Profile picture
, 30 tweets, 5 min read Read on Twitter
Hebatnya dia suatu ketika dahulu, beribadah satu saf dengan 4 malaikat yang hebat disisi Allah taala. Tapi disebabkan satu kesalahan dia buat Allah melaknat dia sampai hari kiamat. Dia adalah panglima perang bagi malaikat. This is thread

“Falling Angel from Heaven : Azazzil”
Sebelum aku start cerita marilah kita baca ummul kitab Al Fatihah dan sedekahkan kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat serta kedua ibu bapa kita. Al Fatihah
Satu masa dulu,sebelum penciptaan Adam,jinlah yang menjadi penghuni bumi. Menurut riwayat adalah Azazil merupakan golongan jin yang hidup di bumi sebelum penciptaan Nabi Adam. Pada satu ketika para malaikat memerangi jin yang tinggal di bumi kerana terlalu banyak buat kerosakan.
Perkataan Azazil merupakan bahasa Arab Kuno yang terdiri dari dua suku kata iaitu Aziz yg membawa maksud terhormat,berharga dan sangat kuat. Haaa sapa nama Aziz tu mesti hebat orangnya. Secara amnya Aziz membawa maksud makluk kuat Allah atau makluk terhormat Allah.
Azazil mempunyi banyak nickname antaranya “Abu Kurdus, Sayid Al Malaikat dan Khazin Al Jannah”. Dia ni banyak nama yang elok elok sampailah dia derhaka dekat Allah then kena cop sebagai “Iblis”. Dilangit pertama dia dipanggil “ar Rafi’ah iaitu ahli ibadah”
Second heaven dia dipanggil “ar Raki iaitu ahli ruku” ketiga pula “as Sajid iaitu ahli sujud” keempat pula “al Khaasyi iaitu merendah dan takluk kepada Allah” kelima “al Qannit iaitu selalu taat “ keenam “al Mujtahid iaitu bersungguh dlm ibadah dan tujuh “az Zahid iaitu sedehana”
Dalam serangan itu (yang tadi aku story tu) depa dan menawan Azazil dan membawanya ke alam malakut. Azazil ikut beribadat bersama-sama malaikat yang akhirnya dia menjadi semulia-mulia malaikat dan menjadi hamba Allah yang paling banyak ilmu dan ibadatnya. Igt besa besa ka weh
Azazil rupanya cantik dan mempunyai sayap. Dia juga menjadi penjaga syurga. Dia menjadi penguasa bumi dan langit dunia. Even Azazil ditugaskan mengawasi dunia, tetapi golongan jin masih banyak membuat kerosakan di muka bumi dan sering terjadi bunuh-membunuh di antara mereka.
Ketika pertemuan Azazil dan tentara pimpinan dengan kumpulan jin yang zalim tu, dia rasa besar diri dan kesombongan dalam hati Azazil. Dia yakin tidak ada sesiapa yang sanggap melakukan apa yang dibuatnya, tidak ada yang sampai ke peringkat setinggi seperti dirinya.
Niat dia berubah. Time tu hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati Azazil. Para malaikat tidak ada yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati Azazil.
Kemudian terjadilah pekara yang tidak diduga.
“Iblis tercampak, Iblis dilaknat, Iblis menjadi hina.”Kemudian dia lihat lagi di pintu syurga tertulis “Aku ada mempunyai hamba yang termasuk golongan Muqarrabin, Aku suruh dia tetapi dia tidak mahu melaksanakannya. Bahkan dia ingkar kepada-Ku.
Azazil bingung dan hatinya tertanya-tanya “Sapa Iblis yang dilaknat dan dicampakkan tu noh ?Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada demikian itu?” bisik Azazil. Kemudian dia pergi menghadap Allah dan berkata “Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengutuk Iblis itu.”
Namun akhirnya malaikat lain pun mengetahui perihal Iblis itu. Malaikat Israfil telah melihatnya tertulis di Lauhul Mahfuz. Israfil menangis, malaikat-malaikat yang lain pun mai jumpa dia. Depa tanya kepadanya “Mengapa engkau menangis ya Israfil ?”
Israfil menjawab “Aku telah melihat salah satu rahsia Tuhanku.” Sambil menceritakan apa yang dilihatinya itu.Malaikat yang mai tu pun turut menangis semua. Akhirnya mereka membuat keputusan sama-sama pergi untuk menjumpai Azazil yang terkenal dengan kemakbulan doanya itu.
Azazil pun berdoa “Ya Tuhanku, amankanlah mereka ini semua daripada qathiah (putus rahmat-Mu)” Dia doakan mereka dan lupa dia mendoakan untuk dirinya. Tidak terfikir dalam hatinya bagaimana kalau dia sendirilah Iblis yang akan dilaknat Allah itu.
Dikatakan ibadat si Azazil ni kepada Allah sangat banyak dan ada riwayat yang mengatakan bahawa Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah. Perghhhh bapak ah. No wonder doa dia makbul beb
Azazil si penghulu para Malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba suatu di mana seluruh malaikat melalukan musyawarah besar atas undangan Allah swt. Pada waktu itu, Allah swt telah mengutarakan ayat 30 surah Al Baqarrah
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan Engkau.(surah al-Baqarah ayat 30) boleh baca ayat ni pelan pelan
Allah memerintahkan Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Ketika Jibrail bermaksud mengambilnya, tanah itu berkata “Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada Engkau. Aku minta janganlah ambil aku.” Jibrail merasa kasihan lalu dia pulang mengadap Allah
Kemudian Allah perintahkan pula Malaikat Mikail turun ke bumi untuk mengambil tanah tadi tu.Tanah itu berlindung pada Allah seperti sebelumnya dan Mikail pun tidak sampai hati mengambilnya. Pulang dia mengadap Allah semula
Kemuadian Allah memerintahkan pula Malaikat Izrail iaitu malaikat maut. Tanah itu berkata kepadanya “Aku berlindung pada Allah daripada engkau ambil aku.” Malaikat maut menjawab “Aku juga berlindung pada Allah daripada kembali kepada-Nya tanpa melaksanakan suruhan-Nya.”
Malaikat maut mengambil tanah itu, sesuai dengan yang diperintahkan kepadanya. Dia ambil tanah dari pelbagai tempat dan jenis.Di antara tanah yang diambilnya ada tanah merah, tanah putih dan tanah hitam.
Itulah sebabnya manusia lani ada bermacam macam warna kulit. Agree ?
Dia membawa tanah itu kepada Allah. Tanah itu menjadi basah sehingga menjadi lumpur. Allah pun mula menjadikan Adam untuk menandingi kehebatan Azazil atau supaya dia tidak sombong. Pada mulanya tubuh Adam hanya jasad tanah selama empat puluh tahun. Hebat penciptaan Adam
Sampailah masanya Allah meniupkan roh ke jasad Adam dan “Apabila nanti Aku tiupkan roh kepadanya, maka sujudlah kamu kepadanya.” Apabila roh sudah masuk ke dalam kepala Adam, dia pun bersin “ACUMMMMM” Mendengar Adam bersin para malaikat berkata “YarhamukAllah”
Apabila roh sudah sampai ke matanya, matanya terus terbuka dan melihat buah-buahan syurga. Tatkala roh sudah sampai ke dalam perutnya, Adam terus lapar dan mahu melompat mengambil makanan yang ada di dalam syurga padahal rohnya baru sampai di pusat dan masih kaku .
Setelah Adam sempurna, maka sujud kesemuanya malaikat kecuali Azazil yang enggan dan takbur. Ketika Allah bertanyakan kepada dia “Mengapa engkau tidak mahu sujud?” Azazil menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah.”
Dalam hati Azazil ada sifat takbur, pembangkangan dan kekufuran yang menyebabkan dia dijauhkan dari rahmat Allah .Firman Allah “Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah dia termasuk dari golongan orang-orang yang kafir.”
Surah Al-A’raaf ayat 13 “Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah
Yang mana dah baca thread ini kita mohon kepada Allah supaya jagakan iman kita.Janganlah sombong sesama manusia selagi mana tittle kita “HAMBA”. Jadi habislah thread kali ni. Terima kasih sudi baca sampai habis.
Berlari lari si anak ayam,
Lain hari aku tulis lagi eh . Hahahahaha
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Acxp
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!