Jomlah kita belajar sama-sama proses yang akan berlangsung pada hari tu nnt. Takdelah kita tertipu dgn dakyah jahat manusia penipu.
#IniAdalahThread #PRU101
1) Proses Pembuangan Undi
2) Proses Kiraan Undi
3) Proses Penjumlahan Undi
Aku cuba explain setiap satu.
#PRU101
1) Polling Agent(PA) + Counting Agent(CA) + Barong Agent (BA) = PACABA
2) Ketua Tempat Mengundi (KTM)
3) Kerani Pengundian (KP)
#PRU101
CA- ejen lantikan calon utk menyaksikan proses kiraan undi
BA- ejen lantikan calon utk menjadi pemerhati barung
KTM- Petugas SPR yg menjadi ketua bagi setiap saluran mengundi
KP- Petugas SPR yg menjadi pembantu KTM #PRU101
Ini penting supaya kita tak salah tempat pembuangan undi. Kalau salah, tak boleh mengundi kat tempat yg salah tu.
#PRU101
Ketika sampai ke pusat pengundian, kita akan jumpa satu tempat yg dipanggil barung. Barung disediakan SPR utk pemilih menyemak nombor siri dan saluran pengundian.
Setiap calon berhak melantik BA utk memerhati proses semakan di barung.
#PRU101
Lepas tu kita boleh terus ke saluran pengundian dan beratur sementara menunggu giliran kita utk masuk membuang undi.
#PRU101
Di sini kita serahkan IC kita utk KP1 buat semakan.
Selepas disahkan, KP1 akan laungkan nama dan no IC kita supaya PA dapat semak dalam buku daftar pemilih yg dibawa oleh mereka.
#PRU101
Selepas dicalit oleh KP2, kita ke KP3 utk diberikan kertas undi. Kecuali Wilayah Persekutuan & Sarawak, kita akan diberi 2 kertas undi utk Parlimen dan DUN.
#PRU101
Selesai pangkah, kita masukkan kertas undi ke dalam peti undi mengikut kategori Parlimen dan DUN.
Maka selesailah tugas kita menjadi rakyat Malaysia yg bertanggungjawab.
#PRU101