Ini adalah thread yang diambil daripada seorang penduduk Itali.
"Untuk sebahagian dunia, mereka tidak mengetahui apa yang bakal mendatang".
Seperti yg semua tahu, Itali sdg dikuarantinkan akibat tersebarnya Coronavirus.
Kami tahu apa yang awak sedang fikirkan kerana kami juga pernah melaluinya.
FASA 1
Anda tahu bahawa virus korona wujud & kes pertama mulai ada di negara anda.
Jadi tiada apa yg perlu dirisaukan, ia cuma selsema yang teruk!
Saya bukannya berumur 75+, jadi apa saja boleh berlaku terhadap saya?
Saya selamat, semua sedang berkelakuan secara berlebihan, apa gunanya keluar dgn menggunakan topeng muka dan menyimpan stok tisu tandas?
Saya akan hidup seperti biasa, tidak perlu untuk merasa takut.
Bilangan kes mulai meningkat. Kerajaan akn mengumumkan "zon merah" & 1, 2 bandar kecil tempat kes pertama dijumpai akn dikuarantin serta ramai orang terjangkiti. (22 Feb).
Hal ini menyedihkan & merisaukan tetapi mereka akn menguruskan hal itu jadi tiada yg perlu panik.
Ada beberapa kematian tetapi semuanya melibatkan golongan berusia jadi media cuma mewujudkan panik utk naikkan view, sungguh memalukan.
Orang lain meneruskan kehidupan mereka. Saya takkan berhenti keluar rumah & bertemu rakan saya, kan?
FASA 3
Bilangan kes meningkat secara mendadak.
Bilangan kes menganda setiap sehari.
Lebih banyak kematian terjadi.
Kerajaan mengumumkan zon merah & 4 daerah yang mempunyai kes majoriti berdaftar dikuarantikan. (7 Mac)
Sekolah & universiti ditutup di kawasan ini tetapi bar, tempat kerja, restoran yang selainnya masih beroperasi.
Mereka masih tidak sedar akan seriusnya keadaan ini. Ke mana-mana anda pergi, banyak orangakan menasihati anda utk mencuci tangan anda & kurangkan keluar dari rumah,haramkan pertemuan besar
FASA 4
Bilangan kes semakin meningkat tinggi.
Semua sekolah & universiti ditutup sekurang-kurangnya selama sebulan.
Ia merupakan amaran kecemasan kesihatan nasional.
Doktor dan jururawat tidak mencukupi.
Mereka memanggil semua ahli perubatan yang telah bersara serta pelajar medik yg berada di 2 tahun terakhir pengajian.
Sudah tentu semua doktor and jururawat terjangkiti, menyebarkannya kpd keluarga mereka.
Terdapat begitu banyak kes pneumonia, terlalu byk org memerlukan ICU & semua tempat tak mencukupi bagi semua org.
Para doktor terpaksa memilih untuk merawat pesakit berdasarkan peluang hidup mereka.
Ini bererti bahawa golongan tua & pesakit strok/trauma tidak dapat dirawat kerana kes virus korona lebih mempunyai prioriti yang lebih tinggi.
Saya berharap saya sedang bergurau tetapi itulah yang terjadi saat ini.
Ramai telah mati akibat penempatan yang tak mencukupi.
Para jururawat sdg menangis kerana mereka melihat ramai org mati namun tidak mampu melakukan apa-apa selain drpd memberi bantuan alat pernafasan.
Keadaan sangat kacau, sistem sedang runtuh.
Dimana-mana anda mendengar tentang virus korona & krisis-krisis yang dibawa bersamanya.
Anda masih ingat dengan 10 ribu org yg telah terlepas dari zon merah ke seluruh Itali tadi?
Kini seluruh negara sedang dikuarantinkan. (9 Mac)
Maklamatnya adalah bagi mengurangkan penyebaran virus daripada berlaku dengan giat.
2 hari kemudian, dimaklumkan agar semua bisnes tutup : Bar, restoran, pusat membeli-belah, semua jenis kedai & sebagainya.
Semua ditutup kecuali supermarket dan farmasi.
Anda hanya boleh keluar jika anda ada membawa sijil perakuan bersama.
Terdapat byk pemeriksaan polis di mana-mana.
Jika anda didapati keluar dari rumah tnpa alasan yg kukuh, anda berisiko utk didenda sbyk 260 Euro
Itulah situasinya di Itali sehingga 12 Mac 2020.
Sila ingatkan bahawa ini semua terjadi dalam tempoh 2 minggu.
5 HARI SEBELUM FASA 3 SEHINGGA HARI INI.
Anda memang tidak tau tentang apa yang bakal mendatang kepada anda.
Tapi malangnya tidak!
Ini bkn hnya disebabkan virus itu sendiri merbahaya tetapi utk semua akibat yg ia punya
Masalah tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mengendahkannya.
Sungguh menakutkan jika saya fikirkan seberapa banyak lagi kes yang tak diketahui di luar sana, yg mungkin juga ada di Amerika.
Tindakan yg diambil agak drastik tapi sgt diperlukan. Mungkin hanya ini saja cara utk mengurangkan kadar penyebaran virus.
Ia berkesan di China, jadi kami berharap ia berkesan di sini
Saya sedar bahawa semua ini agak susah atau mustahil jika dilakukan di negara lain.
Jika terdapat beberapa kes di moat anda, virus itu baru saja mula tersebar & anda mungkin hnya berada 1,2 minggu di belakang kami
Jadi TOLONG ikuti segala langkah berjaga-jaga yang ada.
Jangan berkelakuan seperti virus itu tidak akan datang kepada anda.
Jika boleh, DUDUK SAJA DI RUMAH.
Hey guys~
Saya xde la power dlm BM,BI ni but here's a translated tweet supaya smpai tahap pakcik,makcik smua faham. Harap semua point2 dia cuba smpaikan tu smpai la kat semua org. Thank you & stay safe everyone. Jgn panic buying and do all precautions needed!😊