Profile picture
Nizzal Syafiq @nizzalsyafiq
, 22 tweets, 3 min read Read on Twitter
Saya ada seorang sahabat berbangsa Iban yang memeluk islam sekitar tahun 2012 yang lepas.

Ini adalah kisahnya, dan pengajaran buat kita selaku orang muslim agar bersikap berterus terang dan tidak bersikap apologetik dalam menyampaikan islam.
1. Apabila ditanyakan bagaimana boleh peluk islam? Beliau menceritakan sewaktu di sekolah menengah gurunya pernah memberitahu di dalam kelas bahawa orang islam akan masuk syurga, manakala orang kafir akan masuk neraka.
2. Peristiwa itu membuatkannya tidak senang duduk, tidak puas hati mengapa aku kafir akan masuk neraka.
3. Peristiwa itu juga menjadi titik tolak untuk dia mula mengenali agama kristian dan bible dengan lebih mendalam, serta mula kerap bertanya soalan soalan kepada father atau paderi.
4. Semakin beliau mendalami agama asalnya dan kitab bible semakin banyak kekeliruan dan persoalan-persoalan yang muncul. Sehingga membawa beliau kepada satu kesimpulan bahawa agama asalnya tidak benar.
5. Beliau juga berusaha mengkaji agama islam, meneliti konsep kefahaman tentang akidah. Membaca buku-buku dan menonton video bagi menjawab segala persoalan tentang kewujudan tuhan dan kebenaran agama islam.
6. Ada pada satu ketika dalam perjalanannya mencari tuhan beliau berdoa, "Wahai Tuhan yang sebenar yang ada di atas sana. Tunjukkanlah aku agama yang benar"
7. Sehingga Allah menjawab doa dan usaha beliau mencari Tuhan dengan menemukan beliau dengan agama islam yang benar.
8. Sejak dari itu beliau mengambil keputusan untuk memeluk islam (ketika itu tingkatan 5). Walaupun statusnya pada ketika itu adalah ketua pelajar kristian di sekolah.
9. Di awal pengislaman terpaksa solat sembunyi2, takut kantoi dengan ibu dan adik. Sehingga satu hari kantoi juga dgn adiknya ketika mendirikan solat secara sembunyi. Kecewa ibunya, dipanggil father utk cuba merawat 'masalah' beliau tapi beliau tetap tsabat dgn akidah islamnya.
10. Kini beliau dalam fasa akhir menamatkan pengajiannya di universiti. Sejak fasa awal memeluk islam sudah aktif bersama tarbiah ISMA. Selepas setahun dua mula melakukan kerja tajmik, dakwah fardhiah & menjadi naqib usrah. Sehingga kini menjadi antara penggerak utama di Sarawak.
11. Semoga Allah memberikan beliau keikhlasan hati dalam melakukan amal soleh. Itulah syarat penerimaan amal.
12. Pengajaran yang saya mahu kongsikan, bagi kita, seorang muslim, apatah lagi seorang aktivis dakwah. Jangan takut dan teragak-agak untuk menyatakan kebenaran secara berterus terang.
13. Walaupun cikgu yg diceritakan di atas bukanlah seorang aktivis dakwah, tapi cikgu tersebut telah menyampaikan kebenaran secara berterus terang sepertimana metod Allah berterus terang dengan orang kafir dan orang beriman di dalam Al Quran.
14. Ramai orang terus membuat dan berada dalam kesilapan kadang-kadang bukan kerana tak cukup perhatian, bukan tak cukup kawan.
15. Tapi sebab tiada orang menegur kesilapan dan berterus terang kepadanya dalam soal itu. Begitu juga dalam hal memberitahu kebenaran islam.
16. Sikap berterus terang menyampaikan kebenaran tidak bermaksud menafikan perlunya seni untuk melunakkan hati mereka dengan islam.
17. Kita tak nafikan perlunya akhlak yang baik dan tutur bicara yang lembut, tapi ia bukan semata mata itu sepertimana yg difahami oleh segelintir aktivis dakwah yang apologetik.
18. Kita juga harus bezakan individu yang kufur dengan organisasi anti islam yang saban hari bergerak dan bekerja dalam bentuk yang tersusun untuk melemahkan usaha penegakan islam di malaysia.
19. Tugas nabi tidak hanya membawa khabar gembira tentang keimanan, tetapi turut membawa khabar penyesalan selamanya bagi orang yang kufur.
20. Tugas nabi tidak hanya menyuruh berbuat baik, tapi turut bermandi peluh mencegah kemungkaran. Sekian
21. Kisah ini saya kongsikan di lama FB saya pada minggu lepas. Klik link facebook.com/nizzal.syafiq/…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nizzal Syafiq
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!