, 36 tweets, 5 min read Read on Twitter
Stress, musuh atau kawan ?

(Ini adalah thread yang akan mengubah sudut pandang anda terhadap stress)

#BebenangIzzatAkmal
Kepercayaan dan apa yang difikirkan boleh mempengaruhi fisiologi tubuh badan kita. Hampir berabad lamanya, kita percaya bahawa stress merupakan ancaman kepada kehidupan seharian. Sehingga kita cuba untuk menyingkirkannya kerana menganggap stress sebagai satu kecelakaan.
Dalam satu kajian yang mengkaji seramai 28,753 di US sepanjang 8 tahun, dengan bertanyakan soalan seperti “Berapa kerap anda mengalami stress pada tahun lepas?” dan turut ditanya tentang kepercayaan bahawa stress membawa ancaman kepada kesihatan.
National Death Index telah digunakan untuk melihat hubungan di antara stress dengan kematian. Berita buruknya, hampir 43% berhadapan dengan risiko kematian pramatang.
Tetapi perkara tersebut hanya berlaku kepada individu yang menganggap stress sebagai ancaman kepada kesihatan Manakala, individu yang tidak menganggap stress sebagai ancaman mempunyai risiko kematian pramatang yang rendah (Keller et al.,2012)
Kajian Keller dan rakan-rakannya ini membawa kepada satu penemuan yang menarik. Tentang bagaimana sudut pandang kita terhadap stress yang menganggap ia sebagai perkara yang merbahaya. Lantas menyebabkan apa yang difikir itu menjadi nyata.
Jadi bagaimana keadaannya, jika kita memandang stress sebagai satu bentuk ransangan badan untuk bersedia berhadapan dengan cabaran ?
Ketika berhadapan dengan situasi stress, tindak balas tubuh badan kita mungkin akan menyebabkan jantung berdegup lebih kencang sehingga menyebabkan kita mula berpeluh dan bernafas dengan lebih laju.
Dan kebiasaannya, kita mentafsir tindak balas fizikal ini sebagai anxiety @ tanda kita tidak mampu mengawal situasi tersebut dengan baik.
Tetapi bagaiman jika kita melihat situasi tersebut dari sudut pandang berbeza, bahawa tindak balas tersebut adalah satu tindak balas tubuh badan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih mencabar.
Boleh jadi ketika jantung kita berdegup kencang sehingga pernafasan kita menjadi laju sebenarnya bukanlah satu masalah tetapi satu bantuan untuk mendapatkan oxygen yang lebih kepada otak.
Sebenarnya perkara ini telah dibuktikan oleh Jamieson, Nock & Mendes, 2012 dlm kajiannya yg membahagikan responden kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama adalah mereka yg telah diberitahu untuk mengubah sudut pandang terhadap tindak balas stress sbg bentuk bantuan kpd tubuh badan.
Manakala, kumpulan kedua adalah mereka yang tidak diberitahu dan diajar apa-apa. Dapatan kajian ini menunjukkan, mereka yang diajar dan diberitahu tindak balas stress...
sebagai satu bentuk bantuan kepada tubuh badan mempunyai salur darah yang lebih nipis daripada mereka yang memikirkan stress sebagai satu bentuk ancaman.
Kedua-dua kajian ini membuktikan bahawa setiap sudut pandang kita terhadap sesuatu situasi akan membezakan tindak balas tubuh badan kita.
Sebab itu, kita diajar untuk sentiasa berfikir secara positif dan melihat sesuatu dalam sudut pandang yang berbeza kerana apa yang kita fikirkan itu yang akan memberi kesan kepada tubuh badan kita.
Selain itu, stress bukan sahaja membantu untuk kita berhadapan dengan cabaran tetapi stress juga menyebabkan kita bergaul dan bersosial dengan orang lain.
Untuk memahami perkara ini, kita perlu memahami tentang salah satu hormone bahagia iaitu oxytocin yang juga dikenali sebagai cuddle @ love hormone kerana ia akan dikeluarkan ketika kita mempunyai sentuhan dengan orang lain seperti pelukan.
Tetapi, sebenarnya oxytocin bukanlah itu sahaja. Oxytocin merupakan neuro hormone yang menuntut untuk kita mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan orang terdekat seperti kawan baik dan keluarga.
Malah, oxytocin juga meningkatkan sifat empati dan menyebabkan kita lebih terbuka untuk membantu dan menyokong orang yang kita sayang.
Menurut Kelly McGonigal seorang Health Psychologist, mengatakan oxytocin adalah stress hormone yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada stress respon. Lantas menyebabkan kita untuk mencari bantuan dan sokongan.
Tindak balas fizikal ini menuntut untuk kita mencari bantuan @ bercerita kepada sesiapa tentang apa yang kita rasa daripada terus dipendam.
Perkara paling menarik adalah, tindak balas ini sebenarnya menjadikan tubuh badan kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas fizikal yang mengancam kesihatan tubuh badan. Lalu, menjadikan kita recover daripada stress dengan lebih pantas.
Ketika kita bercerita kepada orang lain dan ketika kita mendengar luahan orang lain, oxytocin akan dikeluarkan dengan lebih banyak.
Ada satu lagi kajian yang aku nak kongsikan iaitu kajian Poulin dan rakan-rakan pada tahun 2013 yang membuat kajian terhadap hampir 1,000 orang di US dalam kalangan mereka yang berusia di antara 34 hingga 93 tahun.
Kajian ini bertanyakan tentang “berapa banyak tekanan anda hadapi tahun lalu ?” dan juga soalan “berapa kerap waktu anda luangkan untuk bantu rakan-rakan, jiran dan orang lain ?”.
Hasil kajian mendapati individu yang berhadapan dengan situasi stress seperti berhadapan dengan masalah kewangan @ krisis kekeluargaan meningkatkan risiko kematian sebanyak 30%.
Tetapi, untuk mereka yang menghabiskan waktu untuk membantu orang lain menunjukkan tiada sebarang peningkatan terhadap respon stress yang membawa kepada kematian. Caring created resilience.
Maka, ini membuktikan bahawa stress tidak memberi kesan kepada kematian tetapi bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita bertindak terhadap stress yang memberikan respon tubuh badan yang membawa kepada kematian.
Mungkin kita tidak boleh menangani masalah tersebut, tetapi kita masih mampu mengawal persepsi dan sudut pandang kita seperti ungkapan Wayne Dyer You, “cannot always control what goes on outside. But you can always control what goes on inside”.
Rujukan

1. Keller, A., Litzelman, K., Wisk, L. E., Maddox, T., Cheng, E. R., Creswell, P. D., & Witt, W. P. (2012). DDoes the perception that stress affects health matter? The association with health and mortality., Vol 31(5), Sep 2012, 677-684.
2. Jamieson, J.P., Nock, M.K., & Mendes, W.B. 2012.Mind over matter: Reappraising arousal improves cardiovascular and cognitive responses to stress. Journal of Experimental Psychology: General 141 (3):417-422.
3. Poulin, M. J., & Holman, E. A. (2013) Helping hands, healthy body? Oxytocin receptor gene and prosocial behavior interact to buffer the association between stress and physical health. Hormones and Behavior, 63, 510-517.
4. Poulin, M. J., Brown, S. L., Dillard, A., & Smith, D. M. (2013). Stress does not predict increased mortality among those who give to others. American Journal of Public Health, 103, 1649-1655.
Terima kasih kepada yg sudi baca bebenang ini sehingga habis. Jemput share dan RT, inshaAllah kalau ramai suka aku cuba buat bebenang lagi next time.
Kalau nak tengok content berbentuk nasihat @ motivasi korg boleh follow @ideaideabesar dan subscribes channel youtube kitorg. Aku ada buat banyak content motivasi tentang pelbagai isu.

youtube.com/channel/UCNHvc…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Izzat Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!