Memandangkan ada yang cakap BM pukimak sebab takde terjemahan buku-buku macam Communist Manifesto, whatever, whatever, (sebenarnya, dah berlambak terjemahan), aku sekali lagi akan share rumusan buku paling penting dalam dunia - A New Earth oleh Eckhart Tolle.
A New Earth (ANE) ialah buku self-help new age philosophy. New Age basically ambik semua agama punya teachings and pilih whatever works. Aku takleh rekomen New Age yang lain sebab aku rasa Tolle punya pandangan paling best.
ANE daripada Bab 2 cakap pasal ego dan diri kita. Ego ialah satu kesedaran diri yang digambarkan berpenyakit. Ego ialah kesedaran (atau ketidaksedaran) yang sentiasa ingin menjadi BESAR atau LEBIH. Semasa evolusi dan perkembangan manusia, ego berguna, sama seperti lizard brain
Tetapi untuk manusia berevolusi melepasi kekangan fizikal dan material, ego perlu ditangani. Semua perasaan kita yang negatif - marah, takut, sedih, sunyi, dengki, dsb - berasal daripada sifat ego itu sendiri.
Bila kita takut, apa yanmg kita takutkan? Bila kita marah, apa yang kita marahkan sebenarnya? Biasanya ialah ketakutan ego itu apabila ada risiko dia akan berasa kecil. Takut dipandang kecil. Marah sebab realiti tidak mengikut fantasi ego secara spesifik tentang imej dirinya.
Takut kalau rugi. Tetapi, rugi apa? Duit? Duit diambil orang? Kalau duit diambil orang, apa akan jadi? Kita akan kurang duit. Tetapi ego biasanya fikir kalau duit diambil, maka nilai dirinya akan menyusut.
'Nilai diri' yang dikhayalkan oleh ego hanyalah satu khayalan. Sama macam khayalan nilai duit, tetapi itu untuk perbincangan masa lain. Dalam pemikiran ego kita, hanya ada dua keadaan - kurang atau lebih. Kegilaan ini mendorong manusia membuat banyak benda. Ada yang baik.
Tetapi biasanya jahat, bodoh dan kejam.
Tolle meneroka semua ini dalam ANE. Sebagai seorang yang memiliki sifat marah seperti letusan seribu matahari, aku dapati analoginya tentang dua ekor itik di tasik sebagai sesuatu yang bijak.
Tolle menceritakan bahawa itik mempunyai ego yang kurang daripada manusia. Apabila dua ekor itik yang sedang terapung aman bertembung di tasik, mereka mungkin akan bergaduh. Kemudian, mereka terapung pergi. Salah satu ekor mungkin akan mengepak-ngepak sayapnya untuk
Melepaskan kegeraman, kemudian kembali terapung dengan aman atas tasik yang tidak bergerak. Kalau manusia? Selepas bergaduh, akan balik rumah dan berkata, "Celaka mamat/minah tu tadi. Patut aku cakap itu atau ini." 10 tahun kemudian, emosi ini masih wujud.
Ternyata, itik tidak mencipta enjin keretapi atau komputer, dan kemungkinan ego mendorong manusia untuk menjadi lebih daripada itik atau harimau dengan mencipta pelbagai benda. Tetapi, sama dengan keinginan untuk makanan makanan berlemak demi terus hidup, masanya untuk kita
Melepaskan belenggu kegilaan itu.
Benda-benda teori memang tak menarik minat ego. Ego akan tanya, "Apa kelebihannya? Cemana aku nak pakai?". Bagi aku, kelebihannya ialah menangani masalah aku secara peribadi. Contoh biasa aku pakai ialah bagaimana aku menggunakan ANE untuk sembuh daripada insomnia.
Selama beberapa tahun, aku mengalami insomnia. Bapak aku sakit, jadi aku gunakan semua duit aku (yang sikit) untuk membayar sebahagian rawatan awalnya. Aku berhutang kad kredit, PTPTN dan LHDN, demi menampung gaya hidup yang tidak lestari.
Jadi aku memutuskan untuk mengambil semua kerja yang aku boleh ambil. Pada setiap masa, aku ada 3-4 kerja. Dalam masa 5 tahun, aku berjaya membayar semua hutang aku. Harganya ialah aku tak tidur malam sampai sakit jantung beberapa tahun kemudian.
Setiap malam, aku baring sambil otak aku ligat menganalisa apa yang terjadi, siapa cakap apa, apa maknanya, dan apa yang aku akan lakukan esok, minggu depan, bulan depan dan apakah semua kemungkinan yang ada, dan bagaimana hendak menangani setiap satu.
Aku akhirnya dapat tidur selepas aku berjaya menangani minda yang terlalu serabut. Caranya, mengikut ANE, ialah bukan dengan menyuruh otak untuk diam, tetapi mengiktiraf bahawa minda aku terlalu sibuk. Sebaik saja aku mengiktiraf itu, aku dapati ada 'ruang'
antara kesibukan minda dan kesedaran yang memerhati. Kemudian, dengan pernafasan mudah, aku boleh tidur lena pada mana-mana waktu.
'Kesedaran yang memerhati' ini, mengikut Tolle, ialah diri kita yang sebenar. Yang merasa diri kecil atau besar itu ialah ego. Yang memerhati kemahuan untuk menjadi besar ini ialah diri kita yang sebenar.
Tolle menceritakan konsep tindakan berkesan dengan kisah Hakuin, seorang sami Shinto.

Hakuin ialah sami terkenal dan kuilnya mendapat banyak derma. Satu hari, anak perempuan jirannya mengandung, dan apabila ditanya, gadis itu berkata Hakuin yang bertanggungjawab.
Ibu bapa gadis itu pergi ke Hakuin dan berkata, "Fuck you! Ini kau punya pasal!" Hakuin membalas, "Is that so? (Laa, ye ke?)" Kemudian, setelah bayi itu lahir, mereka berkata, "Hakuin! Ko jaga anak ko ni!" Hakuin berkata, "Laa, yeke?" dan mengambil bayi itu.
Setelah beberapa tahun, budak itu dah besar. Kuil Hakuin dah tak terurus sebab dah takde derma lepas semua orang cakap dia sami penipu.

Kemudian, gadis itu mengaku yang bapak sebenar ialah budak kampung lain, jadi ibu bapa dia pergi ke Hakuin dan cakap,
"Sori, bro, kitorang ambik baliklah budak ni sebab ko bukan bapak dia."

Hakuin menjawab, "Laa, yeke?" dan mengembalikan budak itu.
Hakuin dalam cerita ini menunjukkan 'tindakan berkesan'. Dia hanya bertindak kepada apa yang diperlukan daripadanya pada detik dan ketika itu sahaja. Dia tidak pedulikan masa lampau atau masa depan.
Yang membawa kepada salah satu ajaran utama Tolle - hubungan kita dengan sekarang. Semua masa berlaku hanya pada ketika ini. Masa lampau dan masa depan tidak wujud kecuali sebagai detik dan ketika ini.
Oleh itu, kerja hari esok tidak wujud, dan kejadian kena lempang masa berumur 4 tahun juga tidak wujud. Yang wujud hanyalah masa dan ketika ini. Sekarang.
Sebagai seorang yang ada masalah anxiety, pandangan ini amat berguna. Jika masa depan tidak wujud, dan aku hanya perlu menghadapi kehidupan satu detik demi satu detik, maka tindakan yang diperlukan daripada aku amatlah ringkas dan mudah.
Aku dapati buku ANE memuaskan semua persoalan aku tentang kemanusiaan. Tentunya, buku ini tidak mengajar bagaimana hendak memasak atau membuat duit, tetapi sebagai seorang yang mencari ketenangan dan ketenteraman abadi, ANE ialah alat yang amat berguna.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Amir Amadeus Hafizi

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!