, 83 tweets, 6 min read Read on Twitter
Falsafah Politik Sosialis
Ditulis oleh -Ayman-
#BedahFilsuf
(Ini adalah thread)
Silakan retweet dan like
Selain konservatisme dan liberalisme, anda harus tahu juga mengenai sosialisme.

Apa itu sosialis? Orang yang kuat bersosial kah?
Sosialisme adalah istilah payung yang merangkumi ideologi seperti komunisme, Marxisme,sosialisme demokratik, demokrasi sosial dan anarkisme.
Atau orang panggil ideologi Kiri (‘Left’), kerana apa dipanggil 'left'?
Kerana semasa Revolusi Perancis (1789-1799) orang-orang yang mempunyai kecenderungan sosialisme duduk di sebelah kiri Dewan Perundangan.
Sosialis-sosialis terawal seperti Henry Saint-Simon, Robert Owen dan Charles Fourier mengkritik kapitalisme. Sebab apa mereka kritik?
Mereka mengkritik kapitalisme sebagai penyebab masalah kemiskinan dan penindasan buruh.
Mereka mencadangkan agar sumber pengeluaran (‘means of production’) ‘disosialkan’ (dimilik masyarakat)--
-- untuk memastikan kekayaan dapat diagihkan secara samarata. Idea sosialisme sebenarnya dah wujud dalam kebanyakan agama.
Sebelum saya teruskan sesiapa yang mahu baca dalam bentuk teks, tekan link ini. Kalau nak baca thread, teruskan saja
thepatriots.asia/archives/4905
Jadi, Saint-Simon, Owen dan Fourier yang masih berhujah berdasarkan moral dan etika susah nak melawan--
*melawan ideologi liberalisme dan kapitalisme baru yang semakin popular.
Pada pertengahan abad ke-19, sosialisme mendapat wajah baru dengan munculnya pemikir yang bernama Karl Marx (1818-1883).
Marx membangunkan teori sosialisme yang lebih sistematik.
Rakannya Friedrich Engels mengelar Marxisme (idea-idea Marx) sebagai ‘Scientific Socialism’
Manakala sosialis yang terawal (Saint-Simon, Owen dan Fourier) digelar sebagai ‘Utopian Socialist’ (sosialis yang berangan).
Marx adalah seorang pemikir materialis.
Dia tak nak bicara pasal benda-benda metafizikal seperti moral dan etika. Marx mahu berhujah berdasarkan keadaan material manusia.
Marx berbuat demikian dengan membangunkan konsep ‘alienation’ (keterasingan).
Marx melihat kerja (‘work’ atau ‘labor’) sebagai sifat asas (‘spesies-essence’) manusia.
Maksudnya, manusia dilahirkan untuk bekerja dan manusia mencari kepuasan dengan bekerja.
Apabila manusia lapar,dia boleh memetik buah/memburu binatang,dan tindakan (kerja) tersebut akan memberi hasil kerja yang boleh dinikmatinya
Common sense, kan?

Tapi kapitalisme seolah-olah melawan common sense ini.
Di bawah sistem kapitalisme, pekerja bekerja untuk majikannya (kapitalis) tetapi tidak menikmati hasil kerjanya.
Hasil kerjanya dipasarkan sebagai komoditi (barangan) untuk dijual. Dan pekerja dibayar upah yang lebih rendah dari harga komoditi.
Pekerja tak mampu membeli balik hasil kerjanya. Maka dengan itu, pekerja telah ‘diasingkan’ dari hasil kerjanya. Ini namanya keterasingan.
Pada masa yang sama, orang yang tak berkerja (kapitalis) mengaut untung melalui perbezaan harga jualan komoditi dan--
--*dan harga belian tenaga pekerja (upah yang dibayar).
Perbezaan ini dinamakan sebagai ‘surplus value’. Kapitalis telah merampas hasil kerja pekerja.
Jadi, Marx melihat hubungan antara kapitalis (bourgeoisie) dan pekerja (proletariat) sebagai hubungan yang bersifat eksploitasi.
Untuk mengekalkan hubungan eksploitasi ini, kapitalis besar (haute bourgeoisie) mengawal kerajaan, agar undang2 memihak kepada kapitalis.
Kapitalis juga mencipta ideologi untuk memperdayakan pekerja, misalnya:
Kita harus bersyukur kerana masih ada kerja, kita harus bersabar dengan ujian kefakiran dan sebagainya.
Pada masa yang sama kapitalis juga mengawal pekerja melalui ‘petite bourgeoisie’.
Mereka golongan pekerja ‘white collar’ atau ‘middle manager’ yang makan gaji. Mereka acah orang kaya, lepak Starbucks dan beli beg Gucci.
Mereka mengalami ilusi (atau ‘false consciousness’) bahawa mereka boleh jadi se-kaya haute bourgeoisie.
Maka mereka pun mati-mati pertahankan sistem kapitalisme. Namun hakikatnya mereka hanyalah balaci.
Bagi Marx,sistem kapitalisme akan berakhir apabila pekerja proletariat telah mempunyai ‘class consciousness’ untuk membebaskan diri mereka.
Marx menyeru para pekerja melakukan revolusi untuk menggulingkan kapitalis dalam Manifesto Komunis tahun 1848:
‘Workers of the world unite, you have nothing to lose but your chain!’
Marx memberitahu pekerja mereka berada di pihak yang benar dalam sejarah.
Sejarah menurut Marx adalah hasil ‘class struggle’ antara penindas dan yang tertindas.
Sejarah manusia telah melalui fasa perhambaan, feudalisme dan kapitalisme. Dan setiap peralihan fasa dibawa melalui revolusi.
Selepas revolusi menggulingkan kapitalisme, sejarah manusia akan memasuki fasa sosialisme
Di mana pekerja akan berkuasa mutlak (‘dictatorship of the proletariat’).
Mereka akan mensosialkan ‘means of production’ demi mencipta masyarakat yang sama rata yakni peringkat terakhir dalam sejarah manusia iaitu:
Communism

Itu sebabnya pendukung Marxisme juga dikenali sebagai ‘communist’.
Anda rasa bersemangat sekarang? Mahu tamatkan eksploitasi? Rasa nak gulingkan bos anda sekarang juga?

Rileks. Minum air dulu.
Falsafah sosialisme ala Marx ini ada dua kekurangan. Pertama, revolusi itu mudah, tapi mentadbir itu susah.
‘Dictatoship of the proletariat’ bunyinya cantik, tapi kalau kita meneliti sejarah 100 tahun yang lepas...
Kita akan lihat perjuangan sosialis selalunya menghasilkan kerajaan diktator yang cukup opresif. Contohnya:
Rusia (Soviet Union) di bawah Stalin, China di bawah Mao Zedong, Korea Utara, Kemboja di bawah Khmer Rouge dan banyak lagi.
Harga kepada kesamarataan ekonomi ialah kehilangan kebebasan peribadi.
Tapi sosialis akan kata di bawah kapitalisme pun tak ada kebebasan juga, kapitalis dan media pun mengawal hidup manusia. Nanti kita cerita
Semasa Marx masih hidup pun ramai yang tak bersetuju dengan idea dictatorship Marx, termasuk Michael Bakunin pengasas gerakan anarkisme.
Marx respon dengan mengusir Bakunin daripada pertubuhan First International (pertubuhan sosialis sedunia). Diktator sungguh.
Kedua, sosialisme ala Marx tidak mengambil kira soal kehendak bebas (‘free will’) manusia.
Marx membuat kesimpulan kapitalisme pasti hancur kerana sejarah adalah proses yang tak dapat dihalang (‘inevitable’).
Sejarah mengandungi hukum pergerakan seperti hukum fizik.
Pemikir seperti Karl Popper dan Hannah Arendt mengkritik pemikiran Marx ini sebagai ‘historicism’.
Historicism menafikan keupayaan manusia untuk mengubah sejarah dan memaksa semua orang untuk berpatuh (‘conform’) kepada sejarah.
Sesiapa yang menghalang kemaraan sosialisme adalah ‘reactionary’ yang melawan revolusi.
Orang macam ini akan dihukum sebagai pengkhianat kelas di bawah pemerintahan sosialis.
Huraian Marx mengenai pergerakan sejarah sebenarnya tidaklah saintifik pun, sekadar ‘inversion’ kepada dialektik Hegel.
Saya tahu anda dah mula pening dengan istilah ‘dialektik’. Tak apa, itu kita cerita kemudian.
Yang penting, tak semua sosialis anggap revolusi itu cara terbaik.
Mereka lebih cenderung kepada ‘reformasi’ secara perlahan, dan mereka ini telah mengasaskan ideologi demokrasi sosial, Fabianism,--
--Welfarism (negara kebajikan) dan sebagainya.
Mereka perjuangkan hak pekerja, hari pelepasan pekerja (Hari Pekerja) dan kebajikan pekerja melalui undang-undang, bukan melalui keganasan.
Apa-apa pun, kebanyakan sosialis ini baik hati.
Mereka benci eksploitasi yang wujud dalam sistem ekonomi kapitalis dan berprihatin dengan nasib pekerja.
Dan mereka berjasa kepada banyak kebajikan dan manfaat pekerjaan yang kita nikmati hari ini.
Yang menjadi masalah ialah golongan ‘pseudo-socialist’ atau acah-acah sosialis.
Sembang nak lawan kapitalis tapi jual buku jual t-shirt mengaut untung.

Slogan sosialis dan Marx di-komoditi-kan bagi nampak ‘cool’.
Atau sembang nak lawan kapitalis tapi suka lepak café hipster mahal-mahal nak bagi nampak intelektual.
Mengeksploitasi pekerja café satu hal, menjadi konsumer kapitalisme pun satu hal. Hipokrit dan ironik.
Orang macam ini kalau di Perancis dipanggil ‘Gauche Caviar’. Di UK dipanggil ‘Champagne Socialist’.
Mereka hanya membudayakan ‘radical chic’ (nak nampak radikal, nampak hebat, nampak keras),
Tapi hakikatnya tetap bermanfaat dari sistem kapitalisme.

-Thread Tamat-

Silakan retweet dan like

Sumber/Bacaan lanjut di bawah.
Ayman juga pernah menulis tentang 'Falsafah Politik Liberal'
'Falsafah Politik Konservatif'

Sekiranya anda nak baca dalam bentuk teks, boleh tekan link yang saya beri di atas atau guna laman web ini:

tttthreads.com
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!