Profile picture
Kamarul Ariffin @dr_chaku
, 13 tweets, 3 min read Read on Twitter
Ini thread tentang bahana tak cukup tidur dan microsleep #MedTweetMY
Aku seorang doktor, berkhidmat di sebuah hospital. Seperti mana semua tahu, ada masa kami kena on-call. Bila oncall, maka kami kerja 24-33 jam terus menerus. Jika *jonah, memang parahlah kami.
*Jonah = nasib malang di mana ketika seorang doktor on-call, ramai pesakit yang datang/dirujuk kepadanya, atau ada pesakit yang tak stabil keadaannya dan perlu di periksa dengan lebih kerap.
Ada satu hari tu, lepas habis on-call yang jonah, aku terus memandu pulang. Ketika itu jam 12 tengah hari, hari Jumaat. Nak balik masa tu juga sebab nak kejarkan solat Jumaat.

Masa mula memandu tu rasa OK, tapi...
Bila dah setengah perjalanan, aku hilang fokus. Mata asyik nak terkebil-kebil. Kadang-kadang rasa otot tiba-tiba rasa lemah, lepas tu terkejut.

Ini adalah tanda-tanda 'microsleep'
Microsleep = tidur beberapa detik, kadang-kadang dalam keadaan mata terbuka. Ada masa kita tak sedar pun kita tertidur. Ia biada berlaku jika kita terlalu mengantuk.

Kau orang mesti pernah pernah alami masa dalam kelas/kuliah, kan?
Microsleep dalam kelas tak berbahaya, tapi kalau sedang memandu atau operasi mesin, memang mengundang nahas.

Tahu tak? Letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986, adalah disebabkan pekerjanya kurang fokus akibat tak cukup tidur.
Nahas penerbangan yang melibatkan kapal terbang Air France yang terhempas ke Lautan Atlantik pada tahun 2009, juga disebabkan oleh juruterbangnya tak cukup tidur.

228 orang mati dalam tragedi itu.
Jika seseorang kurang tidur pada waktu malam, masa-masa yang di kenal pasti tinggi risiko untuk dia alami microsleep adalah pada waktu:
- Selepas Subuh
- Sekitar Zohor
Berbalik kepada kisah aku.

Lagi 200 meter nak tiba rumah, tiba-tiba aku rasa dunia bergoncang dan bila aku buka mata, aku hanya mampu terpinga-pinga. Hanya selepas orang awam bantu aku keluar dari kereta, baru aku faham apa berlaku.
Perkara seperti ini seringkali berlaku. Ia telah menyebakan ramai pemandu terbunuh. Terutamanya ketika di lebuh raya.

Alhamdulillah aku masih hidup.
Tips elakkan microsleep semasa memandu:
1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur. Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa bini. Dengar dia bebel.
Tips elakkan microsleep dalam kelas/kuliah.
1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula Kopiko.
3. Salin nota kuliah.
4. Pastikan lecturer cun/kacak.
5. Tak payah pergi kuliah, tidur je di bilik.

#gurau
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul Ariffin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!