Profile picture
Haziq Rahim @HaziqRahim17
, 19 tweets, 3 min read Read on Twitter
Naik isu ateis baru – baru ni, aku terpanggil nak kongsi pengalaman belajar di UK 4 tahun dan pernah berdialog / berdebat dengan depa.
Rata – rata pelajar universiti mat saleh sebenarnya adalah ateis (mengaku tak percaya tuhan wujud), atau agnostik (50 – 50 / tak kisah). Gereja – gereja banyak yang kosong dan dibeli menjadi masjid, walaupun David Cameron pernah isytihar England sebagai negara Kristian.
Hakikatnya, walaupun ramai ateis menganggap mereka golongan intelektual, ateisnya mereka hanyalah ikut – ikutan. Tak ada yang ilmiahnya kepercayaan ateis ni.
Ateis zaman baru (neo ateis) amat terkenal dengan perangai mereka yang suka hijack bidang keilmuan dan mengatakan merekalah punca berkembangnya ilmu tersebut, sedangkan golongan mereka cuma muncul beberapa ratus tahun lepas.
Bidang keilmuan yang menjadi mangsa rampasan ateis paling utama adalah sains. Mereka hijack sains mengatakan ia berkonflik dengan agama, dan mengubah falsafah sains sehingga terlahirlah satu agama baru scientism.
Sedangkan tulisan yang benar – benar mempersembahkan ‘konflik’ sains dan agama ini hanyalah timbul 200 tahun lepas. Sebelum itu orang agamalah yang mengembangkan sains.
Orang Islam paling unik sebab mereka kembangkan sains dan matematik sebab agama, untuk bantu cari arah kiblat, selesaikan masalah faraid, dan ini diakui oleh ilmuwan bukan Islam seperti David Berlinski.
Selain itu nama seperti Ibn al Haytham, al Jazari, Isaac Newton, George Lemaitre (yang temui teori big bang) semua orang beragama. Punyalah kuat sentimen agama Newton sampai dia mati teruna
Malah kalaupun sains milik ateis sekalipun, tetap tak menafikan Tuhan. Teori evolusi Darwin yang dianggap senjata utama melawan orang agama pun tiada ruang menafikan Tuhan. Ini diakui waima oleh Richard Dawkins sendiri dalam The God Delusion.
Maka itulah sebabnya kalau anda berborak dengan ateis yang jujur dan ilmiah, mereka tak bawa isu sains vs agama ni. Mereka akan klaim mereka ateis sebab masalah kesengsaraan. Ini antara klise ateis yang aku paling tepuk dahi.
“Kalau betul Tuhan wujud kenapa banyak perang, kebuluran, bayi mati, penyakit? Ini bukti kuat Tuhan tak wujud” kata ateis mat saleh sambil duduk atas sofa tengok berita tv 24 inci bawah air cond.
Ini argumen yang cukup klise yang paling aku tak faham macam mana boleh kekal. Kalau betul masalah kesengsaraan ni memang betul bukti paling besar Tuhan tak wujud, maka sepatutnya golongan ateis paling banyak adalah orang miskin, anak yatim di zon perang.
Tapi majoriti ateis pula datang dari negara maju berpendapatan tinggi yang hidup aman tanpa perang (sebab pergi serang negara orang). Mereka tengok kesengsaraan tu dalam skrin. Hypocrisy?
Jadi apa punca orang tak percaya Tuhan sebenarnya? Sebenarnya takde lain, satu je sebab dia, nafsu.
Ini anda semua boleh tonton dalam video Subboor Ahmad berdebat dengan seorang saintis ateis mat saleh. Setelah berborak panjang dan ilmiah super high level selama hampir sejam, akhirnya ateis tu ditanya “Apa sebenarnya sebab kau tak percaya Tuhan?”
Dia kata “Kalau betul Tuhan tu kuasai alam semesta, kenapa Dia menyibuk buat hukum azab orang gay?” Maka terbongkarlah punca sebenar. Saintis ni gay. Dia benci Tuhan sebab tak bagi hamba dia ikut nafsu kahwin sesama jantina. Bukan sebab sains, bukan sebab hujah intelek.
Benarlah kata – kata Allah “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya?” (Al-Jatsiyah: 23)
Jadi nasihat khusus pada student Malaysia Muslim di Eropah, anda sebenarnya aset untuk bantu orang - orang kita hadapi syubhat pemikiran dari negara depa.
Jadi ni aku nak promote program konferens khas untuk student malaysia Muslim yang study dekat Europe dan nak pergi sana. Khas untuk bantu tackle masalah ideologi semacam ni bila korang dekat sana nanti. Berminat boleh contact aku :)
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Haziq Rahim
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!