My Authors
Read all threads
Mungkin ada yang tak tahu, ketika ini di China terutamanya di Wuhan, rakyat di sana sedang berkabung dan marah teruk kepada kerajaan Cina berikutan berita kematian seorang doktor yang bernama 李文亮 , dalam ruminya Li Wei Liang.

Kenapa mereka berkabung, meh sini baca.
Siapa Dr Li ni sebenarnya?

Dia adalah seorang Ophthalmologist
di Hospital Besar Wuhan, dan dikatakan bahawa beliau adalah di antara yang pertama melaporkan mengenai kes wabak n-Cov ini kepada awam sejak bulan Disember yang lalu.
Kisahnya mula pd 30/12 apabila Dr Li bagi amaran kepada kawan² doktor di dlm group WeChat alumni medschool dia pasal 7 pesakit yg dikuarantin di tempat kerjanya yg dijangkiti penyakit sperti “SARS” yg dikaitkan dgn pasar seafood di Wuhan. Nak jadi cerita amaran Dr Li ni viral..
Tak sampai 3 hari lepastu, Dr Li pun kena summon dengan Polis Wuhan.

Polis telah menuduh Dr.Lin dan 7 lagi kawan dia yang juga doktor² sebagai menyebarkan khabar angin dan fake news yang boleh membahayakan publik.

Siap masuk international news lah.

Pihak polis telah mengarahkan supaya dia untuk menandatangani surat 'cease and desist'..

Yang mana Dr. Li dan 7 orang kawan² dia diarahkan untuk tidak boleh lagi bersuara mengenai virus ini di media sosial atau mana-mana medium kerana akan menganggu ketenteraman awam.
Ada warganet Weibo buat translation, bagi siapa² yg nak faham apa isi surat cease and desist yang ditandatangani oleh Dr Li sebelum dibebaskan pd 3/1.

Siap kena cop cap jari dan ada ayat pengakuan, “you acknowledge that you had broken the law and will stop spreading the rumor"..
Malangnya tak sampai seminggu dibebaskan, pada 10/1 dia mula batuk² dan selesema menunjukkan tanda² dijangkiti, dan dimasukkan ke hospital pada 12/1.

Bila kes n-CoV ni dah tersebar ke satu dunia, maka meletup lah cerita pasal Dr Li ni semula di internet dan media China.
31/1 Dr Li, update akaun socmed dia dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.

Besoknya, pada 1/2 dia akhirnya telah di diagnosed dengan 2019 n-CoV. Lepas dah kecoh cerita Dr Li ni barulah kerajaan China mengaku yang mereka tidak menyebarkan fake news.
Kelmarin 6/2, Dr Li akhirnya meninggal dunia meninggalkan ibu bapanya(juga dijangkiti) yang sudah tua dan seorang anak dan isteri yang sedang pregnant 5 bulan.

Bergegarlah satu China, rakyat mempersoalkan knp virus tak dikesan lebih awal dan cara kerajaan wilayah dan..

Cont..
.. polis Wuhan yang dilihat tidak cekap dalam menangani isu Virus tersebut dan ketidakadilan dan layanan terhadap Dr Li sebelum ini.

Warganet China mengangkat Li sebagai hero sbb berani ambik risiko menjadi 'whistleblower' bilamana tak ada yang lain berani utk berbuat demikian
Malah untuk mengelakkan kekecohan di media sosial China slpas berita kematian Dr Li, disahkan mati oleh media² rasmi.

Kerajaan China telah terpaksa mengarahkan Dr Li untuk dipasangkan semula life support dan menarik balik berita kematiannya 🤦‍♂️
Namun beberapa jam selepas itu, Dr Li akhirnya dilaporkan meninggal dunia dan di malam kematiannya pada 7/2, netizen Wuhan mencadangkan untuk membunyikan wisel supaya berkemundang diseluruh Wuhan sebagai satu penghargaan kepada Dr Li si 'Whistleblower'.

Lagi video bunyi wisel bersahutan di Bandar Wuhan yang di ambil oleh penduduk di sana sebagai penghargaan kepada Dr. Li.

Pelbagai # yang berkaitan dengan Dr Li juga telah di censored oleh kerajaan China untuk cool things down.

Latest censored on Weibo:
#不能不明白 (can’t fail to understand)
"Tonight, let me blow the whistle for Wuhan."
"Wuhan government owes Dr. Li Weiliang an apology#
Tular di Beijing seorang lelaki menulis di atas salji,
“Selamat Tinggal Dr Li WeiLiang!”

Namun dalam kekecohan netizen China mengangkat Dr Li sebagai orang pertama yang melaporkan wabak ini, China gov tlah mengiktiraf seorg lagi doktor iaitu Dr Zhang sebagai org pertama yg melaporkannya, dan cerita discredit Dr Li sedang rancak disebarkan.

Apapun, sama ada perkara ini benar atau tidak suatu yang pasti, Dr Li tidak akan dilupakan oleh rakyat China dan bunyi wisel serta laungan '安息,李医生' akan terus berkumandang di seluruh bandar Wuhan pada malam ini.
Nota Kaki:
Den tertypo文亮 as Wei Liang, bunyi dia sebenarnya WenLiang.

偉喨 baru Wei Liang. Sorry 🙏🙏
Tambahan terlepas nak kongsi kat atas:

Tangkap layar pada 30/12 5:43PM, Dr #Liwenliang #李文亮 masukkan info dalam group WeChat yg ada Classmate dia di Kolej mengenai 7 kes yang disahkan seperti 'SARS' daripada Wuham Seafood Market yang dikuarantin di hospital dia berkerja..
Dalam sejam lepastu dia update lagi, yang benda tu 'confirm' dan Dr Li kongsikan juga report hospital dan mintak kawan-kawan dia untuk tidak sebarkan maklumat berkenaan dan cuma nasihatkan keluarga terdekat untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Khairul Azri

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!