Profile picture
BOY ISHAK @AmirulAzren29
, 31 tweets, 6 min read Read on Twitter
Okay memandangkan masing2 ada kisah seram yang pernah terjadi masa zaman belajar. Aku pun nak share sikit cerita seram yg pernah jadi dekat aku and hosmet aku masa tinggal dekat kolej Jasmine Uitm Puncak Perdana. Ok ini adalah bebenang, baca dgn tenang ...
Masa tu aku part 5 tahun akhir diploma di situ pada tahun 2015. Waktu tu aku mendiami kolej lelaki blok 1 laman E tingkat 5 mengadap kolej perempuan blok 2. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Dan aku bersama hosmet aku menjalankan shooting filem pendek di rumah kami.
Fyi, kolej jasmine ni mcm rumah apartment yg ada 3 bilik dan 2 bilik air. So, 1 rumah ada 8 org yg tinggal. Ok. Waktu kteorg tgh shooting tak ada apa2 yg jadi. Sehinggalah kami “wrap” shooting pada pukul 1 pagi. Sebab scene dalam rumah tu hanya ada 3 scene dan settle dgn cepat.
Jam dah pukul 1.20am dan nak dijadikan cerita 5 orang member aku semua ada kt ruang tamu luar. Dorang cek footage2 yg telah shoot tadi. Dua org member aku dah nyenyak tidur kt bilik. Aku sorang2 dalam bilik sedang ber-otp dgn someone. Just utk wish goodnight dekat someone tu. Hee
Lepas settle otp. Mata aku terpandang luar tingkap and nmpak 1 fenomena yg agak pelik. Puncak perdana time tu dilanda kabus yg sgt tebal mcm kt genting highland yg suhunya 12 darjah Celcius. Tp time tu tak sejuk, cuma nmpk kabus yg tebal. Aku ingat aku sorang je yg nmpak kabus tu
Rupanya kawan aku yg rumah sebelah, bawah, belakang, kiri dan kanan turut nampak benda yg sama.
Aku pun apa lagi, taknak lepaskan peluang untuk ambik gambar pemandangan kabus tu. Sebab cantik dengan diselaputi cahaya bulan yg nampak samar2. Seperti berada di luar negara. Cantik!
Aku pun ambik gambar guna hp aku jenama samsung grand duos. Aku pun menghalakan hp aku keluar tingkap utk mengambil gambar. Sedang aku snap gambar 2 ke 3 keping. TIBA-TIBA!!! Ada sesuatu tenaga entiti yg agak kuat menepis tangan aku time aku tengah sibuk ambik gambar kabus tu. Hm
Kemudian, hp aku terlepas dari tangan dan terjatuh sssuuupppp jatuh dari tingkat 5 ke bawah dan masuk ke dalam longkang yg bertutupkan penghadang longkang besi. Aku tergamam campur panik dan pelik. Aku terus menjerit “hp aku!!!” Arghhh. Aku berlari terus turun ke bawah. Laju gila
Member2 aku pelik tengok aku berlari turun ke bawah. Waktu aku kat bawah, aku sibuk mengorek2 hp aku yg sudah masuk ke dalam longkang tu. Nak diangkat besi longkang tu tak boleh sebab dah dipatri kemas. Member2 aku dorang tengok aku dari atas dan pelik terus dorang turun ke bawah
4 orang turun tapi sorang je tak turun sebab tgh sibuk cek footage tadi. Semangat setia kawan aku nampak kat situ sebab dorang bertungkus lumus nak tolong aku ambik hp aku yg sudah berenang-renang di dalam air longkang tu. Macam2 cara dan teknik dorang cuba. Sangat brotherhood!
Aku pelik, sebab kabus waktu tu dah hilang mcmtu je. Time tu aku dah redho sebab takkan ada harapan hp aku tu nak berfungsi macam biasa dan aku menangis. Bayangkan la bateri cover semua dah bersepah dan sedang berendam di dalam air longkang. Aduhaiii sedihnyaaa. Hmm
Pastu terjadinya kisah seram kena dekat member aku yg sorang2 ada kt atas. Member aku 2 org lagi tu dah hanyut dibuai mimpi indah dalam bilik. Member aku yg sorang kt ruang tamu tgh dok tengok footage tu orang panggil dia wan penang. Si wan penang ni kena kacau dengan kelibat. Hm
Nak dijadikan cerita, rumah kolej jasmine ni ada ampaian di koridor luar. And tempat ampaian tu kiteorang dah kunci sbb terlampau banyak longgokkan tin yg dikumpul oleh member aku sorang ni utk dijual katanya. Tetapi longgokkan tu dah menjadi seperti kawasan pelupusan sampah. Huu
So kiteorang dah kunci pintu dekat ampaian tu. Tiba2 si wan ni tgh dok layan tengok footage kt kamera. Dia ternampak 1 kelibat melintasi kawasan ampaian tu. Kelibat tu tinggi dan hitam. Dia terdiam dan fikir mungkin bayangan dia je. Di tepi pintu ampaian tu ada .....
Sebuah locker kosong tak digunakan bertutup elok je. Tiba2 pintu locker terbukak dan terhempas ke dinding. Pangg!! Si wan ni punya takut terus dia berlari turun ke bawah dan jumpa kami. Angin takda ribut takda tiba2 pintu locker tu boleh terbukak sendiri dah kenapa. Haihhh pelik
Lagipun locker tu berada dalam rumah. Bukannya kt luar. Hampir 15 minit misi menyelamatkan hp aku dan akhirnya berjaya. Bateri, hp, cover semua selamat diambil. Hp aku tak pecah sebab hp tu terhentak kt atas besi dan terus masuk ke dalam longkang. Dari tingkat 5 tau. Rare beteii
Then, kiteorang semua naik atas. Time tu aku mmg dah hampa dgn hp aku. Tp semangatnya member2 aku ni nak menyelamatkan hp aku tu dorang siap guna hair dryer keringkan air2 yg ada kat hp tu. Aku dah takda mood, terus aku tidur. Aku pun tidur dengan takda mimpi apa apa. Hurmmm
Pelik bin ajaibnya. Pukul 10 pagi esoknya member aku masuk bilik and kejut aku. Dia cakap hp aku berjaya on. Aku melompat bangun dan tengok. Yes! Hp aku berjaya on tapi kt skrin tu dah berbelon2 dipenuhi air. Tapi still boleh guna cam biasa. Gempak jugak brand Samsung ni. Haha
Kerosakan kt skrin atas retak akibat hentakan kuat jatuh dari tingkat 5. Hp aku tu bertahan hanya 3 hari saja lepastu K.O. Sebab button lock on/off tu dah tak fangshen. Aku redho dan pakai hp Cokia Torch Light je. Lepastu kteorg berborak pasal kejadian semalam ade yg kena kacau.
Selang 2 hari lepas kejadian tu. Puncak perdana dilanda tiada air. Dan kiteorang terpaksa berjimat dalam menggunakan air. Waktu tu petang sebelum maghrib dalam pukul 6.15 macamtu. Aku dengan hosmet aku pergi mandi dekat kolam apartment resak bersebelahan kolej jasmine. Mandi pool
Tapi ada sorang member kiteorang tak ikut nama dia Iz. Si Iz ni dia ada kelas petang. Dan dia tak tahu yg kiteorang pegi mandi kt resak. Dia balik dari kelas terus ke rumah dan baring di ruang tamu. Si iz ni mmg tidur kat luar. Sedang dia leka bermain game clash of clan kt hp...
Ada suara berbisik kt telinga dia perlahan “shh.. shh..” dan si iz ni tak layan sebab dia pikir kteorg yg usik dia. Pastu bisikan dia bunyi lagi kuat “shh.. shh..” si iz ni bengang dia terus sound “wehh korang xyah main2 lah x kelakar ok!” Pastu dia cek setiap bilik takda orang.
Muka dia dah pucat dahi dah berpeluh seluruh badan jadi panas walau kipas berpusing dengan kuat. Tapi tak rasa angin kipas. Dia terus call aku. Aku bagitau dia yg kiteorang semua ada kat kolam resak ni. Dia end call. Jam dah menunjukkan pukul 7pm dan senja hampir melabuhkan tirai
Si Iz ni berlari turun dan jumpa kiteorang kat kolam resak. Kiteorang siap2 utk balik ke kolej. Dia terus bagitau kt kiteorang yg dia kena kacau ada suara berbisik kt telinga dia. Muka dia memang lain masa tu. Pastu dia cakap, dia pikir member2 nak kenakan dia. Tp rumah xde orang
Kiteorang semua dah jadi makin cuak dan nervous sebab entiti tu mungkin dah bermaharajalela kt rumah tu. Sebab ada je budak rumah tu yg time tidur rasa kena himpap lemas tak boleh bersuara. Suara jerit tak berbunyi. Tak boleh bangun. Rasa seperti dihimpap benda yg berat. Hmm
Ada yg kadang2 malam dengar bunyi guli melantun-lantun atas lantai. Bunyi pintu locker bukak tutup. Bunyi kerusi kt ruang tamu dilaga-lagakan. Bunyi besi katil diketuk2. Bunyi member berdengkur. Maggie kari hilang tgh malam sebab ada member lapar. And macam2 lagi kejadian aneh.
Menurut senior2 yg dulu2 dorang ada cerita yg kolej lelaki blok 1 laman E tingkat 5 tu. Yang mengadap kolej perempuan blok 2 memang keras sikit. Budak laki yg tinggal kat bilik 2 orang tu mengadap kolek bilik perempuan. And bilik peremuan tu memang tak berpenghuni lama dah...
Tapi ada satu malam tu budak lelaki (senior) tu tengah otp dgn awek dia. Dia nampak ada pompuan tengah study kt meja tengah pandang dia tgh otp. And lampu bilik perempuan tu samar2 je. Laki tu pelik, selama ni bilik tu xde org. And bilik lelaki tu, bilik yg pernah aku duduk! Hmm
Selepas kejadian2 pelik tu jadi. Aku dengan hosmet aku decide utk kemas semua longgokkan sampah tin yg ada dekat ampaian tu dan kemas satu rumah bagi bersih. Dan start solat berjemaah semuanya. Dan sentiasa ada di rumah. Untuk mengelakkan daripada perkara2 pelik tu terjadi lagi.
Alhamdulillah selepas tu dah kurang gangguan2 mcmtu dekat kiteorang. Cuma bunyi2 mcm guli, bunyi pintu locker masih ada. Aura entiti tu ada sikit dirasai and mungkin lepas kiteorang semua keluar, entiti2 tu akan mencari mangsa yg lain utk dikacau, diusik, dibelai dan dimanja. Huu
Itu saja kisah seram yg dpt aku ceritakan. Sebenarnya ada je lg cerita2 seram lain yg pernah jadi kt kolej tu. Tapi, takpa la. Nanti2 kalau ada masa aku ceritakan lagi. Apa yg aku cerita ni, bukan rekaan tetapi berdasarkan pengalaman yg pernah terjadi kt diri aku sendiri. Sekian!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to BOY ISHAK
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!