Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 32 tweets, 7 min read Read on Twitter
"Strategi Soft Power: Meningkatkan Kuasa Dan Pengaruh Sesebuah Negara"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

#SouthKorea #KoreaSelatan #Malaysia #Budaya #MarcapadaDunia #Sejarah #Nusantara #Korea #HubunganAntarabangsa #USA #China

(Ini adalah bebenang)

Silakan retweet dan like
Beberapa hari ini saya datang 'mood' mengulas pasal industri hiburan Jepun dan Korea Selatan.

Jangan pula korang ambil kesempatan untuk hentam Melayu. Tujuan saya cuma nak memberi pencerahan tentang konsep 'soft power' sahaja.
Dalam hubungan antarabangsa, industri hiburan atau budaya popular kalau digunakan secara strategik, ia akan membantu negara memprojek kuasanya.
Kuasa dalam hubungan antarabangsa ada dua: satu ialah 'hard power' seperti kuasa ketenteraan dan kuasa ekonomi, satu lagi ialah 'soft power' seperti ideologi dan propaganda.
Selain hard power, kuasa besar juga memiliki soft power. Nak tahu kenapa USA menjadi hegemon dunia? Tengoklah minat dan permintaan dunia terhadap filem Hollywood.
China bersungguh-sungguh mendirikan Confucius Institute untuk menyebarkan budaya dan ideologinya. China sedar, tanpa soft power ia tak akan jadi hegemoni dunia.
Bagi negara berkuasa kecil dan sederhana yang kuasa ketenteraan dan ekonominya terhad (seperti kita), 'soft power' adalah satu alternatif untuk kita meningkatkan pengaruh di persada antarabangsa. Bukan untuk mendominasi orang, tapi untuk meningkatkan 'visibility' dan 'presence'.
Dalam hal ini Jepun dan Korea Selatan boleh jadi teladan kita. 20 tahun yang lalu, berapa ramai je orang kenal Korea Selatan? Dalam masa tak sampai 20 tahun, Korea Selatan dah jadi satu jenama dengan fenomena 'Korean Wave' (Gelombang Korea atau Hallyu).
Korean Wave dapat wujud kerana pada tahun 1998, kerajaan Korea Selatan menggubal dasar Munhwa Ipguk yang bercita-cita mengguna budaya Korea sebagai alat dasar luar.
Kerajaan Korea melabur berbilion-bilion dalam industri hiburan, dengan harapan dapat menghasilkan budaya popular yang bertaraf dunia.

Apa manfaat mewujudkan budaya pop bertaraf dunia?
Melalui lagu (K-Pop) dan drama (K-Drama), Korea Selatan mewujudkan minat orang asing terhadap negara mereka.
Mereka mencipta drama yang menarik bermodalkan sejarah dan warisan bangsa. Mereka korek sejarah mereka dari Gojoseon (Dangun), Goguryeo (Jumong, Gwanggaeto, Yeon Gaesomun), Silla (Queen Seondeok), Balhae (Dae Jo Yeong), Goryeo (Wang Geon, Jeon Do Jeon), (cont)
--Joseon (Sejong, Dae Jang Geum, Hwang Jin Yi, Yi Sun Shin, Shin Saimdang) sehingga ke sejarah moden (perubahan besar 1988, 1994, 1997) untuk membina watak-watak dan latar belakang drama.
Mereka guna drama untuk mempromosi lokasi pelancongan. Sesiapa yang minat drama sejarah pasti akan mengunjungi Gyeongbokgung. Bagi sesiapa yang minat drama cinta cintun pula akan melawat Pulau Jeju atau Pulau Nami.
Mereka juga guna drama dan video muzik untuk mempromosi barangan tempatan. Selain Samsung, LG, Hyundai dan Kia, 'celebrity effect' turut menjana permintaan terhadap fesyen (K-Fashion), produk kecantikan (K-Beauty) dan makanan (K-Food).
Orang berbelanja di Dal.Komm Coffee semata-mata nak ambil 'feel' drama Descendants of the Sun.

Semua ini menyumbang kepada pendapatan ekonomi yang turut memperkukuhkan 'hard power'.
Kuasa ekonomi menambah 'weightage' Korea Selatan dalam komuniti diplomasi antarabangsa. Korea Selatan dijemput menyertai kumpulan G20.
Korea Selatan diberi jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2007 (Ban Ki-moon) dan Presiden Bank Dunia pada tahun 2012 (Kim Jim-yong).
Apabila kuasa ekonomi dan diplomasi sudah kukuh, secara automatik Korea Selatan menjadi tarikan kepada orang asing untuk belajar dan bekerja. Dengan itu Korea Selatan dapat mempergunakan bakat mereka untuk menyumbang kepada kekuatan negaranya, terutamanya dalam bidang teknologi.
Selepas ada semua, barulah Korea Selatan mengolah strategi geopolitik. Korea Selatan sekarang adalah pesaing dan petanding kepada China dan Jepun, bukan lagi negara kecil yang tersepit antara mereka.

Inilah strategi 'soft power'.
Siapa yang menyumbang kepada soft power Korea ini?

Chae Rim. Jang Dong-gun. Bae Yong-joon. Lee Young-ae. Rain. Kim Tae-hee. Song Joong-ki. Song Hye-kyo. TVXQ. Big Bang. 2NE1. Girls’ Generation. PSY. EXO.
Merekalah prajurit yang berjuang sehingga Korea Selatan daripada 'nobody' jadi 'somebody'.

Itu sebabnya kita tak boleh underestimate peranan artis, pelakon dan penyanyi. Ada yang menganggap hiburan ini melalaikan, tapi ia mampu memberi manfaat jika diguna dengan cara yang betul.
Ramai yang akan bersikap sinikal. Untuk menjayakan soft power kita tak boleh ada sifat inferior. Lagu dan drama Korea 20 tahun lalu kalau tengok balik sekarang pun rasa macam kelakar juga. Tapi mereka peduli apa.
Sebagai permulaan, kita harus berbangga dengan sejarah dan warisan kita.

Kita tidak kekurangan tokoh dan kisah sejarah yang boleh dijadikan bahan drama sejarah yang boleh di-antarabangsa-kan.
Selain Hang Tuah dan Tun Perak, kita masih ada banyak lagi kisah pahlawan dan srikandi Melayu, dari Adruja Wijayamala Singa, Cik Siti Wan Kembang, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman hingga ke Mat Kilau.
Lagenda Mahsuri misalnya, ada unsur-unsur yang menarik untuk di-antarabangsa-kan dan boleh mempromosi pelancongan Langkawi sekali gus.

Baru-baru ini Hollywood mengumumkan perfileman White Rajah yang berkisar tentang James Brooke. Tidakkah kita rasa rugi?
Beberapa hari lepas Perdana Menteri mencadangkan agar Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi ASEAN. Perkara ini boleh direalisasikan kalau ramai orang tertarik untuk guna Bahasa Melayu.
Pada tahun 1997, jumlah orang asing yang mengambil ujian TOPIK (Test of Proficiency in Korean) hanya seramai 2,274. Pada tahun 2010 menjadi seramai 44,477. Melonjak 1,955%. Gara-gara kerana populariti K-Pop dan K-Drama.
Kalau lagu Aiman Tino dan Amira Othman pun berjaya seperti K-Pop, tak hairan orang asing akan tertarik dengan Bahasa Melayu. Tanpa paksaan Bahasa Melayu akan jadi bahasa antarabangsa. Itulah 'soft power': attraction rather than coercion.
Tapi apa-apa pun kita harus mengorak langkah.

Kalau kita masih ada rasa inferior, masih rasa tak perlu fikir pasal soft power, tak apa, negara jiran kita dah mula fikir dah.
Jangan hairan nanti kalau muncul Singa-Wave, Singa-Pop dan Sing-Drama yang klaim mereka sebagai pewaris budaya Melayu dan Nusantara.

Dan masa itu kita hanya mampu putih mata saja.

-Tamat-

Silakan retweet dan like

#Malaysia #Korea #KoreaSelatan #SoftPower #MarcapadaDunia
Lupa nak beri link ke artikel asal:

Rujukan nanti saya akan sertakan, hari itu Ayman ada berikan saya rujukan dia.

thepatriots.asia/strategi-soft-…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!