, 12 tweets, 2 min read Read on Twitter
Kisah urban legend, Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang.

Ini adalah thread.
Diceritakan bahawa pada zaman 80an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang sehingga hampir tidak masuk akal yang membantutkan proses pembinaan.

Sehinggakan pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi pawang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua Jin tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut.
Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan darah manusia.

Dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang mati ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan buaya putih tersebut.
Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling puaka?

Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut.
Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain.
Pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangsanya menjadi kisah seram yang tidak terungkai hingga ke hari ini.

Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan.
Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun
Gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.
Jika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 ini, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang.

Tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira-kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan.
Nak lebih mencabar, bacalah mantera ini jika ingin berjumpa dengan nenek tua tersebut.

Jadi, siapakah wanita tua yang digambarkan itu? Terus kekal menjadi misteri.

(Gambar di atas sebagai hiasan)
-intancari
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Pencari Entiti
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!