, 25 tweets, 5 min read Read on Twitter
Menyambut ulang tahun ke 107 Tragedi Tenggelamnya Titanic.

Mari menyelusuri detik-detik akhir Titanic.

Ini adalah bebenang
Malam itu laut sungguh tenang, tiada ombak, di langit juga tidak kelihatan bintang dan awan. Kosong. Seperti kata Kapten Smith, seperti kolam yang tenang
Tepat 11.39 malam 14 April, ketika kebanyakan penumpang sedang dibuai lena, kru-kru di ruang pengemudi mula panik. Di hadapan mereka kini terdapat sebongkah aisberg. Pemerhati Lee dan Hitchens membunyikan loceng amaran sambil memberi amaran melalui corong kepada ketua pegawai.
Ketua Pegawai Murdoch mengarahkan supaya kapal berada di dalam keadaan "hard to port". Namun, dengan kelajuan 21 knot, mereka tidak sempat mengelak aisberg tersebut. Akhirnya mereka melanggar sisi kapal.
Ketika perlanggaran berlaku, ramai yang tidak sedar akan keadaan itu. Rata-rata sedang lena dibuai mimpi ataupun sedang membuat kerja sendiri
Contohnya, Mauritz Håkan Björnström-Steffansson sedang menikmati minuman lemon panas di ruang legar kelas pertama.

Pegawai Kedua Lightoller sedang baru bersiap siap untuk tidur.
Lantas Pereka Kapal Thomas Andrews mengadakan mesyuarat tergempar. Andrews menyatakan kapal hanya bertahan selama satu jam. Paling kuat dua jam.
Kapten Smith kemudiannya mengarahkan operator radio Phillips untuk menghantar mesej bantuan pada pukul 12.05 tengah malam.
Di bahagian penumpang, para penumpang mula memenuhi ruang legar setelah mendapat arahan untuk meninggalkan kapal.

Ada sesetengah mereka tidak mahu berganjak untuk meninggalkan kabin.
Operasi untuk meninggalkan kapal bermula pada 12.30 tengah malam. bot keselamatan #8 merupakan bot pertama dilancarkan. 28 penumpang menaiki bot tersebut walaupun jumlah kapasiti bot boleh memuatkan 70 orang.
Lebih memeranjatkan, bot keselamatan #1 hanya terdapat 12 orang. Antara mereka termasuk Sir Cosmo Duff Gordon.
Air laut mula menenggelamkan bahagian hadapan kapal.
Para Orkestra Titanic pula memainkan muzik untuk menenangkan para penumpang.
Beberapa minit sebelum operasi keselamatan dilancarkan, 80 batu dari kedudukan Titanic, RMS Carpathia menerima mesej mereka dan menuju ke lokasi Titanic dengan kelajuan 17 knot.
Jam menginjak pukul 1 pagi, separuh kapal mula ditenggelami air. Keadaan menjadi makin panik
Ada sesetengah penumpang tidak berada di dek bot untuk menyelamatkan diri. Mereka memilih untuk kekal.
Contohnya W.T Stead masih kekal membaca buku di bilik merokok kelas pertama.

Benjamin Guggenheim pula memakai pakaian terbaik untuk menghadapi kematian sambil meminum brandi.
Howard Carter, Henry Widener dan lain lain sedang menghantar isteri mereka buat kali terakhir.
Orkestra Titanic juga bermain muzik di atas dek bot buat kali terakhir. Mereka memainkan lagu Nearer My God To Thee // Songe D Autumn
Bot "collapsible" B merupakan bot keselamatan terakhir dilancarkan pada 2.05 pagi. Selepas itu, tinggallah 1517 penumpang yang masih berada di atas kapal.
Kini 1517 penumpang di atas Titanic hanya menunggu masa. Father Thomas Byles memberikan ceramah terakhir kepada semua penumpang kelas ketiga.
Tepat 2.20 pagi, 2 jam 40 minit selepas insiden, Titanic tenggelam ke dasar lautan Atlantik Utara sedalam 8000 meter.
Daripada 2224 penumpang, hanya 710 penumpang yang terselamat. Penumpang yang terselamat kemudiannya diselamatkan oleh RMS Carpathia.
Walaupun 107 tahun telah berlalu, namun, kejadian Titanic tak akan terjadi. Di tengah tengah lautan Atlantik kini, bersemadinya sebuah kapal yang pernah menggegarkan industri maritim hingga ke saat ini. ersama 1172 nyawa yang lain do dasar laut itu.
-thread tamat-

Hit up @___aimnhkm untuk bertanya lebih lanjut mengenai kapal Titanic dan kisah kisahnya.

-A.H.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!