, 26 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
"Qasem Soleimani Mati - WWIII Akan Tercetus?"

Orang kuat Iran kena bunuh dengan Trump. Dan terus trending kat Twitter kononnya WWIII akan berlaku. Jom ikuti kupasan kami.

Oleh: Ayman Rashdan Wong
Kena cerita dari mula. Pada 27 Disember 2019, US mendakwa bahawa pangkalan udaranya di Kirkuk, Iraq diserang oleh 30 roket, seorang kontraktor US terkorban.
Susulan daripada itu, US melancarkan serangan balas pada 29 Disember ke atas markas militan "Kata'ib Hezbollah" di sempadan Iraq-Syria, meragut 25 nyawa anggota Kata'ib Hezbollah yang dikatakan sebagai dalang disebalik serangan.
Kata'ib Hezbollah ni based dekat Iraq, jangan dikeliru dengan Hezbollah di Lubnan. Tapi kedua-dua adalah militan yang disokong oleh Iran.
Susulan daripada itu, anggota dan penyokong Kata'ib Hezbollah telah mengepung dan menyerang kedutaan US di Baghdad pada 31 Disember, sebagai bantahan terhadap serangan US.
Susulan lagi lepas tu (banyak betul susulan weh), Trump menulis tweet yang berbau ugutan: "Iran will pay a very BIG PRICE! This is not a Warning, it is a Threat".
Macam biasa, orang gelak-gelakkan Trump, termasuk pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang tweet balas: "you can't do anything". Eh pandang rendah pulak dengan Trump.
Then, surpise. Beberapa jam yang lepas, US melancarkan serangan di Lapangan Terbang Baghdad yang meragut nyawa Qasem Soleimani, ketua "Quds Force" dan juga Abu Mahdi al-Muhandis, ketua Kata'ib Hezbollah.
Soleimani bukan kaleng-kaleng punya orang. Dia ialah protege kepada Khamenei. Quds Force ni kira Iran punya CIA. Soleimani diberi kepercayaan oleh Khamenei untuk mengetuai Quds Force sejak 1997.
Tugas Quds Force adalah untuk mengumpul perisikan dan juga melancarkan operasi untuk membantu kumpulan-kumpulan pro-Iran seperti Hezbollah di Lubnan dan Houthi di Yaman. Dan juga Hamas di Palestin ("Quds" ialah nama alternatif Baitul Maqdis/Jerusalem).
Jadi Soleimani ni kira salah satu mastermind dalam aktivisme Iran di serantau menentang US, Saudi, Israel dan geng. Misi "decapitation" ni sedikit sebanyak naikkan "morale" US, Saudi, Israel dan geng, tapi macam "overkill" pun ada.
Sebab Khamenei sayang kat Soleimani, jadi balas dendam itu pasti. Tapi jangan risau, World War 3 tak akan tercetus kerana insiden ini. All-out war antara US dan Iran pun hampir tidak mungkin.
Walaupun Iran tak memiliki senjata nuklear seperti Korea Utara, tapi ada beberapa faktor membuat US tak berani sentuh Iran seperti Iraq dan Libya.
Pertama, geografi. Iran tak sama dengan Iraq atau Libya. Geografi Iran yang bergunung-ganang tak sama dengan permukaan bumi Iraq dan Libya yang rata. Dalam sejarah ada beberapa empayar je mampu menawan Parsi/Iran. Alexander dan Mongol saja mampu.
Empayar Rom tak mampu. Orang Arab hanya mampu memegang Parsi untuk 200 tahun sebelum ia merdeka semula pada zaman Abbasiyyah. Uthmaniyyah tak mampu. Dan Parsi juga tak pernah dijajah oleh kuasa Barat, tak seperti Iraq (Britain) dan Libya (Itali).
Walaupun US ada kelebihan dari segi "air power", tapi nak menawan sesebuah negara kena bergantung kepada "ground force". Yang tangkap Saddam dan Gaddafi ialah ground force. Guna drone boleh bunuh pemimpin tertinggi Iran, tapi tak capai tujuan untuk menawan Iran.
Serangan udara hanya akan buat rakyat lebih bersatu, macam dalam kes serangan udara ke atas Yugoslavia pada 1999. Tentera laut US? Iran mengawal Selat Hormuz, dengan mudah Iran dapat menyekat kemasukan kapal perang US. US ada tentera laut paling kuat pun so what
Kedua, kekuatan Iran sendiri. Saddam Hussein berperang dengan Iran selama 8 tahun (1980-1988), pun tak mampu tundukkan Iran. Waktu tu Iran baru mengalami revolusi, walhal Saddam ada bantuan US.
Dengan keadaan sekarang Iran yang memiliki macam-macam senjata canggih yang diimport (daripada Rusia dan China) dan dibangunkan oleh Iran sendiri (seperti peluru berpandu Sejjil dan Shahab), lagilah US kena fikir 2-3 kali.
Kalau US berani sentuh Iran, peluru berpandu Iran kirim salam dekat Israel atau Saudi. Jadi menyerang Iran bukanlah kerja mudah.
So mungkin Iran akan balas serangan US dengan (1) cucuk sekutu US, samada serang Saudi dan Israel melalui proksi (Houthi, Hezbollah), (2) kacau kapal-kapal US dan geng dekat Teluk Parsi dan Teluk Oman, atau (3) menawan kedutaan US di Baghdad, macam depa buat masa tahun 1979.
Kalau Iran pilih opsyen (3), memang kena kat selera Trump. Sambil Trump merancang serangan ke atas Soleimani dan al-Muhandis, dia pun dah diam-diam deploy pasukan tentera tambahan seramai 750 orang ke Iraq. Kemungkinan besar depa ni diguna untuk guard kedutaan US.
Tahun ni tahun pilihanraya US, Trump kena buat something heroic untuk naikkan populariti dia. Dulu dia pernah kritik kegagalan Hillary Clinton handle krisis kedutaan US di Benghazi, Libya tahun 2012 yang menyebabkan Duta US terkorban.
Kalau berlaku krisis kedutaan, itulah peluang bagi Trump buktikan "kebijaksanaan" dia. Meanwhile, dekat Iraq ramai celebrate kemat1an Soleimani. Selepas protes besar-besaran Iraq meletus pada Oktober lepas membantah pengaruh Iran dalam politik domestik Iraq
Soleimani telah terbang ke Baghdad mengambil alih security forces Iraq dan menekan protester. Jadi ramai melihat dia sebagai simbol penindasan rejim Iran. Orang Iraq sekarang tersepit antara US dan Iran yang masing-masing ada game dia.
Yang pasti, apa-apa pergolakan yang melibatkan Iran dan Iraq ada potensi menaikkan harga minyak. Tapi korang jangan tanya aku soalan ala trader bila naik bila turun, naik berapa turun berapa. Kalau aku tahu pun takkan aku nak share dengan korang, baik aku untung sorang-sorang.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!