, 45 tweets, 6 min read
My Authors
Read all threads
THREAD
UYGHUR : Muslim, Berhentilah Jadi Boneka Media.

seminggu dua ni banyak cerita pasal uyghur dan kesedaran pasal nasib saudara kita berkenaan uyghur. alhamdulillah. bagus. cuma ada ralat dalam beberapa isu yang perlu orang Islam faham.
ada beberapa sahabat yang tersalah faham isu ini adalah isu sentimen agama. yang rakyat uyghur dilayan sebegitu rupa adalah sebab mereka islam dan muslim. ada juga yang masih belum faham dan keliru apa sebenarnya berlaku di sana.
sebelum kita cerita berkenaan uyghur, kita mesti faham uyghur di bawah takluk negara China. satu negara yang sedang pesat membangun dari setiap genap industri dunia yang ada sekarang. dari ekonomi, ketenteraan hinggalah hubungan diplomatik dunia.
China dijangka bakal menggantikan Amerika sebagai kuasa besar dunia paling berpengaruh dalam beberapa tahun lagi. Dasar negara China pula, mereka mengamalkan dasar sosialis (pra komunism). Bukan komunis seperti apa yang dicanang oleh kebanyakan orang.
sama seperti negara negara sosialis yang lain seperti cuba, korea utara, myanmar dan lain lain.

sosialis adalah satu dasar di mana setiap pentadbiran dalam negara dipusatkan dan diputuskan oleh satu badan sahaja. (centralized)
setiap negara pengamal sosialis menggunakan pendekatan berbeza dalam mengamalkan dasar sosialis mereka. ada yang terlalu keras dan terlalu sosialis seperti korea utara. hinggakan rakyat mereka tak dibenarkan untuk berhubung dengan apa apa hubungan dari luar.
sampaikan setiap benda dari sebesar besar benda hingga sekecil benda semua mereka centralized dalam membuat keputusan. nak tanam apa, nak kerja apa, apa pendidikan yang perlu dibuat, berapa banyak kedai yang boleh dibuka semua atas kerajaan.
itu di Korea Utara. berbeza pula di China. China dilihat lebih terbuka dalam mengamalkan dasar sosialis mereka kerana bagi mereka, keterbukaan akan menghasilkan penguasaan seterusnya mampu menyebarkan dakyah sosialis ini lebih baik dalam segenap aspek.
that's why kita boleh nampak China sangat terbuka terutama dalam bidang industri pengeluaran dan perniagaan. sebab itu kita ada Jack Ma, billionaire dunia. rakyat mereka juga bebas untuk keluar masuk negara berhubung meluaskan bisnes.
kembali cerita Uyghur, adalah satu salah faham jika ada yang mendakwa mereka diperlakukan sebegitu kerana mereka muslim.
sebelum aku teruskan cerita, jangan salah faham yang thread ini dibuat bukanlah untuk backup dan setuju dengan apa yang kerajaan china buat pada etnik uyghur sekarang. tidak!
cuma aku rasa perlu untuk orang Islam betul betul faham isu ini supaya tidak mudah menjadi alat dan boneka oleh pihak pihak tertentu yang mempunyai kepentingan lain.
first seperti yang kita tahu, etnik uyghur ini asalnya dari Turkistan Timur dan tidak ada kena mengena pun dengan etnik cina. Muka pun tiada iras iras.
disebabkan persempadanan dan sejarah lampau, ughyur di letak di bawah persempadanan China which is dalam wilayan Xinjiang.

oleh kerana majoriti penduduk ughyur dalam wilayah tersebut dan mereka majoritinya muslim, mereka mahu menuntut kemerdekaan. taknak duduk ubder China.
jadi sudah lama gerakan yang mahu bebas dari government China ni. sehinggalah sampai berlaku rusuhan pada tahun 2009 di Uramqi di mana beberapa penduduk terbunuh.
disebabkan makin lama makin kuat gerakan mahu memberontak dan keluar bebas dari cengkaman negara china inilah, kerajaan china buat apa yang kita dengar cerita pasal hari ini.
dengan dakwaan mereka mahu jatuhkan kerajaan china, yang mana mereka mendakwa ada beberapa cubaan dari etnik uighur yang cuba meminta bantuan ketenteraan/senjata dari luar dan sebagainya. (which is possible since mereka mahu sangat keluar dari China)
oleh kerana kerajaan China rasa benda benda ini boleh mengancam ketenteraman dan kestabilan negara mereka (ekonomi, politik dll), mereka lancarkan solusi dengan misi mahu menanam dasar sosialis di kalangan etnik ughyur ni khasnya. iaitu dengan apa yang kita boleh lihat harini lah
kita lihat mereka kena kuarintin. tiada siapa boleh keluar tiada siapa boleh masuk. perempuan muslim kena kahwin dengan rakyat cina supaya tiada lagi sentimen cina dan bukan cina. quran dibakar dan rakyatnya tidak dibenarkan untuk bercakap selain dari bahasa cina.
semua usaha itu untuk menanam ideologi sosialis. satu bahasa satu bangsa. tiada lagi uyghur dan bukan uyghur yang ada satu bangsa satu nama di bawah China. even ia sangat sangat menyalahi sempadan agama kita apatah lagi hak asasi manusia.
semua usaha itu adalah untuk melahirkan pemikiran baru yang patuh dan taat kepada negara. tiada lagi sentimen lain melainkan sayang negara dan patuh merentasi etnik/kaum dan agama.
langkah yang kerajaan China buat ni bukanlah baru lagi. mereka mula sejak tahun 2014 lagi. tiba tiba tahun ni baru panas menjadi isu sampai media barat cover lebih lebih. perasan tak?
langkah yang sama juga kerajaan China buat untuk bakal bakal rakyat mereka di Hongkong di mana majoriti rakyat Hongkong tidak mahu tampuk pentadbiran mereka jatuh ke China seperti mana perjanjian lama selepas British tinggal dahulu.
Jadi adalah sangatlah salah faham jika kita katakan, kerajaan China buat semua itu kerana mereka muslim. tidak. ada beberapa bukti yang aku boleh datangkan sebenarnya kerajaan China terbuka untuk rakyatnya mengamalkan apa apa jenis anutan.
1. di seluruh China ada lebih kurang 39,000 masjid bahkan ada yang lebih ratusan tahun pun ada.

2. orang islam di China bebas mengamalkan anutan mereka dan mereka juga bebas untuk keluar dan masuk, solat dan sebagainya.
berapa ramai sahabat sahabat daripada China yang islam bebas untuk menyambung pelajaran mereka di seluruh negara especially institusi islam di negara islam. di madinah even di Malaysia muslim cina bebas untuk belajar di universiti ISLAM.
3. Orang Islam bebas untuk menunaikan umrah dan haji tanpa sekatan.

Jadi benarkah langkah China ke atas etnik uyghur itu sebab mereka Islam? sebab mereka anti islam? Tidak sama sekali.
memang ada sesetengah negara pengamal sosialis sangat strict dan anti pada islam. namun dalam kes uyghur, islam bukanlah sebab utama kerajaan China buat sedemikian.
dasar mereka jika kamu patuh kerajaan, amalkanlah apa yang kamu mahu amalkan kami tidak sekat. tetapi jika kamu tidak patuh, nantikan akibatnya.
sebab itu ramai rakyat China takut untuk bersuara. kerana mereka takut akibat di"sekolah"kan oleh kerajaan china jika mereka disuspect cuba menentang kerajaan seperti mana yang berlaku di Uyghur sekarang
even, yang aku boleh nampak sendiri, kawan kawan China di UIA sangat takut sampai unfriend/block mana mana kawan di media sosial yang lantang up pasal uyghur ni. bimbang jika mereka dikaitkan dengan penentang kerajaan.
sampai bila ada website IIUM yang post pasal artikel berkenaan uyghur ini pun mereka bimbang dan cuba menyuarakan bahawa tindakan pihak IIUM menerbitkan artikel itu tidak patut kerana mereka bimbang apa yang akan berlaku sekiranya kerajaan mereka dapat tahu.
kita boleh nampak betapa 'gila' nya China cuba menyekat sebarang dakyah yang cuba menggugat kedudukan kerajaan China dengan gam sebarang platform atau apa apa yang cuba menjadi permulaan satu revolusi. tengoklah kes Ozil, NBA, winnie the pooh semuanya di'ban' dari China
jadi student China di sini sangat takut dengan apa yang kerajaan mereka mampu buat jika mereka dituduh pengkhianat dan sebagainya.
berbalik pada propaganda. kenapa aku katakan isu uyghur yang hangat tiba tiba ini menjadi propaganda untuk agenda pihak tertentu?
berdasarkan pemerhatian aku, barat (esp USA) melalui PBB menggunakan isu ini atas dasar Human Rights sebagai salah satu cara untuk menyekat progress yang China dah achieve sekarang.
dengan harapan melalui sentimen agama, semua negara negara islam akan memutuskan sebarang hubungan antarabangsa dengan China lalu merencatkan kemajuan China dari memintas Amerika sebagai kuasa besar dunia.
bukaklah portal berita barat harini, banyak pula cerita cover pasal China mahu merobohkan masjid masjid pula yang sumbernya entah benar entah palsu.
punyalah lama isu ini, sejak dari 2014 lagi China dah mulakan langkah mereka alih alih baru tahun ini PBB bersuara. yang muslim lain ditindas di rohingya, di kashmir dan lain lain tidak pula dijadikan isu.
kesimpulannya, sebagai seorang muslim perlu kita teliti sebarang isu untuk mengelakkan kita menjadi boneka kepada pihak pihak yang beragenda tertentu. penting juga kita berfikiran kritis memerah idea mencari solusi bagaimana mahu membantu saudara kita yang ditindas di sana.
perlu juga kita tahu, ulama ulama dulu sudah lama tekankan, jika kita tiada kekuatan yang kukuh sebagai orang islam, bersabar dan jangan memberontak dengan kerajaan kuffar adalah lebih baik dan kurang mudharatnya dari usaha penggulingan dan memberontak.
melihatkan umat islam yang masih lemah dari segenap sudut dan masih lemah dalam mencari titik penyatuan, kita perlu faham dan ikut panduan ulama tersebut.
banyakkan berdoa moga Allah bantu saudara seislam kita di seluruh dunia. moga Allah kembali muliakan agama ini di mata dunia.

TAMAT
so should we stop ambil peduli pasal Uyghur hanya sebab ia propaganda Amerika? NO.

teruskanlah solidariti dan kempen kesedaran but please use the right facts. jangan guna gambar palsu dan cerita palsu. jangan terus sebar apa yang kita baca, asal uyghur je terus sebar
check on facts. fikir dengan waras then baru sebar solidariti. thread ni nak mengajak korang supaya fikir dengan lebih kritis dan kreatif.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ahmad™

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!