, 22 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Pagi tu, dia sorang-sorang pergi kedai runcit dekat dengan kawasan rumah. Nak beli mee sedap dengan telur katanya. Mak kemudian tunggu anak dia balik rumah. Tapi tak sampai -sampai. Padahal kedai tu dekat je. Ke mana anak dia menghilang?...

Nantikan thread petang ni..
Orang terakhir yang melihat budak itu ialah seorang jirannya. Budak itu dilihat menaiki tangga flat kediamannya membawa beg plastik berwarna merah jambu. Tidak ada orang lain yang kelihatan pada masa itu.
Disebabkan berasa curiga atas kehilangan mangsa, nenek mangsa telah membuat satu laporan polis. Seminggu selepas laporan polis dibuat, satu mayat telah dijumpai oleh datuk mangsa bersama penduduk kawasan flat tersebut di dalam sebuah rumah terbengkalai.
Ketika mayat dijumpai, identitnya tidak dapat dipastikan sebab sudah rentung. Mayat dibakar dan diletakkan dalam satu lubang di kawasan rumah teebengkalai itu.
Pakar forensik odontologist kemudian membuat pemeriksaan ke atas mayat dan menganggarkan umur purata mayat adalah 4.67 tahun. Umur tersebut konsisten dengan umur budak yang hilang itu.
Ahli kimia kemudian membandingkan spesimen tulang dan darah ibu mangsa dan hasilnya mendapati 99.9% mangsa adalah anaknya berdasarkan data penduduk Melayu di Malaysia.
Apa yang sebenarnya terjadi pada mangsa? Siapa yang bertanggungjawab membunuh mangsa?
Pakar perubatan forensik kemudian jalankan post mortem dengan mengambil swab dari anus dan vagina mangsa. Hasilnya, DNA suspek berjaya ditemui.
Pada hari kejadian, suspek yang tinggal di flat berhampiran dengan rumah mangsa dilihat turun ke bawah flatnya untuk membuka suis air yang disambung secara haram. Rakan serumahnya menyatakan suspek datang dari arah kebun kelapa sawit dalam keadaan tergesa-gesa.
Ketika itulah, suspek disyaki terlibat dengan insiden pembunuhan mangsa. Suspek kemudian ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan membunuh mangsa.
Pegawai forensik daripada Makmal Forensik PDRM Cheras mengambil sampel tanah di kawasan rumah terbengkalai tersebut. Sampel tanah itu dibandingkan dengan sampel tanah pada motosikal suspek. Hasilnya, ada persamaan 'soil density gradient' dan warna.
Bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah mengesahkan punca kematian mangsa ialah 'smothering and neck compression'. Terdapat juga kesan lebam pada rahanf dan hidung mangsa. Mangsa mati sebelum dibakar.
Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan kesemua elemen pembunuhan berjaya dibuktikan dan tiada sebarang keraguan suspek yang membunuh mangsa. Suspek disabitkan bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Peguam bela kemudian membuat rayuan kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Antara hujahan yang dikemukakan peguam bela adalah hakim terkhilaf kerana tidak mengambil kira faktor 'alibi' suspek ketika hari kejadian.
Ujian ke atas sampel tanah juga dikatakan tidak perlu dijadikan bukti konklusif untuk membuktikan suspek terlibat. Saksi yang memberitahu keberadaan suspek semasa hari kejadian iaitu rakan serumah suspek sepatutnya tidak perlu diambil kira kerana saksi itu megambil dadah dan
pada mulanya adalah antara yang disyaki terlibat dalam kes ini. Jadi, keterangan saksi tersebut perlu ditolak.
Panel hakim Mahkamah Rayuan menolak kesemua hujahan peguam bela suspek. Disebabkan tiada saksi mata ('eye witness') yang melihat bagaimana mangsa mati dibunuh, bukti-bukti keadaan semasa kejadian berlaku perlu diambil kira.
'The onus is on prosecution where the evidence is of a circumstantial nature is a very heavy one and that evidence must point irresistibly to the conclusion of the guilt of the accused' (kes Mahkamah Persekutuan Chang Kim Siong v PP).
Semasa mayat mangsa dijumpai, ada cebisan kain pelikat milik suspek diiikat pada leher mangsa. Rakan serumah suspek dapat mengecam kain pelikat itu milik suspek. Suspek dikatakan hanya memiliki sehelai kain pelikat untuk mandi dan tidur.
Hakim Mahkamah Rayuan YAA Tengku Maimun Tuan Mat, Balia Yusof dan Mohtarudin bin Baki pada Disember 2014 telah memutuskan suspek bersalah atas tuduhan membunuh mangsa dan dihukum gantung sampai mati.
Semasa hakim Mahkamah Tinggi membaca keputusan kes, hakim ada mengatakan mangsa diumpan suspek dengan gula-gula strawberry. Mangsa kemudian dikatakan mengikut suspek hingga ke kawasan rumah terbengkalai itu. Walaupun bukti ini tidak disahkan oleh suspek, ianya tidak menjejaskan
keseluruhan dapatan mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap suspek. Ini bermaksud tiada sebarang keraguan bahawa suspek 100% terlibat dan berniat membunuh mangsa.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!