Profile picture
Faiz Wahab @faizwahab
, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
Budget 2019 nanti abang nampak kerajaan semasa akan mengurangkan perbelanjaan terutamanya bagi projek-projek mega.

Ini adalah thread.
Sebagai balasan, abang mengharapkan kerajaan semasa akan lebihkan budget kepada pembangunan rakyat
Lebih peruntukan diberikan untuk menambah baik sistem kesihatan dan pendidikan terutamanya.
Kerana dua sektor ini yang menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih baik
Dua sektor ini sangat penting dalam membentuk modal insan yang lebih berkualiti.
Rakyat dah tak lalu tengok menara tinggi-tinggi. Apa yang rakyat perlukan adalah kualiti kehidupan yang lebih baik.
Lebih banyak doktor yang ada bagi menampung keperluan kesihatan rakyat. Ini dapat mengurangkan waktu menunggu di hospital/klinik kerajaan terutamanya.
Penambah baikan sistem pendaftaran pesakit luar. Amalan semasa adalah ambil nombor di klinik dan kena tunggu. Apa salahnya booking waktu perjumpaan dengan doktor menggunakan sistem Online
Ini dapat memastikan masa untuk menunggu dapat dioptimumkan. Yes, untuk bangunkan sistem ini memerlukan kos yang agak besar, tapi ianya berbaloi untuk kesejahteraan rakyat
Menambahkan baik sistem pendidikan sedia ada. Seperti kita tahu pendidikan penting dalam melahirkan pemimpin akan datang
Tapi sayangnya banyak fasiliti di pusat pengajian dan sekolah tidak lengkap atau telah rosak dan tidak diganti. Ini disebabkan kurangnya peruntukan bagi sektor ini
Ini dibuktikan dengan pengurangan perbelanjaan oleh kerajaan lepas berbanding dengan GDP.

Sumber: Indexmundi
Malaysia kurang berbelanja untuk sektor kesihatan berbanding Thailand, Singapore dan Vietnam.

Negara yang kurang pendapatan seperti Zambia dan Afghanistan pun boleh membelanjakan lebih banyak bagi sektor kesihatan berbanding Malaysia.
Saya tak pasti macam mana kerajaan semasa nak bantu meningkatkan kadar pemilikan rumah terutamanya di bandar-bandar besar contoh di KL dan Selangor
Mungkin skim bantuan sekarang akan dikaji semula dan difokuskan kepada menambahkan bilangan rumah mampu milik.
Menteri mencadangkan untuk melonggarkan syarat memiliki rumah.

Sumber: @501Awani
Tapi bagi saya, melonggarkan syarat pemilikan rumah bukan satu jalan yang baik.

Di US berlalu krisis ekonomi pada tahun 2008 disebabkan oleh subprime crisis. Salah satu puncanya adalah syarat membuat pinjaman dilonggarkan.

Sumber: Wikipedia
So, saya tak jelas lagi bab ini. Jika ada bantuan kewangan dari pihak kerajaan untuk bantu golongan memerlukan bantuan memiliki rumah mampu milik, then it will be great.

So far, i don't see this coming as less government spending expected.
Disebabkan berlakunya pertukaran kerajaan dan keadaan ekonomi global yang agak suram, jadi budget 2019 ini sangat penting bagi meyakinkan para pelabur asing untuk terus meneruskan perniagaan di Malaysia.
Apa pun, sebagai rakyat saya mengharapkan kerajaan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Faiz Wahab
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!