, 23 tweets, 8 min read
My Authors
Read all threads
Perubatan Zaman Dahulu

"The First Taste of Medicine"

- Ötzi the Iceman
- Pergigian pra sejarah
- Perubatan pra sejarah
- Trepanning method

-Thread-
Pengubatan zaman Pra sejarah.

Para ahli arkeologi telah menemui beberapa fosil tulang dan gigi yang dipercayai milik 13 orang manusia Neanderthals, dari jenis homo neanderthalensis yang pernah hidup kira-kira 30 000 hingga 25 000 tahun dahulu.
Pada 2012, ahli arkeologi tersebut telah membuat analisis terhadap tulang dan gigi yang dijumpai dengan menggunakan teknik 'pyrolysis gas-chromatography mass spectrometry'.
Apa yang gigi ini dapat beritahu kita?

Mereka mendapati terdapat sisa tumbuhan yang melekat pada kalkulus gigi tersebut. Tumbuhan tersebut dipercayai dimakan oleh tuan badan.

Tumbuhan itu adalah yarrow dan chamomile.
Tumbuhan ini tiada nilai nutrisi yang signifikan untuk tubuh badan. Rasa pun pahit dan tak sesuai dimakan. Tapi kenapa pemilik gigi ni makan juga? Satu kemungkinan yang didapati adalah kerana adanya nilai remedy/pengubatan di sisi mereka.
Yarrow sudah lama diketahui mempunyai nilai sebagai bahan tonik semulajadi.

Chamomile pula sebagai relaxant dan anti-inflammatory.
Pemahaman kita berkenaan dengan perubatan pra sejarah semuanya bergantung kepada penemuan artifak yang masih terpelihara dan berada dalam keadaan yang baik. Lukisan di dinding gua juga mampu membantu.
Selain perubatan, teknik pergigian juga ada diamalkan pada zaman pra sejarah. Contohnya dengan penemuan 11 batang gigi di Mehrgarh di West Central Pakistan. Semuanya adalah gigi molar (geraham) milik 9 orang.

Dipercayai gigi ini telah dikorek dengan menggunakan alatan tajam.
Para pengkaji telah cuba membuat kembali gambar rajah alatan tersebut. Dikatakan lubang tersebut dikorek dalam masa kurang dari seminit.
Pada tahun 1991, satu mumia yang masih terpelihara elok, berada dalam keadaan beku ditemui di European Alps, sempadan antara Austria dan Itali.

Dikenali di kalangan ahli arkeologi dengan nama Ötzi the Iceman. Sekarang ni, jasad beliau merupakan most studied human bodies.
Ötzi dikatakan berumur dalam lingkungan 45 tahun ketika meninggal dunia kira-kira 5,300 tahun dahulu.

Antara barangan yang ditemui bersama Ötzi adalah 2 kulat sebesar ibu jari, Piptoporus betulinus.
Setiap kulat tersebut ditebuk lubang di tenga dan kemudian dimasukkan tali benang untuk diikat dikeliling pinggan.
Penggunaan kulat jenis ini dipercayai sebagai antiobiotik dan pelawas. Antara kesan jika dimakan adalah boleh menyebabkan cirit birit.

Juga antara lain, kulat ini mempunyai bahan beracun kepada cacing jenis whipworm( Trichuris Trichura) yang menjangkiti usus manusia.
Setelah dibuat bedah siasat terhadap Ötzi, didapati bahawa usus beliau mempunyai fosil cacing jenis ini. Hebatkan? How can they know so much things.

Lagi penemuan pada Ötzi adalah terdapat bentuk tatu. Ada 50 tempat semuanya di badan dan tersusun parallel
Ct Scan dan Xray kemudiannya menunjukkan bahawa tulang rangka Ötzi mempunyai penyakit degenerative disease. Sesetengah tatu dibuat di tempat yang dikatakan suffered most from the pain.
Ada juga teori mengatakan ianya adalah satu bentuk akupuntur kerana kebanyakan tatu yang dibuat adalah selari dengan titik akupuntur dalam perubatan China.

Apa apa pun, kebanyakan penggunaan perubatan pada badan Ötzi masih lagi kekal misteri dan perlukan lebih banyak kajian.
Japp...

Iklan penting untuk medical students, bakal masuk HO dan yang sedang HO. Anda rasa belum bersedia dan kurang knowledge berkenaan HO, dapatkan segera
e-book Amalina's Notes. Barang tengah HOT sekarang!!

Semurah RM 20.00 sahaja. PM me for details😊😃
Tajuk dalam e-book
Soalan bocor, common question untuk offtag pun ada sekali.

Sesuai untuk students dalam dan luar negara yang nak buat HO di Malaysia
Sambung..

Sekitar 10 000 BCE mengunjur dari Perancis, Asia Barat dan Amerika Selatan, ada satu pembedahan menarik yang dibuat pada zaman tersebut, iaitu TREPANNING.

Rawatan ini dikatakan rawatan pembedahan yang tertua pernah diketahui dalam peradaban manusia.
Rawatan ini dikatakan untuk mengurangkan tekanan dalam kepala dan merawat migrain, sawan, penyakit mental dan menghalau jin dan syaitan dari tubuh pesakit.

Kaedah ini memerlukan kulit kepala pesakit disiat kemudian tengkorak ditebuk menggunakan alatan bermuncung tajam.
Terdapat pelbagai kaedah Trepanningnyang diguna pakai.

Pra sejarah:
Menggunakan alatan seperti panah, mereka menggesek alatan tajam seperti menggesek gergaji sehingga lubang terbentuk di tengkorak.
Seterusnya pada kurun ke-18, di Britain mereka menggunakan alatan yang lebih moden sedikit.
Kerana tingginya kadar kematian (mortalitiy) dengan kaedah ini, maka ia mula kurang digunakan setelah masuk kurun ke - 19.

Next, aku nak cerita sikit pasal Egypt dan Greek Medicine.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Anakinra

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!