facebook.com/MACSA2018/post…
Ditulis oleh :

Tuan Aidil Khalid (@aidil_khalid),
Peguam.

Jom RETWEET sebagai tanda sokongan moral utk memperkasakan lagi mahkamah syariah di malaysia dan menolak tohmahan & kutukan puak liberal ke atas sistem mahkamah syariah.

#LiberalLogic
#Retweet
#UpdgradeSyariahCourt
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!