Hari ni aku nak sambung utk proses seterusnya, Proses Pengiraan Undi.
Complicated sikit proses ini, kalau tak faham bolehlah tanya.
#IniAdalahThread #PRU101
Tapi ada juga pusat yg tutup lebih awal terutamanya di kawasan pedalaman dgn jumlah pemilih tidak ramai.
Ini bg memudahkan proses penjumlahan undi selepas kiraan undi dibuat. #PRU101
Borang 13 penting utk sahkan jumlah kertas undi yg telah dikeluarkan sepanjang proses pembuangan undi dijalankan.
#PRU101
Selalunya setiap saluran hanya ada 500 orang pengundi sahaja. Tapi pusat pengundian mungkin mempunyai lebih dari 5 saluran.
Bermakna kertas undi yg dikeluarkan ketika proses pembuang undi tak boleh lebih dari jumlah pengundi setiap saluran
#PRU101
- Ketua Tempat Mengundi (KTM)
- Kerani Pengundian kini menjadi Kerani Mengira Undi (KMU)
- Counting Agent (CA)/Ejen Mengira Undi yg dilantik calon
#PRU101
Bermakna PETI UNDI TIDAK DIBAWA KELUAR SEHINGGA SELESAI KIRAAN DIBUAT.
Susun atur tempat mengira undi dan dulang kertas undi seperti dlm gambar.
#PRU101
1) KMU membuka peti undi
2) Dulang “Undi Belum Dikira” kosong akan ditunjukkan kepada CA
3) Kertas undi dituangkan ke dlm dulang “Undi Belum Dikira” & peti undi kosong ditunjukkan kpd CA
4) Kertas undi akan diikat dlm bilangan 10 dan digabung dlm bilangan 100
#PRU101
Jika sama atu kurang, proses kiraan boleh bermula.
'Kurang' berlaku kalau ada pengundi bawa pulang kertas undi, tak masuk dlm peti.
#PRU101
1) Setiap satu kertas undi akan diangkat dan ditunjukkan.
2) Setiap kertas undi yg diterima akan dimasukkan ke dlm dulang calon yg diundi.
3) Kalau ada keraguan terhadap undi yg dibuat, kertas undi akan dimasukkan ke dlm ‘Undi Ragu’.
#PRU101
Undi Ragu terjadi apabila tanda di atas kertas undi tidak jelas atau kertas undi itu rosak seperti koyak atau kotor.
Contohnya tanda selain dari X.
#PRU101
“Sebarang tanda yang dibuat oleh pengundi dapat menunjukkan dengan jelas undi yang hendak diberikan kepada calon tertentu”.
#PRU101
Kertas ‘DITERIMA’ akan dimasukkan ke dalam dulang calon, yg ‘DITOLAK’ akan masuk ke dlm dulang ‘Undi Rosak’.
#PRU101
Selepas semua kertas undi selesai dibuat kesahan, maka selesailah Proses Kiraan Undi.
#PRU101
Setiap CA akan tandatangan di Borang 14 sbg saksi dan menerima keputusan bagi saluran tersebut. CA juga akan menerima salinan Borang 14.
#PRU101
Sekian #PRU101 utk kali ni. Semoga segala yg terbaik utk PRU14.
Bersambung….