, 18 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
“Hello Assalamualaikum Dr Izzat, oncall ke arini? Saya Dr Zek dari Zon Merah Jabatan Kecemasan nak mintak opinion pasal sorang pesakit ni. 19 tahun, Melayu bla bla bla bla bla..”
“Doktor, tekanan darah pesakit makin lama makin rendah. Nadi makin lama makin laju. Pucat dah adik tu doktor. Mula-mula dia boleh bercakap dengan saya. Lama-lama nampaknya makin penat dan semakin letih, skang dia merapu-merapu dah. Kedua-dua belah mata hampir nak tertutup.”
“Saya dah ‘run’ 2 pint Hartmann, tekanan darah tak boleh mantain lama, sekejap je ok pastu turun balik. Saya dah inform tabung darah untuk standby darah tuk pesakit ni.”
“Saya sendiri kurang pasti kenapa jadi macam ni doktor mula-mula. asalnya pesakit datang sebab sakit perut teramat sangat, menurut pesakit, period dia tak datang 3 bulan dah, saya nak tanya lebih lanjut tiba-tiba tekanan darah jatuh menjunam. Cuak saya tadi. Fuh.
Keluar peluh jantan! Nak-nak pula bila dia dah merapu, lagi la saya tk senang duduk. Saya sempat lah buat pregnancy test kat dia dengan air kencing pesakit yang sikit ni. POSITIF doktor! Lagilah melompat saya. Selepas pemeriksaan, saya dapati ada parut kat perut beliau,
rasanya parut lama caesarean dulu nih. Makin lama makin kembung perutnya. Saya rasa ada intraabdominal bleeding ( pendarahan dalam ruang abdomen ) yang banyak. Saya sempat gak buat scan tadi, tak nampak ape pun kecuali darah beku yg berketul-ketul.
Nampak gayanya macam kehamilan luar rahim dah pecah.”

“Boleh doktor datang tengok pesakit ni ke?”

“Okay 👌 saya on the way. Cepat dapatkan darah yang sesuai tuk pesakit, mula transfuse. Aktifkan red alert 🚨 ( sistem kecemasan ).
Bagitahu dewan bedah dan doktor bius skali untuk kosongkan dewan bedah. Saya nak pesakit ni nanti masuk dulu.”

“Suami dia ada ke? Mintak dia jangan pi memana saya nak jumpa.”

“Errr.. dia datang seorang ni doktor naik grab rasanya”
Sesampai nye di Zon Merah Jabatan Kecemasan....

“Rina, saya Dr Izzat, oncall malam ni. Awak kena bagitahu saya benda-benda yang betul sahaja, jangan tipu-tipu. Kalau awak tipu penilaian saya salah, dan saya bagi rawatan yg salah kat awak.
Saya bukan nak hukum awak atau memandang hina kepada awak, tapi saya nak bantu awak ni Rina.”

“Dengar tak ni Rina?”

Rina masa tu muka pasrah... Maybe dia boleh temberang Dr Zek, tapi bukan saya.
Selidik punya selidik, Rina sebenarnya mengandung anak luar nikah, ni kehamilannya yg kedua dengan pasangan yang lain. Kehamilan pertamanya berakhir dengan pembedahan caeserean. Kehamilan terkini baru diketahui baru saja check.
Rina buntu dan gusar dengan perubahan dirinya dan cepat-cepat contact penjual pil gugur kehamilan - dengan harapan dapat gugurkan kehamilan ini. Senang abes cite.
Ceritanya tak semudah tu. Penjual pil gugur kehamilan berjaya meyakinkan Rina, lantas Rina tanpa berfikir panjang membeli pil gugur kehamilan dari facebook.
Ayat penjual pil gugur kehamilan berbunyi seperti ini : “jangan risau dik, sis dah cuba dah... dijamin 200% keluar punya, jangan risau takda komplikasi. Boleh mengandung lagi nanti”
Rina lega dengan penjelasan sis penjual pil gugur kehamilan dan percaya inilah jalan terbaik untuknya. Dia tak diberitahu pil gugur kehamilan TAKBOLEH digunakan pada rahim yang pernah ada pembedahan caesarean atas sebab tingginya risiko Rahim Pecah.
Dia juga tak dimaklumkan risiko pendarahan melampau di rumah. Dan yang paling penting, Rina tak dimaklumkan pil gugur kehamilan HARAM digunakan utk kehamilan luar rahim ( ectopic pregnancy )
Nah.... Rina menggunakan pil ini dan dalam masa yang sama ada kehamilan luar rahim. Dalam kes Rina, kehamilan luar rahim nya pecah dan menyebabkan beliau hilang banyak darah dalam ruang abdomen, yang hampir meragut nyawa beliau.
Ni ke yang dikatakan sis penjual pil gugur kehamilan sebagai SELAMAT & TIADA KOMPLIKASI ??

JANGAN MENGARUT!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Dr. Izzat

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!