Dari Madinah ke Mekah perjalanan dia lama naik bas.. Haritu aku rasa dah mcam dari KL ke Kelantan dah perjalanan dia..
Suasana dia lain sikit.. Cara arab mekah ni pun lain... Nak hurai mcm mana tu x reti juga aku.. Hahaha..
Nak buat umrah banyak kali pun boleh...
Nak tawaf sunat banyak kali pun boleh..
Tapi ganjaran pahala dia berbeza laa antara tawaf sunat dengan solat sunat ni..
Then kalau nak buat umrah lagi lepas kau dah settle first umrah..
Lepas dah siap tawaf, saie dan tahallul..
Kalau rasa larat nak buat lagi.. Buat laaa.. Tpi biasanya orang akan buat hari keesokannya laa..
Pantang larang apa semua sama, cuma kau kena keluar dari tanah haram tu.. Untuk g niat umrah..
Dan tempat terdekat ialah di Tanaim..
*kalau aku salah tolong betulkan
Sama ada bas ataupun teksi..
Harga untuk bas 3 riyal pergi 3 riyal balik.. Dan lokasi bas untuk naik dekat sebelah menara jam.. Dekat sebelah kedai simcard zain.. Hujung sebelah kanan kalau kau hadap menara jam tu..
Biasalaa, bila dah makin berumur ni makin mengah nak jalan jauh kan.. Hahaha..
Kalau harga teksi pulak 40 riyal untuk pergi dan balik.. Untuk 4 orang.. Kiranya 10 riyal sorang..
Tapi..
Nanti habis kau kena sembelih harga dengan dieorg.. Hahahhaa..
Tapi kena pandai nego laa untuk murah.. Dan normal price adalah 40 riyal.. Kalau nego murah2 sangat dia pun x nak amik.. Hahaha..
Nasihat aku
JANGAN!!!
JANGAN bayar terus 40 riyal tu bila sampai tanaim.. Tapi bayar bila kau dah siap solat sunat, dah siap niat dan dah sampai mekah balik..
Haa baru bayar.. Xpe sebab dia akan tunggu kau siap semua tu.
Sebab bila kau dah bayar siap bila sampai tanaim..
Kemungkinan untuk kau ditinggalkan tu mungkin ada..
X pelik pun.. Sebab dia pun manusia kan.. Tpi kalau kena mcm tu anggap jela ujian Allah.. Hehehe.. Husnuzon okay!
Bila nak tawaf, kau boleh sama ada nak tawaf dekat dataran tu dekat dengan kaabah ataupun tawaf dalam bangunan..
Yang PENTING!!!
JAGA BAHU!!
Haaaa.. Boleh tengok sini..
Harga dia kalau x silap aku masa aku tanya haritu.. Dia kata ade pakej..
Double seats = 200 riyal
Single seats = 100 riyal
Saie sahaja
Double seats = 100 riyal
Single seats = 55 riyal
Kalau x salah aku laa yg dia cakap haritu
*tapi kalau aku salah mohon perbetulkan..
Tempat dia tingkat 3 kalau x silap aku.. Sebelum aras bumbung tu..
Mohon sediakan gunting sendiri untuk tahallul tu..
Kalau x susah nanti korang nak kena pinjam..
Dan ade je budak2 yg buat service untuk guntingkan.. Tapi harga dia baik korang tanya dulu baru suruh gunting.. Sebab ade yg mahal..
Mata barai dah.. Hahaha
Bergurau pun jangan bukan2..
Kadang bila terlintas dihati sikit je, mungkin benda tu boleh terjadi..
Kau mula laa rasa risau, mana laa nak letak selipar ni..
Then jadi ragu2 nak letak dekat rak..
Sebab apa, sebab terlintas dalam fikiran "macam mana kalau hilang"
Haaaa.. Jangan terkejut kalau betul2 hilang.. Hahaha.. X mustahil..
Sebab time aku g dengan geng2 ni nak jadikan cerita masa dekat mekah tu.. Dieorg saje bersembang je sebenarnya..
A: mcm mana laa kalau nanti kita try naik kerusi roda buat tawaf..
B: kau naik aku tolong tolak..
Sekali betul2 last masa tawaf wida' tu dia kena naik kerusi roda..
Dia punya bengkak tu.. Perghh besar kemain..
So memang betul laa kalau orang pesan suruh jaga semua tu..
*sebagai ikhtibar laa yer
Kat sana memang ramai orang..
Kalau awal tahun dengan pertengahan tahun aku x pasti..
So, dekat area kaabah tu memang ramai orang.. Nak pegang kaabah dan nak masuk solat dlm hijir ismail pun susah.. So mcm mana nak buat?
Antaranya..
1. Tapak rumah siti khadijah
2. Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW
3. Tempat air zam-zam
4. Masjid jin
Keluar melalui pintu dekat marwah.. Then pusing kanan..
*kalau aku salah tolong betulkan
Ada makanan set dan boleh juga kalau korang nak beli lauk je.. Kalau lauk 10 riyal satu jenis..
Antara yang best ayam @albaik dan ayam Al-Hanim..
Kalau KFC dengan MCD tu Malaysia pun ade, cuma menu kat mekah lain sikit laa.. Xde bubur.. Ade nasi briyani kalau x silap..
Tambah pula jenis malas nak jalan g beli.. Haaa boleh laa booking dengan tukang masak Malaysia dekat sana.. Nak contact roger aku..
Kalau kau nak jimat, bawa rice cooker kecik dalam luggage.. Then bawak beras dalam 4kg/5kg masak nasi sendiri.. Tempah lauk je.. Haaa jimat InshaAllah..
Jangan cari tabung masjid pulak.. Sebab haritu aku pun x nampak tabung2 masjid.. Hahaha..
Boleh laa sedekah dekat tukang2 sapu situ.. Ataupun...
Kalau x silap ade kedai yang korang boleh bagi duit sedekah, then nanti dia guna duit tu untuk masak makanan untuk sedakah dekat orang..
*kalau aku salah tolong betulkan
Macam mana Rasulullah dulu bersembunyi di Gua Thur.. Haaa boleh laa try naik Bukit Thur tu.. Awal2 aku bgtahu naik 2jam turun 1 jam.. Kalau jenis relax2
Janazah dieorang x hantar macam dekat madinah, sebab jauh sikit..
So dieorng hantar pakai van, dan kalau nak ziarah ada masa2 dia..