My Authors
Read all threads
Tolong RT

BEBENANG
Sejenis Riba yang penting, dan maknanya.

Riba sebenarnya tak difahami dengan baik dalam undang2 Islam. Kita semua tahu tentang faedah, tetapi terdapat beberapa hadis tentang Riba yang kita gagal fahami dengan baik.
Riba ada banyak jenis. Kita secara amnya kenal riba sebagai faedah, atau duit di atas duit. Walau bagaimanapun, satu definisi lain bagi riba ialah Riba al Fadl (riba yang boleh berlaku dalam perdagangan)
Kita akan lihat satu contoh ni, dan saya akan berikan pendapat2 saya tentang kepentingsn di sebaliknya.

Hadis, dari ibrahimm.com
Hadis yang lebih kurang sama dari alhadith.co.uk

Okey, jadi makna superfisialnya jelas - jangan memperdagangkan kurma berkualiti rendah untuk kurma berkualiti tinggi dalam jumlah berbeza - ini membawa kepada riba.

Tapi, ada kearifannya di situ - masalahnya ialah...
*... hal ini tak jelas pada pandang pertama. Kadang2 kita harus berusaha mencarinya.

Jikalau kita berfikir lebih mendalam, kita dapat lihat manfaat sebenar hadis ini.

Ada 2 manfaat utama dalam mengikuti nasihat hadis ini:
1) ia menghalang orang biasa (layman) daripada dieksploitasi dalam pasaran di mana dia tak tahu harga pasaran untuk barang dan
2) ia menghalang manipulasi harga pasaran untuk menyampaikan riba (normal), iaitu faedah.

Mari kita bincangkan bagaimana perkara2 begini boleh berlaku.
LINDUNGI MARHAEN

Bayangkan A ada 2 beg kurma berkualiti tinggi (HQ) dan ingin menukarkan beg2 itu dengan beg2 kurma berkualiti rendah (LQ), tapi dia tak tahu harga pasaran untuk kedua2 kurma ini.

Mari kita anggap harga pasaran untuk HQ ialah 10 ringgit manakala LQ 5 ringgit.
Dia pergi ke pedagang A dan tanya berapa banyak bag LQ pedagang itu boleh berikan untuk 2 HQ yang A ada. Kita tahu dia harus cakap 4, tapi dia lihat peluang untuk mendapatkan keuntungan yang tak adil, dan dia cakap 3.

Kalau A teruskan, dia jelas akan rugi.
Tapi dia TAK TAHU dia akan rugi.

Mari kita anggap dia ikut hadis dan tanya pedagang berapa banyak A boleh dapat daripada penjualan 2 HQ. Daripada memberitahu harga pasaran sebenar untuk 2 HQ ialah 20 ringgit, pedagang cakap 15. Mereka teruskan.

Dengan 15 ringgit,
A tanya harga LQ

dan pedagang cakap 5 ringgit (harga betul), jadi A teruskan dan beli 3 beg.

A MASIH lagi dieksploitasi, sebab dia masih dapat 3 bag LQ daripada 4. Jadi, hadis tak membantunya di sini.

Sekarang bayangkan pasaran terbuka dengan beberapa pedagang, bukan satu
Bila A pergi ke pedagang pertama, dan diberitahu pedagang itu akan bayar RM7.50 untuk HQ, dia boleh pergi ke pedagang2 lain dan tanya harga2 mereka. Dia akan tahu dia boleh jual HQ dengan harga RM10 setiap satu kecuali kalau semua pedagang nak tipu dia
Sekarang, dia akan jual 2HQ untuk RM20.

Kemudian, dia tanya semua pedagang harga pembelian LQ, dan mereka semua cakap RM5 setiap satu, seperti sebelum ni, jadi dia beli 4 beg dari mana2 pedagang.

Kita dapat lihat manfaat jelas daripada hadis. Hadis melindungi pengguna dalam
dalam jenis pasaran berikut...

1) di mana pengguna ingin membarter stau menukar barang dari satu jenis untuk jenis lain
2) di mana terdapat beberapa penyedia harga dalam pasaran dan
3) di mana sekurang2nua satu penyedia harga berlaku jujur!
KONKLUSI PERTAMA Apabila kita dapati kearifan hadis ini diperlihatkan secara menyeluruh dalam syarat2 di atas, kita rumuskan yang syarat2 ini sangat penting untuk wujud dalam pasaran yang mendakwa ia bertindak secara jujur untuk manfaat2 pengguna/marhaen
MANFAAT KEDUA - CEGAH MANIPULASI HARGA UNTUK MENYEMBUNYIKAN RIBA

Hadis ini ada sudut kedua yang berkaitan dengan jenis riba yang lain (faedah/bunga). Harus diingatkan bahawa buah kurma juga digunakan sebagai satu bentuk matawang, dan memang salah satu daripada enam barang2
keperluan
yang diberitahu dalam hadis terkenal yang lain, selain daripada emas, perak, garam, gandum, dan barli. Apabila buah kurma boleh digunakan sebagai matawang, dan buah itu datang dengan kualiti yang bagus dan kurang bagus, mari lihat bagaiman hadis mencegah riba
riba ini. Bayangkan A mahu memberikan pinjaman kepada B
...dan mengenakan riba. Jelas di sini B tak boleh secara terus terang setuju untuk membayar faedah, jadi A harus mencari jalan yang lebih ‘bijak’ untuk menyembunyikan riba, dalam transaksi lain (pernah dengar?).
Jadi A memberi pinjaman (yang dikatakan bebas faedah) kepada B untuk RM10, dan mereka setuju (secara senyap) B akan menghantar RM20 kembali kepada A selepas satu minggu. Rancangannya di sini ialah B akan menghantar RM10 secara tunai (ini ialah Qard ul Hassan.
*...jadi hanya prinsipal RM10 yang boleh dibayar balik), dan sekarang mereka pening kepala, kerana tiba2 B kena bayar RM10 tambahan. Mereka buat rancangan licik. B akan menghantar 2 HQ kepada A (bernilai RM20) dan A akan tukar benda2 ni untuk 2 LQ (bernilai RM10)
Ini bermaksud B telah memberikan A RM 10 ‘tambahan’ secara efektif. Semua orang yang menyaksikan situasi ini termaksud kamu dan saya yang mempunyai sel otak tahu ini satu cara untuk memintasi riba. Tapi A dan B akan cakap, ‘Ini bukan riba, ini perdagangan jujur!!!’ (macam pernah
dengar, kan?) Okey, masa untuk tonjolkan penipuan mereka.

Mereka dipaksa untuk mengikuti hadis. B harus menjual 2 HQ kepada A, dan mereka harus setuju dengan satu harga. Pedagang2 lain tahu harganya ialah RM 10 setiap satu. Mereka tunggu untuk A memberikan RM 20. Tapi, A cuba
untuk bersetuju dengan harga RM 10. Mesti ramai yang kecam punya!!!

Seorang pedagang akan masuk campur dan cakap kepada B, ‘Tak, saya akan bayar kamu RM 15 untuk 2 HQ ini - RM 5 lebih daripada apa yang A tawarkan!’ Sudah pasti, orang ini pun nak riba jugak. Satu pedagang jujur
masuk pula dan cakap, ‘Tak, saya akan bayar kamu dengan harga pasaran, iaitu RM 20.’

Jadi apa yang B akan buat? Terima harga terbaik yang ditawarkan, iaitu harga pasaran, RM 20? Mungkin ya, tapi bukan itu yang dia nak. Sebab apa yang dia boleh buat dengan RM 20?
Dia boleh beli 4 LQ. Tapi dia akan bermula dari tempat asal

Lebih penting lagi, situasi A tak berubah. Ya, dia dapat balik RM 10 daripada pinjaman bebas faedah tersebut, tapi rancangan mereka untuk A mendapat RM 10 lebih telah gagal. Apa yang terjadi ialah -
- jikalau ada dua parti yang berkeras untuk mengadakan transaksi tertutup, berlaku di luar pasaran…
...kamu akan tahu ada udang di sebalik batu. Mereka merancang sesuatu. Kalau tak, kenapa tak ikut nasihat hadis untuk mengambil langkah berjaga2 (secara efektif) untuk memastikan pertukaran berlaku menggunakan harga pasaran sebenar?
Kalau kamu tak tahu, setiap transaksi Murabaha, Tawarruq, dan Murabaha Komoditi berlaku seperti yang saya baru tunjukkan. Kita ada (sekurang2nya) dua parti bersetuju untuk membeli dan menjual satu aset, menggunakan harga yang BUKAN harga pasaran, yang tak ada sesiapa pun akan
akan bayar dalam pasaran terbuka.

Walaupun ini tak selalu berlaku sebagai jual dan beli-balik antara dua parti, kita sekarang melihat tiga dan empat parti berpakat bersama2 untuk mencapai benda yang sama. Sekarang, apa yang hadis ini ingin betul2 sampaikan?*
Hadis cuba sampaikan ini: Kalau kamu tak mahu ditipu, cuba jangan barter satu barang untuk barang lain (atau mengadakan transaksi sale) di mana kamu tak tahu langsung apa yang kamu buat, dan senang untuk ditipu. Cuba beroperasi di pasaran terbuka di mana harga pasaran jelas,
, kemudian ambil harga terbaik. Cara lain untuk melihat hal ini ialah macam ni: kearifan yang terkandung dalam hadis ini cuma akan menjadi jelas dalam pasaran terbuka, dengan beberapa penyedia harga, yang ingin mecari perdagangan jujur
Dalam kata lain, ini MEMBERITAHU KITA tentang syarat2 yang wujud untuk pasaran menjadi adil, jelas, dan jujur. Kadang2 kamu tak boleh buat cara begini. Tak semua pasaran adalah terbuka, jadi hati2!
Tapi, jika ada pasaran terbuka dengan harga dan kecairan yang jelas, dan kamu MASIH berkeras untuk membuat transaksi dengan harga DI LUAR PASARAN, dan ada satu pedagang pasaran yang spesifik - ada sesuatu yang mencurigakan dan kamu akan terlibat dengan sesuatu yang seperti riba.
Bisnes mencurigakan inilah yang berlaku dalam setiap satu transaksi kewangan yang berasaskan Murabaha dalam perbankan Islamik. Jika Tawarruq ada 3 atau 4 transaksi, maka setiap satu melangar peraturan2 yang membuat transaksi itu jujur.
Dan ada satu sebab untuk melaksanakan transaksi yang tak jujur seperti yang kita saksikan di atas - ia untuk menyembunyikan sesuatu. Dalam kes ini, ia untuk menyembunyikan RIBA. Kita sudah lihat bagaimana hadis ringkas mengenai pertukaran buah kurma ada kesan2
..yang rumit dan pasti untuk perdagangan superfisial yang kita lihat berlaku dalam perbankan Islamik setiap haru. Ini ialah kearifan sebenar semua hadis mengenai riba dan riba datang dalam pelbagai bentuk. Tetapi, ketidakjujuran dan manipulasi terserlah dalam ciri2 transaksi2
Dan hadis mengenai pertukaran buah kurma ini menyampaikan mesej itu dengan cantiknya

/END THREAD
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Safdar Alam

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!