, 15 tweets, 6 min read Read on Twitter
Bagaimana mengesan 'hidden camera'menggunakan telefon kita dan beberapa tips lain?

Pernah menonton filem Enemy of State lakonan Will Smith?

Dalam filem tersebut, kita ditunjukkan tiada tempat mustahil untuk kamera tersembunyi merakam aktiviti kita.

Jom ikuti thread di bawah.
Kamera tersembunyi adalah salah satu cara utk merakam aktiviti manusia. Tetapi juga cara yang sering disalahguna untuk memerangkap mangsa.

Jika kita menetap di hotel, homestay bahkan rumah kita sendiri, kita boleh pastikan kewujudan kamera ini di dalam tempat tinggal kita.
1. Gunakan camera telefon.

Buka aplikasi camera di dalam telefon. Pastikan Camera telefon kita boleh mengesan cahaya infra red. Kamera selfie (kamera hadapan) biasanya boleh mengesan cahaya tersebut.
2. Periksa kebolehan mengesan cahaya infrared dengan tiga cara menggunakan TV remote controller.

i. Halakan remote TV ke arah kamera kita.
ii. Tekan mana-mana butang di remote TV kita.
iii. Periksa pantulan cahaya infrared dari remote TV di dalam kamera kita.
3. Tutup lampu dan biarkan bilik kita gelap sepenuhnya.

Jika ada sedikit cahaya dari luar tingkap, tarik langsir untuk menutupinya. Perlu pastikan bilik betul-betul gelap.
4. Sekarang, periksa keseluruhan kawasan bilik menggunakan kamera tersebut. Antara kawasan wajib diperiksa adalah:

- alat pengesan asap
- aircond
- TV
- perabot
- plug elektrik
- dinding yang berlubang etc
5. Boleh juga menggunakan aplikasi pengesan kamera tersembunyi di dalam telefon pintar.

Antara aplikasi yang dicadangkan adalah Glint Finder untuk mengesan kamera tersembunyi.
6. Selain itu, kita boleh gunakan Wifi. Caranya:

i. Buka Wifi dan periksa senarai Wifi utama yang ada. ii. Kemudian, berjalan di sekeliling bilik untuk mengesan signal kecil daripada Wifi tersembunyi yang menghubungkan kamera tersembunyi wireless dengan peranti utama.
7. Memahami anatomi kamera tersembunyi.

Semua kamera akan TETAP mempunyai lensa kamera untuk merakam video atau gambar. Namun, kamera tersebut mungkin sahaja tidak mempunyai wayar (wireless).
8. Berhati-hati jika ada cermin atau dekorasi bilik di tempat yang pelik atau menghadap pusat aktiviti harian di bilik. Contoh cermin di penjuru atas bilik menghala ke katil.
9. Periksa patung-patung yang diletak dalam posisi yang mencurigakan dan juga jam dinding.

Kadangkala, mata patung tersebut dan screw di jam dinding boleh menjadi tempat untuk kamera tersembunyi.
10. Kamera tersembunyi digunakan untuk tujuan baik maka baiklah hasilnya. Jika untuk tujuan buruk maka membawa bala bencana.

Cth, baru ini ada netizen berkongsi bagaimana kamera tersembunyi berjaya merakam aktiviti rompakan di pejabatnya. Ini antara contoh kebaikannya.
Dan dalam Islam, kita ditegah mengintip dan menyebarkan keaiban orang lain.

Satu lagi cara paling ampuh untuk kita sentiasa berhati-hati adalah mengingati kamera Allah 24 jam sedang merakam aktiviti kita tanpa henti.
Hatta dosa sebesar zarah akan tetap terakam dan dipertontonkan kepada kita di Padang Mahsyar kelak.

Jika kita sentiasa berfikir Allah sedang melihat perbuatan kita, apakah kita masih ingin berbuat dosa?
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat buat semua.

Kongsikan juga cadangan, pandangan atau tips lain dengan kami di bawah.

Terima kasih.

#MedTweetMy

DAR
drafiqrahim.com

sumber: wikihow.com/Find-Hidden-Ca…
lifewire.com/how-to-detect-…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Dr Afiq Rahim @ DAR
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!