Profile picture
Twt Seram @TwtSeramMY
, 9 tweets, 1 min read Read on Twitter
Satu Semester Tinggal Bersama Hantu Yang Menyamar Rakan Sebilik.
Kisah seram ini dikatakan berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah.Kisah ini diceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi. Cerita ni berlaku di salah sebuah kolej perempuan, tetapi tidak pula diberitahu kolej yang mana satu.
Menurut cerita beliau, terdapat seorang pelajar yg tinggal berdua dgn teman sebiliknya. Kehidupan mereka seperti biasa sahaja seperti pelajar-pelajar yang lain tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik yg berlaku.
Segala-galanya normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia meminta tolong teman sebiliknya supaya menutup suis lampu kerana dia sukar tidur dalam keadaan yang terang.
Tetapi dengan selamba teman sebilik pelajar tersebut mengjulurkan tangannya yang memanjang macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Apabila melihatkan perkara ini, pelajar itu terkejut dan terus berlari keluar dari bilik.
Apabila diceritakan tentang hal itu kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati bahawa dia rupa-rupanya hanya tinggal seorang diri tanpa teman sebilik kerana katil dan almari di sebelahnya kosong!
Merasa pelik dengan keadaan itu, keesokan harinya pelajar itu terus membuat pertanyaan di pejabat kolej, namun staf di pejabat kolej mendapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud sama sekali.
Rupa-rupanya sudah satu semester pelajar itu tinggal dengan hantu atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya. Selepas bercerita, cikgu itu sempat berpesan, bila balik ke bilik nanti cuba kamu semua periksa kawan sebilik betul-betul sama ada dia manusia atau hantu.
Setelah diperiksa didapati peristiwa ini tidak berulang lagi kerana kebanyakan kawan sebilik adalah benar-benar manusia.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Twt Seram
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!