Profile picture
Hartabumi @hartabumidotcom
, 21 tweets, 3 min read Read on Twitter
Beli Rumah Second Hand? Lakukan 3 PERKARA Ini Untuk Jimatkan Kos Peguam.

Tolong baca thread ini jika anda ingin beli rumah subsale.
Beli rumah ‘second hand’ tak sama dengan beli rumah ‘undercon’ dengan pemaju. Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza.

Pembeli rumah ‘second hand’ perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada.
Ramai pembeli rumah subsale terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi si pembeli rumah pertama.

Kebanyakan pembeli rumah ini beranggapan selepas selesai urusan beli rumah, semuanya settle. Hanya tinggal nak masuk rumah sahaja.
Selepas urusan beli rumah ‘second hand’ pembeli perlu lakukan pertukaran nama pada 3 perkara ini :
1) Tukar nama segala bil utiliti

Ramai pembeli terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water.

Sepatutnya, lepas settle urusan jual beli rumah pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).
Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :
A: Buka akaun baru

Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.

Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama.
Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada ya!
B: Sambung guna akaun pemilik lama

Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sajaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama.
Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.
2) Tukar nama pada rekod cukai pintu

Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu.

Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.
3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis
*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*

Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut.
Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda!
Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang
bertanggungjawab untuk melakukannya?

Adakah penjual, pembeli, atau peguam?
Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli.
Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.
Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit pon, Cuma kena luangkan masa sedikit untuk uruskannya.
Jika pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut pihak atasan.

Jadi, penting juga untuk pemilik asal ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak.
Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung.
Untuk pembelian rumah pertama, sila klik link di bawah.

hartabumi.com/carian-hartana…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Hartabumi
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!