Profile picture
, 91 tweets, 12 min read Read on Twitter
Sleep Paralysis / Ditindih.

Aku terjaga dari tidur, badan aku tak boleh bergerak, aku lihat di hujung katil ada seorang nenek tua sedang tersenyum.

Adaptasi dari kisah benar.

Rt guys, jangan biarkan korang sorang je yang rasa seram dengan cerita ni.

ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni, sebelum tu korang boleh layan thread cerita aku yang lain dulu kat sini
Tak nak beli takpe,tolong Rt ..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
Di Pejabat Asrama,

"Saya nak pindah bilik baru?"

"Tapi apa alasan kamu?" Tanya Halim pada Zaari

"Sejak saya duduk bilik tu, saya selalu kena ganggu."

"Kena ganggu?"

Zaari mula bercerita,
Dalam hidup Zaari, dia tidak pernah diganggu makhluk halus.

Oleh itu, dia tidak percaya tentang kewujudan gangguan makhluk halus dan menganggap orang yang diganggu itu hanya bermain dengan perasaan mereka sendiri.
Dia selalu mendengar cerita tentang kawan-kawannya yang ditindih semasa sedang tidur, dia rasa itu bukanlah dari perbuatan makhluk halus, tapi itu ialah kerana kesan dari masalah tidur.

Kajian barat mengatakan itu ialah Sleep Paralysis.
Sleep Paralysis ialah apabila manusia sedar dari mimpi tapi tidak boleh bergerak atau berkata-kata.

Semasa itu, halusinasi mungkin akan tercipta dan akan menyebabkan ketakutan.
Zaari dan rakan sebiliknya iaitu Madi baru sahaja berpindah ke bilik yang baru, bilik 4-25.

"Aku rasa macam ada yang tak kena la dalam bilik ni." kata Madi.

"Ish kau ni, tu perasaan kau je, dari dulu lagi kau macamni." kata Zaari dengan tegas.
Mereka mengemas bilik tersebut,

Semasa mengemas, Zaari terjumpa duit syiling lama di bawah katil.

Dia meletakkan duit syiling lama itu di dalam laci mejanya, lalu sambung mengemas.
Waktu malam pun tiba, katil Zaari terletak di tepi tingkap,

Dia baring sambil membaca komik kegemarannya,

tapi dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena dari tingkap bilik tersebut.
Semasa dia sedang membaca komik, dia dapat rasakan seperti ada lembaga yang sedang melihatnya dari luar tingkap,

tapi apabila dia cuba melihat ke luar tingkap, tiada kelibat lembaga di luar tingkap.
Madi bersuara dan apa yang diperkatakannya membuatkan Zaari terkejut,
"Zaari, boleh tutup tingkap tak?"

"Kenapa nak kena tutup tingkap?" Tanya Zaari mula gelabah

"Aku sejuklah, tutuplah tingkap."

Jawapan Madi membuatkan dia rasa lega.
Apabila dia sudah berdiri di hadapan tingkap,

dia terbau serbuk kopi,
bulu romanya mula naik,
dia mula teringat kisah seram tentang asrama yang mereka sedang huni.
Menurut cerita, apabila terbau serbuk kopi pada waktu malam, akan ada gangguan yang akan tiba.

Zaari mula rasa seram. Lalu dengan pantas, dia menutup tingkap bilik tersebut.
Dia baring diatas katil sambil melihat kipas di atas siling yang sedang berpusing,

Akhirnya, Zaari tertidur.

Tepat jam 3 pagi, dia terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi sesuatu.
Bunyi sesuatu sedang mencakar dinding biliknya,
Zaari mula berasa seram,

dia cuba menggerakkan badannya tapi tidak boleh dan dia cuba bersuara tapi tidak mampu.

Badannya seperti dihempap sesuatu.
Dia mula rasa sukar untuk bernafas,

Dia cuba melihat sekelilingnya untuk mendapatkan bantuan,

tapi,

dia ternampak ada satu lembaga berambut panjang memakai baju putih sedang duduk diatas almari biliknya.
Lembaga tu awalnya memandang ke tempat lain, tapi dia mula perasan yang Zaari sedang melihatnya.

Dengan wajah yang sangat hodoh, dia memandang wajah Zaari dengan senyuman yang menyeramkan.

Dengan perlahan, lembaga itu merangkak turun ingin menghampiri Zaari.
Zaari semakin ketakutan cuba untuk melarikan diri tapi tidak mampu.

Lembaga itu sudah ada diatasnya, lembaga itu memandang wajahnya lalu mengeluarkan lidahnya yang panjang,

Zaari ingin menjerit tapi tidak mampu.
Badannya mula lemah, dia pengsan tidak sedarkan diri.

Pada waktu pagi, Madi mengejutkan Zaari dari tidur,

Zaari bangun dengan badannya penuh peluh,

"Kau kenapa ni? tidur ke kena kejar hantu."

dalam keadaan sedang bernafas dengan laju
"Takdepapela, aku mimpi buruk je tadi."
Madi ketawa "Hahaha, lain kali tidur cuci kaki, dah la aku nak pergi mandi, jom siap pergi kelas."

Selepas Madi pergi ke bilik air, Zaari melihat sekelilingnya
"Tu mimpi ke bukan?" Tanya dirinya di dalam hati.
Dia mengambil tuala ingin mandi, tapi langkahnya terhenti,

riak wajahnya berubah, dia lihat ada banyak rambut di bawah tepi almarinya,

rambut yang sangat panjang,

Zaari mula rasa tak sedap hati.
Semasa di dalam kelas, dia duduk di sebelah Madi.
"Kau ada bau kopi tak malam tadi?" soal Zaari.

Madi terkejut mendengar soalan Zaari.

"Bau kopi, bukan ke kalau orang cakap kalau ada bau kopi maksudnya orang tu akan diganggu, kau ada bau ke?" Tanya madi

Zaari terdiam.
"hmm takde la, aku tanya je" Kerana ego, Zaari cuba menafikan.

Ini satu perkara yang sangat mengejutkan dalam hidup Zaari kerana dia tidak pernah diganggu makhluk halus sebelum ni.
Malam pun tiba, semasa sedang baring di atas katil, dia teringat apa yang terjadi padanya semalam, dia bangun dari atas katil dan ingin menutup tingkap.
Semasa dihadapan tingkap, dia tidak ada bau serbuk kopi, dia mula rasa gembira.

dia menutup tingkap, lalu baring diatas katil semula.
Apabila sudah baring diatas katil, bau serbuk kopi mula muncul, bulu romanya mula naik,

dia mula rasa tidak selesa untuk tidur, dia berasa sangat seram untuk bernafas kerana akan terbau bau serbuk kopi.

Tapi kerana penat, akhirnya dia tertidur.
Pukul 3 pagi, dia terjaga lagi dari tidur seperti semalam,

seperti biasa, badannya masih tidak boleh bergerak, kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, dia cuba lihat sekeliling,

kelihatan ada seorang nenek tua di hujung katilnya.
Nenek tua tu tersenyum, apabila dia lihat Zaahir sedang melihatnya,

Nenek Tua tu mengangkat tangannya, terserlah kukunya yang sangat panjang, tajam dan buruk.

Zaahir cuba memanggil Madi.
Nenek tua tu mula berjalan perlahan-lahan menghampiri Zaari,

Zaari memandang ke katil Madi untuk mendapatkan bantuan, dia terkejut yang Madi sedang melihatnya sambil tersenyum.
Zaari dapat rasakan seperti ada suara sedang berbisik kepadanya,

"Bunuh dia, bunuh dia, bunuh dia, dia sedang melihat kau yang dalam kesakitan"

Zaari mula rasa tidak selesa dengan suara bisikan di telinganya itu.
Zaari mula boleh menggerakkan tangan kirinya,

perlahan-lahan dia angkat tangannya kat atas.

tiba-tiba muncul tangan yang sangat hodoh memegang tangannya.
Zaari tidak sedarkan diri kerana badannya terlalu lemah,

apabila dia sedar, waktu sudah pagi, dia melihat sekelilingnya seperti orang yang sedang keliru,

dia masih keliru dengan apa yang dilaluinya.
Selepas sahaja mandi untuk pergi ke kelas, dia teringat duit syiling yang dia jumpa di bawah katil masa awal masuk bilik tu dulu, dia cuba lihat di dalam laci mejanya, tapi dah hilang.

"Aku rasa aku letak dalam laci ni?" Tanya Zaari pada dirinya.
Semasa di dalam kelas,

Zaari bertanya pada kawannya yang lain tentang gangguan selepas bau kopi,

ada seorang kawan kelasnya, Sudin. Dia mengaku yang pernah diganggu selepas bau kopi, dia mahu berbual dengan Zaari secara peribadi.
"Kenapa kau tanya yang lain tentang gangguan selepas bau kopi tu, kau kena ganggu ke?" Tanya Sudin

"Kalau aku bagitahu kau, tolong jangan bagitahu orang lain, ye aku diganggu"

"Bilik 4-25 kan?"

Zaari terkejut, riak wajahnya berubah
"Mana kau tahu bilik aku?"
"Sebab sem lepas, aku yang duduk dalam bilik tu" kata Sudin dalam nada kesal.

"Cerita kat aku, apa yang terjadi?" Soal Zaari ingin tahu.

Sudin mula bercerita,
Beberapa bulan yang lepas,

Sudin dan rakan sebiliknya main satu permainan iaitu spirit of the coin, mereka menyeru roh masuk ke dalam bilik tu,

tapi mereka telah melanggar pantang larang semasa bermain permainan itu sehingga roh itu terperangkap di dalam bilik tersebut.
Sejak tu, Sudin selalu diganggu oleh Roh tersebut, setiap kali dia terbau serbuk kopi, dia akan ditindih.

Akhirnya Sudin sudah tidak tahan, dia memohon untuk menukar bilik dari pihak Asrama.
Menurut cerita Roh tu ialah roh jahat yang mati akibat dari terminum racun dan racun tu diletakkan didalam kopi yang dia bancuh sendiri, sejak tu dia berdendam ingin mencari siapa yang meletakkan racun di dalam kopinya.

Tamat cerita Sudin.
"Sebablah aku ada jumpa duit syiling lama kat bawah katil" Kata Zaari

"Kau jumpa duit syiling tu, wah baguslah, kau kena bakar duit tu, baru benda tu takkan ganggu kau lagi" Kata Sudin

"Mana kau tahu, kenapa kau tak buat semua tu dulu?"
"Ada orang yang arif tentang perkara ghaib bagitahu aku, tapi aku tak jumpa duit syiling tu" kata Sudin.

"Hmm sebenarnya aku ada jumpa, tapi aku periksa pagi tadi dah takda" Kata Zaari mula kesal.
"Kau kena usaha cari duit syiling tu, baru kau boleh hidup aman dalam bilik tu" Kata Sudin.
Apabila sampai di bilik, Zaari mencari duit syiling tu tapi tidak jumpa,

semasa Madi sampai di bilik,
"Madi, kau ada jumpa duit syiling lama tak?"

"Duit syiling apa pulak ni?"

"hmm takde papela"
Malam tu, Zaari dah tutup tingkap awal-awal,

dia sudah bersiap untuk tidur awal kerana takut akan terhidu bau kopi,

dia pejamkan matanya untuk tidur.
Jam 3 pagi dia terjaga dari tidur, kali ni dia tidak ditindih, dia melihat Madi sedang tidur dengan nyenyak di katil sebelah,

tiba-tiba dia mula terkejut sebab ada orang tidur di sebelah Madi,

"Dia ada ajak kawan dia tido sekali kot" kata Zaari di dalam hati.
Semasa dia sedang memandang ke arah Madi, dia terdengar bunyi sesuatu yang aneh dibawah katil Madi , matanya melihat ke bawah katil Madi.
Zaari terkejut di bawah katil, ada lembaga sedang senyum dengan senyuman yang amat menyeramkan.
Badan Zaari mula tidak boleh bergerak, lembaga tu keluar dari bawah katil, tangannya panjang kurus, kakinya panjang kurus, rambutnya berwarna putih kusut masai, mukanya hodoh penuh luka dengan lidah terjelir panjang mula merangkak kearah Zaari.
Tiba-tiba ada suara di telinga Zaari.

"Bunuh kawan kau, dia lah punca, bunuh lah kawan kau"

Badan Zaari tidak boleh bergerak, dia mula rasa ingin menangis kerana terlalu takut, lalu dia pengsan tidak sedarkan diri.
Apabila sudah pagi, dia bangun lihat Madi sedang tidur diatas katil seorang diri,

dia terkejut sebab semalam dia rasa dia nampak yang Madi tidur berdua diatas katil,

dia kejutkan Madi, lalu bersiap untuk pergi ke kelas.
Semasa di dalam kelas,
"Madi, aku nak tanya sesuatu ni?"

"Eh tanya lah?"

"Malam tadi, kau ajak kawan kau tidur sama ke atas katil kau"

Riak wajah Madi berubah,
"Semalam ke?"

"Aah semalam la"
"Sebenarnya semalam aku tidur kat bilik Alan, dah pagi baru aku balik bilik, serius lah kau nampak aku tidur kat dalam bilik semalam?"

Zaari terkejut mendengar apa yang diperkatakan Madi.
Zaari berjumpa dengan pensyarahnya iaitu Encik Anuar, lalu bercerita tentang apa yang dialaminya.

"Zaari, Sleep Paralysis ni bukan benda mistik, ianya ada kena mengena dengan psikologi je"
Jelas Encik Anuar.
"Ye saya pernah baca pasal tu, tapi bila saya alami sendiri, saya dapat rasakan yang semua ni ada kena mengena dengan alam ghaib" Zaari cuba meyakinkan Encik Anuar.
"Malam ni, kalau kamu kena lagi, baca lah ayat kursi, mungkin dengan membaca ayat itu akan membuatkan kamu kembali tenang semula" Nasihat Encik Anuar pada Zaari.
Malam tu sebelum tidur, Zaari sudah siap sedia dengan audio lagu ayat Al-Quran yang dimasukkan di dalam radio mininya.

Apabila gangguan tu datang, dia akan berusaha untuk menekan butang main, supaya ayat itu dapat dimainkan.
Tepat pukul 3 pagi, dia terjaga dari tidur, dia tidur melintang, dia dapat rasakan di belakangnya seperti ada sesuatu.

Dia pun pusing ke belakang, lihat ada pocong tidur satu katil dengan dia, wajah pocong tu tepat berhadapan dengan wajahnya,

badannya tidak boleh bergerak.
Wajah pocong tu penuh dengan luka, dia melihat Zaari yang dalam keadaan ketakutan,

dia mula ketawa, Zaari rasa semakin seram.
Dalam masa yang sama, dia sedang berusaha untuk menekan butang main di radio mininya.
Suara berbisik muncul

"Kau bunuh dia, dia yang rancang semua ni"

Zaari cuba mengabaikan suara berbisik itu.
Akhirnya butang main dapat ditekan, audio ayat Al-Quran dimainkan,

pocong itu hilang, Zaari dapat bergerak semula,

dia bangun dan ingin mencari duit syiling lama tu dengan segera.
Dia mencari di semua tempatnya tapi masih tidak jumpa,

dia mula tergerak hati ingin mencari duit syiling lama tu di tempat Madi,

dia pergi ke meja Madi lalu membuka lacinya.
Dia terkejut, dia tak sangka duit syiling lama tu ada dalam laci Madi,

dia kejutkan Madi sambil tunjuk duit syiling lama tu

"Madi apa semua ni?"

Madi tersenyum
"oh kau dah jumpa duit syiling tu"
Zaari terkejut melihat senyuman Madi

"Madi, apa semua ni? aku tak paham" Tanya Zaari yang sedang keliru.

"Aku dah lama tak puas hati dengan kau" Kata Madi dengan muka serius.

"Apa kau cakap ni, apa yang aku dah buat?"
"Dulu aku selalu kena tindih, kau gelakkan aku, kau cakap aku tipu, kau cakap semua ni psikologi je, bila aku terdengar cerita Sudin tentang bilik ni, aku mula rancang untuk pindah ke bilik ni sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa, sekarang aku yang gelakkan kau, hahahaha"
Tamat cerita Zaari pada Halim iaitu Pengurus Asrama.
"Jadi kamu nak pindah bilik sebab selalu kena tindih atau sebab kamu tak nak duduk dengan Madi?" Tanya Halim.

"Dua-dua sekali"

Halim cuba mencari data bilik 4-25.
Apabila Halim jumpa data, dia terkejut sebab bilik 4-25 ialah bilik kosong,

Dia lihat Zaari dah tiada di hadapannnya,

"Eh mana budak ni pergi?"

Tiba-tiba rakan kerjanya muncul iaitu Jikan.
"Oi Jikan, kau ada nampak budak keluar dari pejabat asrama ni tadi tak?" Tanya Halim

"Eh mana ada, kenapa pula?"

Riak muka Halim mula berubah
"Tadi ada budak datang jumpa aku, dia nak tukar bilik, tiba-tiba je dah hilang"
"Siapa nama budak tu?"

"Zaari"

Jikan terkejut
"Zaari bilik 4-25 ke?"

"Aah kenapa?" Tanya Halim keliru.
Halim sebenarnya baru bekerja sebagai pengurus asrama selama sebulan,

dia tidak tahu cerita lagenda yang sangat popular berkaitan dengan bilik 4-25,

5 tahun lepas, selepas Madi memberitahu dia yang merancang semuanya,
Madi mengambil duit syiling lama yang ada di tangan Zaari, lalu mencampaknya ke luar tingkap bilik, Zaari menjadi marah,

Zaari terdengar suara bisikan menyuruhnya untuk membunuh Madi, tanpa dia sedar, dia mula menyerang Madi sehingga mati.
Selepas Madi mati, baru dia rasa bersalah dan sedar yang dia telah membunuh Madi, lalu dia telah membuat surat bunuh diri tentang apa yang berlaku,

lalu membunuh diri di dalam bilik 4-25.

Mayat Zaari dan Madi dijumpai pada esok hari.
Menurut Ibu Zaari, dia dilahirkan kembar siam, kepala Zaari bergabung dengan kepala kembarnya.

Pembedahan telah dijalankan untuk memisahkan mereka, tapi kembar Zaari tidak dapat diselamatkan selepas pembedahan tersebut.
Sejak tu, Zaari sentiasa mendengar suara aneh berbisik di telinganya menyuruh melakukan perbuatan jahat,

oleh itu keluarganya menghantarnya berubat dengan seorang bomoh, akhirnya dia sembuh.
Selepas rawatan, Zaari hilang ingatan,

Tapi suara itu akan datang semula sekiranya hijabnya terbuka ataupun apabila dia mengalami gangguan makhluk halus.

Tamat
❗️❗️AMARAN❗️❗️

Hanya yang pernah membaca semua thread aku dalam Horror Universe sahaja boleh membaca trivia ini.

Trivia 👇👇👇👇 Trivia
Setelah 5 tahun, hari terakhir orientasi bagi pelajar baru,

ada seorang pemuda berdiri dihadapan Halim.

"Ye boleh saya bantu?"

"Saya nak daftar masuk asrama"
"Eh daftar masuk asrama 5 hari lepas, ni dah hari terakhir orientasi da, kenapa lambat daftar?" Tanya Halim.

"Saya ada hal"
Pemuda itu menyerahkan satu surat pada Halim.

"Oh Mak kamu meninggal dunia ke, maafkan saya, boleh saya tahu nama penuh?" Tanya Halim

"Syed Ajudin Bin Syed adiudin"

"Okey nah kunci bilik"

Kunci bilik, bilik 3-29.
Pemuda itu masuk ke dalam bilik 3-29

kelihatan di bawah katil ada seseorang.

"Ali, keluar dari bawah katil, aku nak berbincang" Kata jimmy

Ali keluar dari katil.
Jimmy dan Ali diburu polis, jenayah terkini yang mereka lakukan ialah jenayah yang melibatkan polis antarabangsa, mereka terpaksa menyamar sebagai pelajar di sebuah universiti untuk meneruskan aktiviti jenayah mereka secara rahsia.
Jimmy menggodam data universiti untuk memasukkan nama penyamarannya ke dalam sistem universiti.
"Ali, banyak-banyak bilik dalam asrama ni, mana bilik yang kau rasa ada kuasa jin yang sangat kuat?" Tanya Jimmy.

"Mari ikut aku"

Jimmy ikut ali sampai ke sebuah bilik dintingkat 4 iaitu bilik 4-25.

Jimmy masuk ke dalam bilik tu menggunakan kad.
Kerana Ali mengalami masalah mental disebabkan oleh Duen.

Jimmy membuat perjanjian dengan Duen supaya Ali kembali normal, tapi dengan satu syarat, jimmy harus mencari jin yang kuat untuk dijadikan ahli kumpulan berselubung putih.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik tersebut,

"Tapi ada orang duduk dalam bilik ni" kata Ali.

mereka harus mengadakan upacara yang agak lama untuk menangkap jin tersebut dan menjadikannya ahli kumpulan berselubung putih.
Oleh itu, bilik itu perlu dikosongkan.
"Ali, kau letak barang kau atas katil kosong ni, kau baring bawah katil, bila dia masuk, kau kacau dia, kau pura-pura duduk dalam bilik ni, kacau dia sampai dia trauma nak duduk dalam bilik ni, jadi kita boleh lakukan upacara tu" kata Jimmy memberi idea.
Dari situ bermula la Budak psiko Part 1

Tamat Trivia.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!