Dengan kepincangan ekonomi sekarang, dan munculnya kritikan2 terhadap kapitalis, kita boleh memanfaatkan pemikirannya.
Bagi penulis, modalnya ialah kekreatifannya.
Bagi ahli bisnes, modalnya ialah harta, syarikat, barangan, dan sebagainya.
Modal ini juga boleh merujuk kepada tanah, bahan mentah, fasiliti, kilang, dan alatan2nya.
Bayangkan kita kerja untuk syarikat A, bisnes jual baju. Setiap sejam kita dapat buat satu baju, dan kita akan dibayar RM20.
Tapi setiap sejam, syarikat ini mengaut keuntungan sebanyak RM200 kerana satu baju berharga RM200.
Untung syarikat A, bukan?