"Alah, ni mesti jenis yang sembahyang tak cukup la ni"
"Hmm. Entah2 memang tak solat pon. Huhu"
Kata sekumpulan remaja selepas menonton video cubaan membunuh diri di Youtube.
Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd ayat 28,"Orang yg beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah,hati menjadi tenteram"
Stress, anxiety, depression are not just issues of strong faith vs weak faith.
Dan sangat lah sedih, bila kita berani mempersoalkan tahap keimanan seseorang, sedangkan mereka sedang diuji.
Dan kita pula cuba menyamakan apa yang kita pernah lalui.
"Ni masalah dalaman kau, kau solat, baca quran byk, zikir, kau settle yang insyaAllah kau akan okay".
Masyarakat perlu membantu mereka untuk berani seek for help dari pakar juga. They deserve that.
Alhamdulillah jika kita tidak diuji sebagai mana mereka lalui. Alhamdulillah, di saat kita diuji, mental, iman dan spiritual kita kuat.
#Stigma
#MentalHealth
#Psychospiritual