, 20 tweets, 6 min read Read on Twitter
Saya rasa saya nak cerita tentang masalah berkaitan perubatan yang selalu hikers alami. Kita buat thread utk #twtODmedic jom?
1. Subungual Haematoma

Berlaku sebab hentakan bertalu-talu pada nailbed terutama masa hike turun. Darah berkumpul di bawah kuku. Biasanya ibu jari kaki lah. Kadang tu jari lain juga, bergantung pada kaki dan kasut kita. Sakit. Awal tu memang sakit.

#twtODmedic
Punca subungual haematoma sebenarnya sebab kasut yg kita pakai tu poor fitting. Mungkin toe box (bahagian depan kasut) terlalu kecil.

Kawan saya (a guide) ajar, waktu beli kasut tu, hentakkan bahagian depan kaki ke lantai. Kalau ibu jari rasa sakit, maksudnya wrong shoe size.
Tapi kadang tu dah hati2 pilih kasut pun jadi juga subungual haematoma. Bila guna kasut tu untuk hike down jauh2 baru kita tahu. Maka redha aje lah. Kuku dah tak cantik lagi. 😭

Tapi sebenarnya patah tumbuh, hilang berganti. Kuku tu pandai repair diri sendiri.
Kalau setakat darah beku sikit2, darah akan bertukar warna dan kadang tu dia hilang sendiri.

Kebanyakan masa, kuku akan terpisah dari nailbed. Bila dah longgar betul, boleh dicabut.

Yang penting kena jaga aje kebersihan, jangan kena jangkitan kuman.
Pastikan longgar betul lah kuku tu baru cabut. Bukan apa, takut sakit je dekat tempat yang kuku masih melekat kuat.

Nanti kuku tu akan tumbuh balik. Don't worry. Maybe not as pretty as it used to be. Tapi takpe lah. Beli kasut baru. 😂
Kalau sakit sangat, tak tahan nak tunggu dia baik sendiri, sebenarnya boleh bagi release pressure dari darah bawah tu. Caranya, kena buat lubang pada kuku.
2. Altitude Sickness

Keadaan yg berlaku bila kita naik ketinggian lebih 2500m asl (above sea level). Biasanya (tapi tak semestinya) berlaku pd orang yg naik terlalu cepat, badan tak sempat sesuaikan diri.

Nah saya belanja gambar masa saya di Langtang Trek. Bukti saya slow. 😂
Altitude Sickness ni berlaku sebab semakin tinggi kedudukan kita dari aras laut, aras oksigen akan jadi semakin rendah.

Ramai orang yg tak percaya kewujudan altitude sickness ni. Trust me, it's true, and it can be a very true medical emergency.
Ada beberapa keadaan yang boleh berlaku dalam altitude sickness:

- *acute mountain sickness (*AMS)
- high altitude pulmonary edema (HAPE)
- high altitude cerebral edema (HACE)

Saya letak * dekat AMS sebab itu yg paling common.
AMS ni bila nak berlaku dia akan bagi petanda secara beransur2.

Mula2 orang tu akan rasa loya nak muntah. Muka dan badan akan rasa macam tingling sensation, selalunya orang describe as 'perasaan pelik'. Kemudian mereka akan makin pening dan sakit kepala.
Susah nak bezakan dengan dehydration sebab orang yang dehydrated pun akan alami perasaan macam ni. Nantilah kita cerita pasal dehydration pulak.
Kalau orang yang alami AMS tu teruskan juga naik, pening dan sakit kepala tu akan makin teruk. Kemudian mereka akan start jadi confuse. Kadang2 tu akan cakap yang bukan2.

Awak semua yang jadi team members kena alert lah. Ini bukan sebab kena sampuk dgn 'tok nenek' ke apa. 😅
Cakap pasal AMS sampai jadi confuse ni, next level ialah high altitude cerebral edema (HACE).

Cara nak kenal senang aje. Jalan jadi pelik, perangai jadi pelik, cakap jadi pelik. Pengsan tak sedar diri pun ada. Memang macam kena sampuk.

Gambar ni OK kut. Bulan puasa. 😅
Orang yg alami HACE ni dah tak boleh fikir betul. Rasa letih yg teramat. Kepala sakit. Jantung berdebar kuat. Rasa nak stop buat semua benda, tak kisah lah bahaya ke apa.

Diorang tak boleh buat decision. Maka team-mates kena bantu diorang. Recognise this. They need to come down.
Cakap pasal berdebar, kita sampai ke next problem, high altitude pulmonary edema (HAPE).

Air berkumpul dlm paru2. Selain jantung berdebar, diorang akan jadi susah bernafas. Nafas laju & bising. Dada rasa ketat. Masa awal tu mungkin tak perasan sangat, diorang akan banyak batuk2.
Jika berterusan & tetap terus mendaki naik, makin lama batuk akan makin teruk. Jalan setapak dua pun mengah macam lari sprint. Duduk diam pun mengah. Baring flat pun tak boleh, susah nak nafas!

In worse case scenario, HAPE ni boleh sampai membawa maut.

Be Careful.
#twtODmedic
Cara nak elak altitude sickness ni, kita kena acclimatise. Caranya macam dalam gambar ni:

#twtODmedic
Tapi, kalau dah kena altitude sickness, rawatan yg sebenarnya ialah kena turun cepat2 ke altitude lebih rendah.

Kalau dah nampak tanda2 HACE atau HAPE, jalan dah pelik semacam, susah nak nafas, lebih2 lagi kalau sampai pengsan; jangan tunggu esok.

TURUN SEGERA.

#twtODmedic
Saya nak pesan dekat awak semua, dan sebenarnya yang lebih utama lagi saya nak pesan dekat diri sendiri juga:

Know your limit. Nyawa lebih penting. Ingat orang yang kita sayang. Takkan lari gunung dikejar (like, literally 😂).
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Dr Lael of MedTweetMY
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!