, 30 tweets, 5 min read Read on Twitter
Kita selalu dengar orang mengomel daging binatang yang mempunyai rasa seperti ayam, tapi tahukah anda bahawa haiwan reptilia lah yang mempunyai rasa terdekat sekali dengan ayam?

KENAPA BUAYA, PENYU DAN BIAWAK DHAB RASA SEPERTI AYAM?

Tak, ini bukan clickbait. Ini adalah untaian.
Sekitar minggu lepas, aku ada terbaca tentang rasa daging eksotik dalam forum internet. Menariknya dalam forum ni, rata-rata daripada mereka mengatakan daging reptilia rasa seperti ayam. Ini menimbukan persoalan kepada aku.
Kenapa daging haiwan daripada kelas Reptilia rasa seperti ayam, sedangkan kelas Reptilia dan kelas Aves (unggas) adalah lain? Maka, bermulalah kembara aku dalam mencari jawapan tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya dalam tisu kultur haiwan, ini mungkin kerana struktur daging reptilia dan unggas tu sendiri. Berbanding daging haiwan mamalia, mereka mempunyai daging putih.
Beza daging putih dan daging merah dalam mamalia ialah jumlah dan peratus kandungan protein perumah zat besi bernama myoglobin.
Dalam sistem pendarahan kita, sel darah merah diperbuat daripada protein hemoglobin, juga merupakan protein perumah zat besi tapi lebih efisien berbanding myoglobin. Kenapa protein-protein ni ada zat besi?
Senang sahaja. Sebab nak angkut oksigen. Zat besi boleh dioksidakan dengan oksigen. Macam mana hemoglobin boleh jadi lebih efisien berbanding myoglobin? Dengan membenarkan lebih banyak zat besi untuk dipegang oleh hemoglobin.
Rata-rata daripada hemoglobin boleh membawa 4 atom besi dalam setiap molekul tersebut. Berbanding hemoglobin, myoglobin hanya boleh membawa 1 sahaja atom besi dalam molekul tersebut.
Pun begitu, tindak balas besi dan oksigen yang sedikit dalam myoglobin tetap dapat dilihat jelas dengan warna merah dalam daging. Sebab itulah daging dan darah mamalia berwarna merah gelap seperti karat, sebab karat juga merupakan hasil tindak balas besi dan oksigen.
Jadi, apa kaitan hemoglobin, daging merah dan daging putih?
Reptilia dan unggas sebenarnya ada hemoglobin, tapi tak sebanyak mamalia. Puncanya ialah aktiviti mereka tak memerlukan stamina yang tinggi dan berpanjangan. Selain itu, rupa fizikal dan aktiviti mereka juga menyumbangkan kepada faktor daging putih.
Contohnya,, unggas tak mempunyai banyak hemoglobin dan myoglobin kerana sum-sum mereka sikit. Kalau banyak, beratlah tulang mereka nanti. Reptilia pula mempunyai darah sejuk, di mana suhu badan mereka dikawal oleh suhu luar,sekaligus menjadikan sistem biologi mereka jimat tenaga.
Ini bermakna, mereka jarang berada dalam situasi penggunaan tenaga berpanjangan dek sistem jimat tenaga mereka. Menurut satu kajian, rata-rata daripada buaya mempunyai pandangan yang kabur.
Setelah mereka berjemur sehingga panas, barulah pandangan mereka menjadi tajam semula kerana sistem biologi mereka dah jadi aktif.
Walau bagaimanapun, ini sebenarnya mebawa kepada satu lagi persoalan. Kalau reptilia mempunyai rasa daging seperti ayam, kenapa ikan tak rasa seperti ayam? Bukankah ikan sememangnya dipenuhi daging putih? Buat seketika, aku termenung-
hinggalah aku teringat kembali kisah yang diceritakan oleh ayah aku sewaktu musim tengkujuh di kampung Kelantan.
Menurutnya, air sungai akan melimpah dan bertakung pada waktu tersebut. Selalunya orang ramai akan mula pasang pukat untuk tangkap ikan yang terlepas dari sungai. Pada masa yang sama, mereka jua akan ke semak samun dengan botol air untuk menangkap belalang yang terapung.
Ayah aku ada sebut selalunya memang banyak lah dapat. Bila nak masak belalang tu, kepala dan organnya dibuang sebelum dimasak sambal, masak kunyit atau bakar sahaja. Beliau kata rasanya seperti udang.
Menariknya dalam taksonomi biologi, belalang dan udang tergolong dalam kelas yang sama yakni kelas Athropoda.

Waktu ni, aku dah mula tak sedap hati.
Aku tengok balik jadual pengkelasan taksonomi haiwan bagi burung dan reptilia. Aku lihat haiwan manakah yang paling dekat sekali dengan unggas.
...haram jadah
Rupa-rupanya, kelas Aves sekarang telah dianggap sebagai kelas reptilia. Saudara terdekat bagi unggas ialah buaya. Buaya dan unggas ialah keturunan dinasour terdekat sekali yang masih wujud, sampai satu tahap, mereka dikira sebagai dinasour hidup.
Dalam bahasa lain, unggas=cicak.
.
.
.
.
Ok.
Rujukan:
P/S: Sebenarnya aku dah tulis thread ni kat @thepatriotsasia, tapi aku up sini balik sebab lepas ni nak tulis banyaaak pasal sains taksonomi dan makanan.

@thepatriotsasia P/S 2: Sedap pula tengok briyani dhab ni
P/S 3: Antara faktor mengapa ikan dan ayam berkongsi rasa yang berbeza adalah kerana protein ikan ada banyak metabolites lain yang diperlukan oleh ikan untuk hidup dalam keadaan sejuk dalam air seperti Omega-3, DHA dan EPA.
Kandungan peratusan asid lemak berbeza ini menyebabkan daging ikan berbeza rasa dengan daging ayam atau daging putih yang lain.
P/S 4: Kalau ada yang susah nak percaya lagi link cicak-burung, nah tengok fosil ni. Ni fosil archaeopteryx, sejenis dinasour, tapi dah berupa macam burung. Juga, burung dan reptilia kecil selalunya berak tahi hitam putih. Yang besar tahi coklat (burung unta, buaya)
P/S 5: Aku tak pasti kalau aku tak tulis lagi pasal evolusi, jadi mungkin lepas ni tulis la kot. Teori evolusi ni ramai juga yang salah faham, padahal tak bertentangan pun dengan ajaran Islam.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!