, 30 tweets, 7 min read Read on Twitter
Haiwan macam lembu, kalau semua mati, spesis dia je pupus.

Tapi haiwan macam ketam, kalau semua mati, ratusan lagi hidupan lain pupus.

Ni cerita betul. Dulu US bunuh semua gray wolf sebab nak jaga populasi bison dan rusa. Sekali ekosistem dia jadi hampir musnah.

#untaianammar
Selalunya hidupan macam ni kita panggil spesis teras. Keystone species. Jumlah hidupan sebegini selalunya kecil, tapi kalau pupus memang kiamat kawasan tu. Sebabnya ialah fungsi dia dalam ekosistem tak boleh diganti binatang lain.
Kita ambil contoh gray wolf tadi. Waktu kes tu terjadi, orang tempatan tengok gray wolf ni sebagai haiwan perosak. Depa buru bison yang dah nak pupus dan buru haiwan ternakan. Lagi-lagi kawasan tu dah diwartakan jadi Taman Negara US. Jadi, orang situ bunuhlah semua gray wolf.
Mula mula tu ok la. Bison rusa semua tu jadi makin banyak
.
.
.
…dan itulah masalahnya. Banyak sangat. Rumput dan tumbuh-tumbuhan tak sempat nak tumbuh sebab asyik kena makan.
Bila jadi macam tu, sumber makanan primer jadi kurang. Rusa apa bagai tu populasinya terancam balik sebab ramai mati berebut makanan yang terhad. Benda ni pun bagi kesan kat binatang lain macam burung dan serangga.
Sebab banyak pokok takde, serangga takde tempat nak makan, berlindung dan membiak. Burung pun sama. Takde buah dan serangga untuk dimakan. Jadi, baik burung ni blah je dari taman tu.
Bila jadi macam tu, pokok pun takde ejen untuk sebarkan debunga dan biji benih. Makin sedikit la jumlah mereka. Bila pokok kurang, tebing sungai terhakis. Semua tanah sedimen kaya nutrient terhakis.
Bila pokok banyak takde ni, beaver pun mampus la sebab takde kayu nak buat rumah waktu MUSIM SEJUK. Bila beaver terganggu, aliran sungai dan populasi ikan pun terganggu. Habis rosak ekosistem. Betul betul kiamat jadinya.
Jadi orang situ pening kenapa jadi macam tu dan mereka perasan yang kawal populasi herbivor ni gray wolf. Memang kita ada pemangsa lain yang boleh ganti tugas gray wolf, tapi gray wolf lagi efisien berbanding coyote.
Jadi pada tahun 1990, kerajaan US mula masukkan gray wolf dari kawasan lain ke Yellowstone ni. Terus semua masalah dulu-dulu elok balik. Rusa berkurang, tapi pokok banyak hidup balik. Burung-burung eksotik pun datang singgah balik taman tu. Semua ni sebab gray wolf ada balik.
Benda ni disebut dalam dapatan Robert Paine waktu dia kaji spesis tapak sulaiman P. ochraceus. Bila tapak sulaiman ni takde, banyak spesis macam siput dan hidupan cengkerang lain mampus. Persamaan antara gray wolf dengan P. ochraceus ni ialah mereka pemangsa utama. Top predator.
Selalunya spesis teras ni pemangsa utama sebab dia tukang kawal populasi, tapi ada yang bukan macam ketam dan gajah. Mereka ni dikira sebagai jurutera ekosistem. Pun sama penting. Mungkin lagi penting.
Jurutera ekosistem ni la yang selalu ubah dan stabilkan habitat. Bila mereka ni tiada, ekosistem hancur. Sebab tu banyak jurutera ni dianggap sebagai spesis teras. Yang banyak tinggalkan struktur semula jadi pun depa ni gak. Kira arkitek jugak la.
Selalunya jurutera ni dibahagi kepada dua yakni allogenik dan autogenik. Allogenik ubah ekosistem dengan tukarkan benda sekeliling dia jadi lain. Contoh macam ketam gali lubang. Atau beaver buat empangan sungai.
Autogenik pulak ubah ekosistem dengan perubahan badan mereka. Macam pokok dan batu karang laut. Bila mereka ni membesar, binatang ada tempat tinggal dan makanan.
Contoh aku nak cerita betapa pentingnya gajah sebagai jurutera, benda sebodoh bodoh bekas tapak kaki dan tempat dia berak dia pun sebenarnya penting dalam ekosistem.
Bekas tapak kaki dia selalunya akan jadi lopak air dan katak suka bertelur dekat kawasan ni sebab selamat daripada pemangsa. Juga, tahukah anda gajah ni ejen penyebar buah durian? Taik dia ni akan jadi baja dekat biji durian.
Tahi ni pun boleh jadi sarang untuk sesetengah serangga macam kes gajah afrika. Kumbang taik dan katak suka buat sarang guna taik gajah. Bila kumbang ni ada, haiwan macam honey badger ada sumber makanan yang stabil.
Kalau sesiapa yang pernah jaga kuda atau binatang zoo, aku rasa ramai perasan binatang ni suka jilat bongkah garam. Mereka pun macam kita juga nak nutrient semua tu. Untuk alam semula jadi, yang kuat cari garam ni gajah je.
Dia akan gunakan gading dia untuk korek tanah bergaram dan makan pasir tanah tu. Kadang-kadang lubang tu akan jadi lopak air. Bila lubang ni ada, binatang lain kat hutan akan ambil kesempatan untuk jilat lubang/lopak ni. Kawasan salthole. Aku tak ingat terma Melayu dia.
Sebab tu kalau kat hutan kawasan lubang gajah ni memang akan jadi spot pasang perangkap. Tak pun nak snipe binatang ni. Tapi, geng-geng pemburu atau orang asli takkan tunggu lama sampai maghrib kat spot tu. Pak belang akan datang jilat garam masa waktu tu la.
Tapi, kalau banyak sangat jurutera dan spesis teras ni pun bahaya jugak. Bila jadi macam ni, dia jadi spesis invasif. Tahukah anda, sampai sekarang ikan haruan dan toman kena banned dekat US? Bawak daging ikan ni ke sana pun boleh kena denda.
Ikan-ikan ni spesis teras dekat Asia tapi masih terkawal. Disebabkan geografi sungai Asia, selalunya ikan ikan situ tahan lasak. Jadi bila kita bawak spesis teras top predator sungai Asia hidup dekat sungai US yang banyak ikan tak lasak, tak ke mampus deme ni semua?
Haa memang habis rosak ekosistem dekat situ. Ikan toman/haruan ni punya lasak, cuaca sejuk dan kurang oksigen pun tak kasi kesan dekat mereka. Ada kes dari pemancing US dia tangkap toman dan simpan dalam peti ais. Ikan tu hidup lagi walau dah tiga hari dalam tu.
Kalau nak banding ikan lain, ikan toman/haruan ni jaga anak dia. Jadi, kadar survival mereka ni tinggi. Memang payah nak berkurang. Sebab tu waktu orang US dapat tahu ada populasi ikan tu, satu negara naik cuak sebab ikan lokal habis kena makan toman.
Dia dalam biodiversiti ni, satu benda aku belajar la kan memang semua benda ni memang dicipta seimbang dan saling menyokong. Tapi, ada yang spesis yang lagi penting dari biasa dan untuk benda ni ramai terlepas pandang.
Kita semua ni terlalu fokus pada keseimbangan, tapi tak fokus pada kemampanan. Sustainibility. Eksosistem yang bagus bukan semua sama banyak, tapi semua ikut kuantiti kepentingan ekosistem. Macam ayat al-Quran ni.
Mungkin sebab tu kot aku tak beberapa berkenan dengan idea Thanos nak hapuskan separuh populasi semua hidupan tu akan buat jadi lagi teruk. Sepatutnya hapuskan ikut peratus dan kepentingan hidupan dalam ekosistem.
Rujukan:
P/S: ah yes aku ada buat curiouscat kalau ada sesiapa nak tanya soalan, dari benda bodo sampai ilmiah 😂. Aku suka kalau kita ada interaksi aktif pasal benda-benda macam ni...dan juga cari idea menulis.

curiouscat.me/ammardathinker
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!