, 13 tweets, 2 min read
My Authors
Read all threads
"Kisah Nabi Uzair Yang Kita Tak Tahu"

Hanya sekali nama ini disebut iaitu dalam Surah al-Taubah ayat ke-30 iaitu “Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair putera Allah…”

Kenapa orang Yahudi sangat mengagungkan Uzair sehingga menggelarnya sebagai anak Allah? Image
Perlu kita tahu bahawa Kitab Taurat yang ada pada hari ini bukanlah Taurat yang sama sebagaimana di zaman Nabi Musa alaihissalam. Kerana kitab ini telah dibakar habis sewaktu pemerintahan seorang raja yang zalim iaitu Bukhtunassar atau lebih dikenali sebagai Nebuchadnezzar II. Image
Bukhtunassar raja zalim yang mempunyai kerajaan yang besar. Dalam sebuah hadis dhaif diriwayatkan bahawa Rasulullah mengiktiraf kekuasaannya dengan menyatakan raja dunia ini ada empat, dua mukmin dan dua kafir iaitu Zulqarnain dan Nabi Sulaiman serta Namrud dan Bukhtunassar.
Dalam Surah al-Baqarah, Allah menceritakan mengenai seseorang yang masuk ke dalam sebuah perkampungan, yang mana bangunannya telah roboh, lalu dia bertanya bagaimana Allah akan menghidupkan semua ini setelah ianya binasa?
Untuk menjawab persoalan itu, Allah mematikan baginda selama seratus tahun kemudian Allah membangkitkannya semula. Orang itu menurut para ulama sejarah dan tafsir, adalah Uzair. Baginda bukanlah kerana ragu tapi kerana ingin menambahkan lagi keimanannya.
Selepas seratus tahun dimatikan secara literal atau sekadar ditidurkan seperti Ashabul Kahfi, Allah bangunkan baginda semula. Kemudian Allah tanya berapa lama baginda tak sedarkan diri? Dia kata sehari saja, sedangkan sebenarnya seratus tahun.
Allah mengarahkannya untuk melihat makanan dan minum yang dia bawa sebelum ini, ia masih elok dan tidak basi atau rosak sedangkan masa telah berlalu 100 tahun. Tapi cuba tengok keldai tunggangan kamu, ia telah hancur binasa dan yang tersisa cumalah tulang-belulang.
Lalu dengan kekuasaan Allah, tulang-tulang keldai itu bercantum, kemudian dibaluti daging dan akhirnya menjadi seperti keldai beliau yang asal.
Ada juga yang menceritakan bahawa setelah itu baginda balik semula kepada kaumnya, tetapi semua orang tak mengenalinya memandangkan jarak masa yang telah merubah generasi.
Puas diterangkan bahawa baginda sememangnya Uzair, tokoh Bani Israel, tapi tiada yang percaya melainkan seorang makcik tua yang berumur 120 tahun. Lalu makcik ini setelah yakin, dialah yang meyakinkan pula kaumnya bahawa ini memang Uzair.
Disebabkan mereka semua tahu yang Uzair ini menghafaz Taurat, jadi mereka minta untuk dikumpulkan semula Taurat yang telah dibakar sewaktu pemerintahan Bukhtunassar. Peristiwa inilah yang membuatkan Bani Israel menggelarnya anak Allah.
Bukanlah sebagaimana yang dimaksudkan oleh orang Kristian apabila mengungkapkan mengenai Nabi Isa, tetapi adalah lebih kepada pengagungan dan kebesarannya. Dalam Bible yang ada sekarang, memang ramai orang yang digelar 'Anak Tuhan', bukan Jesus saja.
Malah sebutan Uzair itu sendiri adalah menunjukkan kasih daripada Bani Israel kepada dirinya. Asalnya 'Izra, kemudian ditukarkan bentuknya kepada ism tasghir, menjadi 'Uzair. Bahkan Bible yang ada pada hari ini turut mengabadikan nama beliau dalam ‘The Book of Ezra.’
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!