Sila RT episode favourite korang!
Here we go!👇🏻
Bayangkan dunia distopia di mana rating system seperti app Grabcar diaplikasikan secara meluas. Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hati pihak lain demi menaikkan rating sendiri. Lakonan Bryce Dallas Howard.
Plus this is scary👇🏻
Di dunia di mana sebilangan orang hidup berbasikal sambil bermain game di 'penjara' untuk meraih kredit, Bing membantu seorang wanita untuk menyertai pertandingan nyanyian. Lakonan mantap Daniel Kaluuya (filem Get Out).
Diilhamkan oleh siri Star Trek, terciptalah episod permainan video yang pada aku sangat unik dan berbeza drpd episod2 Black Mirror yang lain. Bayangkan jika minda anda terperangkap dalam game yang dikawal orang tak berperikemanusiaan!
Pernah tengok Nerve? Well this is a much darker version of it. Seorg remaja mendapati laptopnya digodam, fon & webcamnya diintip, mula diugut membuat kerja-kerja gila. Punya gila episod ni sampai aku terus cover webcam aku. Cuak bai.
Episod paling WTF bagi aku. Kisah bermula apabila seorang wanita hilang ingatan yang terbangun dalam dunia di mana ada manusia2 yang ingin membunuhnya, segelintir membantunya, sementara yang lain hanya merakam segala yang berlaku. Like WTF?
Sebuah episod tentang dunia yang dikawal oleh dating app. Khas ditujukan kepada para lovebirds di luar sana dan pengguna app seperti Tinder. Quote "Everything happens for a reason" kat episod ni ibarat pepatah Melayu "kalau jodoh tak ke mana"😊
Pasti ramai pengguna dating app mampu relate dengan episod ni.
Setiap orang di episod ni mempunyai 'Grain', sebuah implan memori yg membolehkan manusia menyimpan dan merekod segala yang kita lihat dan dengar. Namun, tak semua memori kita nak simpan kan? When you dig up the past, all you get is dirty.
Dua detektif siber yg menyiasat kematian misteri mendapati bahawa segalanya berkait rapat dengan pengguna2 media sosial. Sebuah episod yang 'haunting' & bakal membuat korg lebih berhati-hati pabila menuturkan kata-kata di internet.
And the club goes "Ooo, heaven is a place on earth"!
Girl meets girl and develops a relationship. In my opinion, what's intriguing about this episode is how mindblown and emotional it was! And plus, it won 2 Emmy Awards!
Episod ni buat aku rasa tak selesa, mindblowned, geram & terganggu pada masa yang sama. Kisah 2 orang yang menjaga outpost di tengah-tengah ribut salji, menceritakan tentang kisah hidup mereka. Benci seseorang? Blok sahaja dia dari hidup anda.
Imo, it's a masterpiece. Satu episod yg menghubungkait byk episod Black Mirror. Seorg wanita melawat sebuah muzium di tengah gurun, di mana pemiliknya menceritakan kisah2 gelap artifak-artifak didalamnya. Dark, gruesome and hauntingly disturbing.
Teknologi akan terus berkembang, tapi yang menyalahgunakannya adalah manusia, pengguna teknologi sendiri.
Kenapa dipanggil Black Mirror?
Cuba tutup skrin fon/laptop anda. Anda akan lihat diri anda sendiri, pengguna teknologi tersebut.