Ini adalah satu thread.
100% milik Minister of Finance Incorporated. Duit datang daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
Mana hendak dapat duit ini? Pinjam.
Lihat dengan teliti ya, hendak beli stesen janakuasa USD692.36 juta, tapi pinjam USD1.75 bilion. Kita akan lihat ke mana perginya baki wang pinjaman itu nanti.
IPIC, syarikat pelaburan industri tenaga yang dimiliki 100% oleh kerajaan Abu Dhabi, UAE.
Berapa pula interest untuk pinjaman ini? 5.75% setahun.
Kata 1MDB Energy (Langat) Ltd, interest itu patut dibayar oleh penjamin iaitu IPIC. 1MDB yang pinjam, tapi penjamin yang kena bayar.
IPIC jawab bahawa sebagai penjamin, IPIC hanya akan bayar interest bila 1MDB ingkar membuat bayaran (default).
Macam bila peminjam melarikan diri, barulah si penjamin pula akan dicari bank.
Kepada penyokong BN, adakah anda rasa aib dengan kerajaan sebegini?
31 Julai 2017: USD602.725 juta
31 Disember 2017: USD602.725 juta
Jumlah: USD1.205 bilion
Wahai penyokong BN, adakah maruah negara ini tidak memiliki sebarang makna kepada anda?
Mana hendak letak maruah tanah tumpah darah kita, wahai penyokong BN?
"Pelan rasionalisasi", atau jual harta:
* TRX (Pudu) dijual kepada Tabung Haji & Mulia Group
* Bandar Malaysia (TUDM Sg. Besi) dijual kepada Iskandar Waterfront Holdings & China Railway Engineering Corporation
* Edra Global Energy dijual kepada China General Nuclear Power Corporation
Selepas lewat bayar interest, naik mahkamah, disuruh bayar hutang kepada Abu Dhabi, lewat bayar hutang, jual tanah kepada China, kita berbalik kepada point no. 3.
Ke mana pergi baki wang pinjaman?
Ini dia manusia berperangai 'dajjal' sudah datang, adakah penyokong BN sokong beliau?
'Yahudi kepercayaan dajjal' pun takut dengan manusia berperangai dajjal ini.
Penyokong BN masih hendak lindungi Jho Low?
Dia telah didakwa dengan 7 pertuduhan di Mahkamah Singapura dan akhirnya dihukum penjara.
Negara-negara ini bertindak ke atas kesalahan di bawah bidang kuasa (jurisdiction) mereka.
Bila nak #TangkapJhoLow?