, 13 tweets, 2 min read
My Authors
Read all threads
Ada beberapa tarikh penting berkaitan cukai yang pekerja, majikan dan owner bisnes boleh ambil peduli. Ada banyak tarikh penting, ini antara yang paling feymes.

#TwtCukaiMY
1. Bayaran PCB - Sebelum 15 Haribulan Bulan Berikutnya.

PCB ni Potongan Cukai Bulanan. Potongan ni di buat tiap-tiap bulan dari gaji pekerja. Potongan PCB bermula bagi gaji bersih RM3,141.
Potongan yang dah buat dari gaji pekerja, majikan perlu buat bayaran sebelum 15 haribulan bulan berikutnya beserta borang caruman PCB, borang CP39.

Contoh gaji bulan November 2019, PCB perlu bayar selewatnya 15 Disember 2019.
2. Borang EA/EC - Sebelum 28 Februari Setiap Tahun.

Borang EA/EC ni borang cerita pasal jumlah gaji yang kita terima setahun. Setiap tahun majikan wajib keluarkan borang EA/EC ni kepada pekerja walaupun pekerja tu tak kena cukai sekalipun.
Dalam borang EA/EC ni ada nyatakan keseluruhan gaji kasar, bonus, manfaat, caruman KWSP, caruman Perkeso, potongan Zakat yang majikan buat dan juga jumlah potongan PCB. Borang EA/EC ni adalah untuk simpanan pekerja.

Borang EA - Pekerja Swasta
Borang EC - Agensi Kerajaan
3. Borang E - Sebelum 30 Mac Setiap Tahun.

Borang E ni borang untuk majikan laporkan ke LHDN senarai gaji pekerja. Setiap tahun majikan akan laporkan kepada LHDN berapa jumlah gaji yang majikan bayar, berapa bilangan pekerja sedia ada, yang baru dan yang dah berhenti kerja.
4. Borang BE dan Bayaran Cukai - Sebelum 30 April Setiap Tahun

Bagi pekerja yang income 100% makan gaji dan layak declare cukai, perlu declare selewatnya sebelum 30 April setiap tahun. Gunakan borang EA/EC yang majikan bagi, masukkan maklumat semua dalam borang BE.
Sekarang ni semua dah online senang. Jadi masukkan je maklumat borang EA/EC dekat dalam sistem online efiling. Masukkan amaun, sistem akan kirakan. Sejak ada sistem online, tarikh akhir submit borang BE dan bayaran LHDN dah lanjut ke 15 Mei hampir Setiap Tahun.
5. Borang B dan Bayaran Cukai - Sebelum 30 Jun Setiap Tahun.

Bagi individu yang ada pendapatan bisnes, perlu submit borang B. Individu yang ada pendapatan bisnes sini merangkumi golongan berikut,

1. Peniaga
2. Ejen Hartanah, Insurans, Penapis Air
3. Orang Makan Gaji + Bisnes
Bagi orang yang makan gaji, dalam masa sama ada bisnes, tak perlu submit borang BE lagi dah. Cukup submit satu borang B. Setiap individu perlu submit satu borang cukai je. Kumpulkan semua pendapatan dan declare satu borang.
Sama macam borang BE juga, sejak ada sistem online, submission borang B juga ada lanjutan sehingga 15 Jul hampir setiap tahun.
Borang C - Dalam Tempoh 7 Bulan dari Tarikh Tutup Akaun.

Borang C ni borang untuk cukai syarikat. Syarikat dekat sini macam Sdn Bhd sebagai contoh. Enterprise tak terpakai borang ni. Cukai Enterprise takda. Income hasil Enterprise akan dikira cukai bawah nama pemilik.
Contoh syarikat Sdn Bhd tutup akaun 31 Disember 2019, borang C perlu hantar selewatnya 31 Julai 2020.

Contonh syarikat Sdn Bhd tutup akaun 28 Februari 2020, borang C perlu hantar selewatnya 31 Ogos 2020.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Abu Luthfiyyah

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!