(mukanya merah, tersipu-sipu malu)
“Saya rasa puan dah kurang faham konsep merancang keluarga ni, byk lagi kaedah merancang keluarga lain yang lebih efektif dan terbukti keberkesannya.”
Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
✔pil mini;
✔suntikan;
✔implan;
✔alat intrauterine (IUD)
Kondom
Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak.
Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.
Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP).
Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
↪Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu
↪Norethisterone - yang berkesan selama 8 minggu
Jika anda aktif menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan dirembeskan ke dalam susu ibu.
Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga 6 minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak.
Kaedah suntikan semakin popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah untuk didapati.
Kaedah implan kekal selama 3 tahun. jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai utk anda. Utk kaedah implan, Nexplanon yg berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz 4 cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan
Alat dalam Rahim (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan.
*Jangan Terlalu LEWAT*
*Jangan Terlalu RAPAT*
Setiap Anak…..
Yang dianugerahkan oleh Allah adalah anak yang diingini dan ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapanya
Setiap Anak….
Berhak menikmati kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia
Adalah anak yang dikehendaki dan disayangi
Setiap Kehamilan…
Adalah kehamilan yang dirancang, bukannya kehamilan secara ‘accident’
Buang jauh-jauh istilah TERmengandung !